Friday, March 9, 2012

Kenangan Yang Lama... Menjelma.... Episod 1

Petang-petang hari begini tetiba jer terimbau memori lama... Tak de lah tetiba sangat, ada lah sebab nya yang membuatkan tetiba aku teringat memori lama hehehe.... Saje je suka-suka bersembang dengan office mate tentang suka duka perjalanan aku kerja kat sini. 

Segalanya bermula apabila..... jeng jeng jeng.....

Dulu aku pernah kerja kat Hotel ***. Betul-betul lepas habis belajar. Sebelum konvo lagi. Aku kerja sebagai kerani. Aku dapat kerja tu pon sebab aku kenal dengan Kak **** jadik kompom lah aku dapat kerja kat situ. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari... Semakin hari aku semakin stress dengan kerenah orang atasan aku. Sampaikan aku nak pergi kerja setiap hari pon siap nangis-nangis macam budak kecik yang tak nak pergi sekolah. Jadi, adalah orang tolong hantarkan resume aku ke syarikat yang aku kerja sekarang.... Miss Y pun call aku panggil interview. Yang lucunya interview tu di buat di Restoran  kat bawah hotel tu. Kiranya interview tak formal lah....

Bukanlah interview sangat kot. Lebih kepada borak-borak. Sambil makan sambil borak-borak. Bos aku beritahu la opis tu kat Semambu. Semambu ok!! Tapi dah nak pindah ke Kuantan dah.Aku cuma tinggal angkut beg masuk opis baru. Tu je... Miss Y pon dengar bos aku cakap macam tu. Dekat sana pun ada sorang lagi kerja cashier. Madam T nama dia. Bos beritahu Madam ni dah tua dah, tak pandai guna komputer semua. Ooo ok ok. Selepas di beri penerangan sedikit  dan makan sebanyak (belum kompem terima offer, aku dah melantak makan kemain lagi hahaha) :p aku pon berkeputusan untuk mempertimbangkan offer tersebut.

Sebelum terima offer tu aku mintak nak baca offer letter dulu. Masa aku baca tu aku was was jugak nak terima sebab klinik panel tak ada... Kalau kerja kat hotel, makan of course di sediakan, klinik panel pon ada. Kalau kerja ni, nanti makan kena sendiri.... Tapi setelah di pikir-pikir, setelah semakin lama aku semakin stress dengan dinding bercakap dan orang-orang yang tak boleh dipercayai dalam hotel tu serta mereka-mereka yang depan kita kemain baik, lembut gigi dari lidah tapi belakang kita kemain lagi molottt..... Aku pon decide untuk terima offer tersebut. Masa tu aku da nekad nak hantar notis berhenti kerja 24 jam HOHOHO.

Kalau tak silap aku 27 June 2008 bos aku panggil untuk interview lagi sekali tapi kali ni lebih formal dan bertempat di pejabat beliau. barulah aku tahu bos aku ni rupa-rupanya setiausaha peribadi kepada SAS. Setelah menerangkan sedikit sebanyak tentang tugasan yang perlu aku buat, bos suruh aku pergi opis Semambu untuk tengok keadaan kerja di sana. Ok... Menariknya.... Cuba teka siapa yang hantar aku ke sana??? (Untuk pengetahuan dari dulu sampai sekarang aku memang tak ada kereta... Dan tak pandai bawak pon HAHAHA) Beliau ialah Encik Sukri.... HAHAHA :) Tahukah anda siapa Encik Sukri neh? Kali pertama jumpa masa nih. Lepas tu bos mintak tolong beliau hantarkan aku ke Semambu. Ewah kemain lagi pemalunya dia hehe.... Ok yang ni cerita lain kali hahaha... :p

Sampai jer kat sana, masuk opis kat situ, ok la not bad. Yang ada dalam tu pon cuma aku dan Madam T. Lain-lain pulak adalah Technician.... Time ni Technician 2 orang jer... Lepas tu ada sorang Service Manager kat situ.... 

Lepas aku berhenti kerja kat hotel tu secara 24 jam, masa tu gaji kerja sebulan kat hotel tu da masuk. Akak tu siap sound aku lagi suruh pulangkan 2 minggu gaji kalau tak dia nak inform bos baru aku yang aku tak nak pulangkan duit tu. Sebab berhenti 24 jam, in lieu of short notice, gaji aku kena potong... separuh jugak la... Ada aku kesah??? Yang penting aku bahagia HAHAHA :p

Maka bermulalah kehidupan aku di tempat baru.... 

To be continued....

2 comments:

  1. gila lembab nak habis baca cerita ko, nih nak tunggu part 2 pun aku tak tahulah bila...silap kena tunggu next seru dulu kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tau xpe. Bila tah nk dpt seru utk episod seterusnya. Mgkn tahun depan huhuhu

      Delete