Friday, May 24, 2013

Yahoo! Udah Masyukkk!

Uff geram betol la aku! penat je aku taip panjang-panjang tadi dah hilang pulop pastu x autosave plop tu! Dah lupa dah benda yg aku taip tadi. Xpe la... Hehe best best! gaji saya dah clear. Hari ni br 24hb yahooo!! gaji kt opis lama hujung bulan kot br masuk sebab bos outstation katanyaaa... Tapi kalo campur gaji pro rate opis baru n opis lama jumlahnya lebih dr sebulan gaji aku keje opis lama... heheh masyukkkk. Tp elaun mama bulan dpn la baru up sb bln dpn baru rasa gaji penuh :)

Best gilerrr... hehe seb bek masa interview dulu dorang tanya aku minat keje HR or admin n aku jwb admin.Yezza! sbb saya x minat keje HR... Saya boleh buat tapi HR punya keje memang sangat2 la perlu ketelitian dan macam2 lagi. Syok giler tak payah pikir nak buat gaji! HAHAHA! Hujung bulan yang penting gaji masuk. Lain2 hal org lain perlu pikirkan. Jiwa aku pon rasa lebih tenang. Sb apa tenang? Sb aku tak perlu lagi pikir duit cukup x nk bayar gaji, nak kejar bos utk sign surat pelepasan gaji, nk pikir pasal overhead blm bayar, outstanding proton nak bayar, dengar citer mulut org tu mulut org ni. Aku rasa bebas sebebasnya dan x mo langsung dah ada kaitan dgn opis lama hahaha! dan aku pon akan cuba menjauhkan diri dari mereka yg suka busuk hati n jahat. Betul2 nak mulakan hidup baru la ni kononnya.

Bos opis baru n staff2 mmg best. Staff yang betul2 di ambil dari interview hari tu buat masa ni cuma 3 org je kt opis tu. Aku, kak ida dan iwan. Yang lain2 masih belum dipanggil masuk wpon dorang berjaya temuduga sb tunggu siap opis 4 tingkat di renovate baru boleh panggil masuk ramai2 lagi. Skrg yg dah sedia ada pon x muat opis hehe. Yang bestnya dorang ni semua very nice. Dah 2 minggu aku keje baru berapa kali je makan keluar duit sendiri. Kebanyakan hari kompom bos belanja :) hehe. Sampai ke mabiq blkg yayasan pahang tu pon pernah pergi. Hari2 kompom tukarr tempat lunch br 2x tempat yg sama kt semambu. Hari2 lain kompom tempat lain. Semalam bos bawak sampai ke TC kikiki. Tp tu la dorang cakap, time staff blm ramai boleh la nk blanja. Nanti dah 200 org staff masuk, lepas lunch hour la baru nampak muka bos hehehe.

Kuikuikui dah masuk dalam baru tau best ke x....

:)

Tuesday, May 14, 2013

Hari Pertama di Opis Baru

Padahal hari ni dah hari kedua pownn... Semalam la hari pertama aku. Aku kan kemain lagi risau pasal opis baru aku tu. Ye lah kan ke ada isu sebelum ni. Tapi sebenarnya samada bn menang atau x, kompeni tu tak ada effect sepatutnya. Orang-orang atasan dalam kompeni tu bukan calang-calang. Managing Director dia ialah ex MD syarikat construction yg besar kt KL tu. Kalo betul kompeni tu mungkin jadik apa2, kenapa staff kat dalam adalah mereka yg berpengalaman sehingga lebih 10 tahun dgn sebuah sykt yg mmg terbukti berpengalaman dlm maintenance jln? Takkan saje2 ambik risiko letak jawatan dan join kompeni baru kan?

Selagi tak masuk dalam tu selagi tu aku tak tahu situasi sebenar syarikat tu. Sebelum ni yang aku dengar hanyalah pandangan org luar yang tak tahu apa2 n kutuk berlebih-lebihan. Sikit2 x pe lagi aku boleh terima. Aku sendiri pon risau aritu tapi x yah la org luar nak lebih-lebih.

Aku punya la nk marah kat org yg kutuk2 tu sampai aku cakap kat diri aku sendiri aku akan buat dia menyesal n cemburu sebab aku dapat masuk dalam. huhuhu biasalah hati tengah panas. Aku pun da cakap kat  HR, dia tak nak pown. Dia sendiri cakap kat aku kalau dia dapat tawaran pun dia akan tolak. So baiklah HR aku tu x yah nak susah payah. Orang lain ramai lagi nak kerja. Tapi tak tahu la kalau kat mulut je cakap x nak tp dalam hati nak pulak? Dia cakap dia malu semua orang tahu syarikat tu ada kontroversi. Hmmm fine lah. Sampai nak keje pon malu baik x yah offer terus. Bukanlah aku nak sekat rezeki dia tp da memang dia tak nak baiklah bagi kat org yg betul2 nak kerja.

Tak sabar tunggu opis siap renovate :) Kalo tgk pada draft mmg cun gilerrr...

ok tu saje. yang penting gaji masyukkkkk... Arap2 pas confirmation ada la increment barang seratus dua hahaha :) mampus kena tax aku hahaha!

Sunday, May 12, 2013

From Langkawi With LOVE! Part 3

Bongok betol cursor ni kat Part 2 tadi dia tak nak gerak... (entry saya ni guna HP cap aam jer huhu). Aku nak sambung penceritaan pon terganggu cesss!! Arap2 kali ni x buat hal. Aku akan wat seringkas mungkin. Skrg pon da nk kul 2 pg huhuhu.

Ok pas  siap odar  kt restoren tu kami tapau bawak balik homestay. Siap2 masak nasik pastu apa lagi? Makannnnn!! Tapi berbaloi la total semua dlm RM150 je dgn ketam sekilo lebih. Ikan pari 4 ekor. Ikan masak stim satu masak masam manis sekor. Kitorang bajet dlm RM300 tp rupanya x sampai pown. Setel makan apa lagi? tido time! esoknya last day.

Keesokan hari. Pagi2 aku dah gi menjemur kain bawah panas. Siap2 packing terus dlm kul 10 gi umah along. Sarapan dulu serba sikit kendian terusss ke Idaman Suri. Meme idaman para suri sungguh. Rugi aku x ambik set pinggan satu. Kemain riso takut luggage berat padahal byk giler lg kg yg x pakai. Beli hadiah kawen awen kt sini. Lepas tu kitorang gerak ke Haji Ismail Group Kompleks plop. Pehhh memang canggih. Dah x mcm dulu kt kedai lama gila sepah. Skrg da ala2 pasaraya mmg selesa la. Tips membeli coklat pula, Haji Ismail Group menawarkan lebih banyak pilihan malah semua benda ada termasuk la cenderahati, tshirt, kain batik, gamat dan lain2. Berbaloi2. Kendian kami terus ke Cable Car.Tpi cuaca tidak mengizinkan. Hujan turun dan kabel car tidak beroperasi. Kesian dorang x dpt naik. aku mmg x nak naik sb laki aku x mo naik huhuhu. 

Plan asal nak terus ke Dataran Lang. Tetiba adik aku abg long beriya plop nak naik ducktour. Alah kenderaan 2 alam tu boleh kt darat n jadik bot ke laut. Trip masa tu kul 3. Along plop kena ke airport kul 4.30. Seb bek sempat. Mahal gak naik benda alah tu. Lagi mahal dr nek cable car huhuhu. Pusing2 sekitar Telaga Harbour dalam 45minit. Budak2 suka la nek benda tu huhuhu. Setel tu terus bergegas hantar along ke airport. Abg long yg htr. Kitorang singgah mkn kt beras terbakar dulu huhu. Masa byk di bazirkn kt sini. Pukul 6.30 kitorang da kena check in luggage. Pergi masjid dulu solat siap semua pon da nk kul 6. Jauh jugak dr Pdg Matsirat nak ke Pekan Kuah. Tak sempat nak singgah Dataran Lang, sempat lalu aje. Boleh la ye dr xde huhu. Tepat kul 6.30 spi airport. Pulangkan kereta dulu pastu setel luggage terus masuk dlm cek kastam akhirnya... pukul 7 lebih da lega. Tinggal tunggu flight pukul 8.20.

Touchdown LCCT dekat kul 10 gak la sb kt sana ribut n hujan lebat. Lama baru kapal terbang boleh mendarat. Turbulence mmg x hengat la. Gila kuat sampai aku ingat da mendarat sb dia punya rasa gegar tu sama mcm masa tayar pesawat cecah landasan. korang bayangkan la kuat x kuat gegar kt atas tu? Mengucap byk2 la memasing huhuhu....

Alhamdulillah dalam kul 10.30 setel semuanya. Disebabkan along n family flight awal, jadi diorang tolong amik kete suami aku direct bwk lcct sorang sebuah (kete dorang sendiri satu) TQ along :)

Seronok sungguh Langkawi tp nxt time kalo nk gi ramai2 kena plan 4hari 3mlm la. Kalo x kompom x sempat nk cover semua tempat. 

Nxt year kemana pulop kita? hehehe

Tamat

From Langkawi With LOVE! Part 2

Pehhh giler pukul 12.46 pagi aku duk menaip entry Langkawi part 2. Gila gigih! Takpe la sekali sekala. Hari kedua di Langkawi seperti yang dibincangkan dengan ketua program iaitu kakak aku masa untuk kami semua berkumpul dan bertolak ialah pada pukul 10 pagi. Tapi aku kul 11 kot baru muncul. Mana tak hangin ketua program wakaka! Makan sarapan dulu mama goreng bihun kendian bergegas la kononnya nak gerak dah sekali kakak aku merajuk plop x nak gerak alala kucikucikuci. hehehe...

Tempat pertama yang kami pergi ialah Galeria Perdana. Sepanjang aku duduk langkawi 10 tahun dulu mmg ni la first time aku jejak galeria ni. Tp tempat ini mungkin menarik bagi pencinta seni sb boleh tgk macam2 gift and cenderahati yang Tun Mahathir dapat dari pelbagai negara dan unik bentuknya. Tapi bagi aku yang x berapa nak cintakan seni sangat neh galeria perdana adalah tempat anak aku main jerit2 sambil berlari2. adoihhh! sabor je lah. 

Cuaca di Langkawi agak kurang memberangsangkan pada hari kedua kami. Keluar dari Galeria Perdana kami pon menuju ke kedai makan yang tidak berapa berhampiran. Tapi memang puas hati pilihan menu tengah hari yang pebagai. Macam-macam lauk kampung ada. Kedai betol2 tepi jalan mengadap sawah padi. Nama kedai apa aku pon da lupa. Harga pula sangat berpatutan dan lauknya sungguh enak sekali. Tips nak makan tgh hari kat Langkawi ni senang jer. sila jangan carik kedai makan berhampiran Pantai Cenang. Harga kat situ mmg terbelahak nak bayar wakaka! Tahun lepas aku n suami makan amik nansi putih dgn lauk ayam, telur, kuah n sayur beserta dua milo ais pon sampai RM30 ++ . Memang kompom x kan singgah lagi la. Kedai tu betul2 tepi jalan kt simpang laman padi n pantai cenang.... tu baru mkn 2 org. Bayangkan kalo kitorang yang 14 org neh pegi makan situ? memang terbelahak la nk byr hahaha!

Lepas je makan terus kami ke makam mahsuri. Kalo ikut aku xnk pon masuk sb da pnah pegi kan thn lepas n tahu apa je la yg ada kt dlm. Tp sb abg po.g belikan da tiket kita masuk ajer... hehe. tp yg aku malas kalo masuk kompomm duit mesti keluar. ada je benda yg nk dibeli buat souvenir. Bukan souvenir kt org lain tp utk diri sendiri jer hahaha. Anak aku dpt payung sebijik terus senyap main payung. Aman sikit aku rasa haha. Keluar dari makam mahsuri pon da pukul 4.30 lebih kalo x silap. Terusss zass ke Beras Terbakar. Eh sebelum tu singgah masjid dulu solat jamak siap2. Masa kt makam mahsuri hujan da start turun tp x lebat sgt. Sampai kt Beras Terbakar da start nk lebat. Turun jer dr kereta masing2 terus menuju ke tempat shopping. Mama ngan nenek dah masuk dah kedai kt dpn tu da siap pilih pown, sekali aku ajk gi kawasan berbumbung yg ada lg byk gerai tu da x jadi dorang nak beli2 situ. Maaf ya kak. Bukan rejeki akak huhuhu. Masuk dalam tu hujan da start lebat tp masihh tidak menghalang kami utk membeli dan membelah. Aku beli tuala Langkawi 2 helai dgn baju tshirt muslimah satu. Lepas tu gi carik souvenir key chain dgn fridge magnet. Tapi sempat aku sambar ikn bilis setengah kilo. Tu mmg hajat aku ke Langkawi kan.... hehe walaupon agk mahal tp x pe la.

Kedai da banyak tutup masa tu dalam pukul 6 lebih da kot kalo x silap. Abg po.g ngan abg sukri (eh abg sukri plop) pegi amik kete parking bawah tempat berbumbung. Memang hujan lebat selebat2nya. Selesai aktiviti kat Beras terbakar which is aktiviti bershopping je pon bukan gi tgk Beras Terbakar pown. Tp mama aboh nenek semua pegi kot. Aku je x pegi wakaka!

Kendian kami sambung perjalanan dengan mencari restoran yang popular dalam internet n blog kalo google pasal tempat makan kat Langkawi neh. Iaitu Restoren Nelayan. Ok memang murah n sedap makanan kat sini.








K

Friday, May 10, 2013

From Langkawi with LOVE !

3 hari 2 malam di Langkawi... Cepat sungguh masa berlalu. Setahun menunggu akhirnya hari untuk cuti-cuti malaysia itu tiba jua.

Tanggal 5 May 2013 merupakan hari bersejarah buat rakyat Malaysia kerana itu adalah tarikh pilihanraya umum ke 13 berlangsung. Seawal jam 4.10 minit pagi aku dah bangun siap-siap pergi mandi. Bukannn! Bukan bersiap sedia untuk mengundi tapi bersiap siaga untuk bergerak awal dari kuantan bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku. Apakah kejadian itu? Ya! Takut tak sempat check in dan tertinggal flight. Punya la riso takut   terlepas flight n takut kemungkinan jalan jem sepanjang nak ke bangi kuikuikui. Tapi tetappp kul 5.30 baru betol2 gerak. Singgah maran dulu solat lepas tu sambung perjalanan. Seawal jam 8.00 pagi da sampai genting Sempah. Siap2 sarapan dulu baru gerak semula. alhamdulillah perjalanan lancar n tak ada kesesakan langsung. Sebelum pukkkul 9.30 da sampai persimpangan putra mahkota. Lega sikit hati aku sebab sempat la nnt nk mandi n siapkan sharhan. Yee la bangun kul 4.30 pg x kan nak mandkan dia pepagi buta kot huhuhu...

Oh ya antara sebab kenapa kami perlu sampai awal sedangkan flight pukul 1355 adalah kerana kami iaitu aku, suami, anak n family kakak aku juga adik aku abg long akan gerak melalui putrajaya sentral dengan menaiki ERL seterusnya bas ke LCCT. Itu pon pukul 10.30lebih2 baru gerak ke putrajaya sentral. sampai tepat pukul 11.00 pagi n kebetulan ERL ke salak tinggi baru aje lepas. Lebih kurang hampir 11.30 baru dpt naik train lain turun kat salak tinggi kendian naik bas   ke LCCT. Kat salak tinggi pun kebetulan bas penuh. Pukul 12.10 tgh hari baru bas gerak. Lebih kurang pukul 12.30 lebih2 sikit sampai la kat LCCT terus gegas gi kat pemeriksaan kastam. adik aku ateh suami mama aboh baby abg ngah n baby pergi LCCT direct dari rumah along sebab adik ipar adik aku hantar. Kami plak nk jimat bajet parking tu yg parking kat putrajaya sentral tu huhuhu...

Lebih kurang pukul 3 lebih jugak sampai langkawi amik kete sewa (2 bijik innova) lepas tu terus ke pekan kuah untuk pergi ke  homestay. Terus rehat aje kat homestay tp dalam kul 6.30 lebih aku, suami, sharhan, abg long n baby pergi pasar malam padang mat sirat. Tapi x best pasar malam dia. tak macam kat pekan kuah besar n byk gilerrr pilihan. Aku ofkos la beli pulut durian hehehe n laksa kedah kaww punyaaa!! 

Malam tu lepas makan dorang semua keluar kecuali family aku n ateh. Ateh x dpt ikut sb x muat sebuah innova. Dia malas la nk bawak dua kete rugi duit minyak katanya. So kitorangpon sama2 tunggu keputusan pilihanraya kuikuikui. Tapi aku ni x bleh kalo perut kenyang kompom mengantuk tahap gaban. So seterusnya tidoooo wakaka!

Esoknya kalo ikut plan pepagi buta da kena bangun n siap2. Aku plop pukul 8.30 bangun je tido terus gi bukak tv  nk tahu keputusan pilihanraya punya pasal. Tau je la kan aku kan kemain riso kalo PR menang kat Pahang. Mapuh la aku jadik penganggur huhuhu. Bila tahu je BN menang terus yahoooo!! Gembira betol rasanya hati. Pastu masuk bilik tgk suami terbungkang lagi sharhan pon x bangun2 padahal hari dah nak pukul 10.00. Mana x hangin kakak aku huhuhu :p. 

Ok kendian kita sambung part 2 :)


Thursday, May 2, 2013

Plan B

Keputusan sebenar ialah selepas pilihanraya ini. Kalau betul terjadi apa yang saya bimbangkan, saya merancang untuk plan B. Semoga dipermudahkanNya urusan saya. Buat masa ni terlalu banyak berfikir bukan lah satu idea terbaik kerana ia hanya akan menyebabkan aku stress. Tunggu dan lihat dahulu. Rezeki kan Allah yang tentukan. Tak perlu nak risau sangat. 

Plan B saya ialah untuk serius dengan CWA atau pergi kelas menjahit. Kemudian berniaga secara online. Cuma saya perlu serius sahaja. Kalau Kak Miza boleh buat kenapa aku tak boleh? Sometimes manusia bila dalam kesusahan dan kegentingan barulah mereka akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Mungkin inilah dia! Aku berasa kesusahan yang amat sangat sekarang. Kesusahan hati adalah perkara utama. Semoga kerana kesusahan ini aku lebih bersungguh-sungguh.

Namun seperti yang aku katakan tadi. Semuanya hanya akan terjawab selepas pilihanraya nanti. Tunggu dan lihat sahaja. . .