Sunday, May 12, 2013

From Langkawi With LOVE! Part 2

Pehhh giler pukul 12.46 pagi aku duk menaip entry Langkawi part 2. Gila gigih! Takpe la sekali sekala. Hari kedua di Langkawi seperti yang dibincangkan dengan ketua program iaitu kakak aku masa untuk kami semua berkumpul dan bertolak ialah pada pukul 10 pagi. Tapi aku kul 11 kot baru muncul. Mana tak hangin ketua program wakaka! Makan sarapan dulu mama goreng bihun kendian bergegas la kononnya nak gerak dah sekali kakak aku merajuk plop x nak gerak alala kucikucikuci. hehehe...

Tempat pertama yang kami pergi ialah Galeria Perdana. Sepanjang aku duduk langkawi 10 tahun dulu mmg ni la first time aku jejak galeria ni. Tp tempat ini mungkin menarik bagi pencinta seni sb boleh tgk macam2 gift and cenderahati yang Tun Mahathir dapat dari pelbagai negara dan unik bentuknya. Tapi bagi aku yang x berapa nak cintakan seni sangat neh galeria perdana adalah tempat anak aku main jerit2 sambil berlari2. adoihhh! sabor je lah. 

Cuaca di Langkawi agak kurang memberangsangkan pada hari kedua kami. Keluar dari Galeria Perdana kami pon menuju ke kedai makan yang tidak berapa berhampiran. Tapi memang puas hati pilihan menu tengah hari yang pebagai. Macam-macam lauk kampung ada. Kedai betol2 tepi jalan mengadap sawah padi. Nama kedai apa aku pon da lupa. Harga pula sangat berpatutan dan lauknya sungguh enak sekali. Tips nak makan tgh hari kat Langkawi ni senang jer. sila jangan carik kedai makan berhampiran Pantai Cenang. Harga kat situ mmg terbelahak nak bayar wakaka! Tahun lepas aku n suami makan amik nansi putih dgn lauk ayam, telur, kuah n sayur beserta dua milo ais pon sampai RM30 ++ . Memang kompom x kan singgah lagi la. Kedai tu betul2 tepi jalan kt simpang laman padi n pantai cenang.... tu baru mkn 2 org. Bayangkan kalo kitorang yang 14 org neh pegi makan situ? memang terbelahak la nk byr hahaha!

Lepas je makan terus kami ke makam mahsuri. Kalo ikut aku xnk pon masuk sb da pnah pegi kan thn lepas n tahu apa je la yg ada kt dlm. Tp sb abg po.g belikan da tiket kita masuk ajer... hehe. tp yg aku malas kalo masuk kompomm duit mesti keluar. ada je benda yg nk dibeli buat souvenir. Bukan souvenir kt org lain tp utk diri sendiri jer hahaha. Anak aku dpt payung sebijik terus senyap main payung. Aman sikit aku rasa haha. Keluar dari makam mahsuri pon da pukul 4.30 lebih kalo x silap. Terusss zass ke Beras Terbakar. Eh sebelum tu singgah masjid dulu solat jamak siap2. Masa kt makam mahsuri hujan da start turun tp x lebat sgt. Sampai kt Beras Terbakar da start nk lebat. Turun jer dr kereta masing2 terus menuju ke tempat shopping. Mama ngan nenek dah masuk dah kedai kt dpn tu da siap pilih pown, sekali aku ajk gi kawasan berbumbung yg ada lg byk gerai tu da x jadi dorang nak beli2 situ. Maaf ya kak. Bukan rejeki akak huhuhu. Masuk dalam tu hujan da start lebat tp masihh tidak menghalang kami utk membeli dan membelah. Aku beli tuala Langkawi 2 helai dgn baju tshirt muslimah satu. Lepas tu gi carik souvenir key chain dgn fridge magnet. Tapi sempat aku sambar ikn bilis setengah kilo. Tu mmg hajat aku ke Langkawi kan.... hehe walaupon agk mahal tp x pe la.

Kedai da banyak tutup masa tu dalam pukul 6 lebih da kot kalo x silap. Abg po.g ngan abg sukri (eh abg sukri plop) pegi amik kete parking bawah tempat berbumbung. Memang hujan lebat selebat2nya. Selesai aktiviti kat Beras terbakar which is aktiviti bershopping je pon bukan gi tgk Beras Terbakar pown. Tp mama aboh nenek semua pegi kot. Aku je x pegi wakaka!

Kendian kami sambung perjalanan dengan mencari restoran yang popular dalam internet n blog kalo google pasal tempat makan kat Langkawi neh. Iaitu Restoren Nelayan. Ok memang murah n sedap makanan kat sini.








K

No comments:

Post a Comment