Thursday, May 2, 2013

Plan B

Keputusan sebenar ialah selepas pilihanraya ini. Kalau betul terjadi apa yang saya bimbangkan, saya merancang untuk plan B. Semoga dipermudahkanNya urusan saya. Buat masa ni terlalu banyak berfikir bukan lah satu idea terbaik kerana ia hanya akan menyebabkan aku stress. Tunggu dan lihat dahulu. Rezeki kan Allah yang tentukan. Tak perlu nak risau sangat. 

Plan B saya ialah untuk serius dengan CWA atau pergi kelas menjahit. Kemudian berniaga secara online. Cuma saya perlu serius sahaja. Kalau Kak Miza boleh buat kenapa aku tak boleh? Sometimes manusia bila dalam kesusahan dan kegentingan barulah mereka akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Mungkin inilah dia! Aku berasa kesusahan yang amat sangat sekarang. Kesusahan hati adalah perkara utama. Semoga kerana kesusahan ini aku lebih bersungguh-sungguh.

Namun seperti yang aku katakan tadi. Semuanya hanya akan terjawab selepas pilihanraya nanti. Tunggu dan lihat sahaja. . .

No comments:

Post a Comment