Friday, May 10, 2013

From Langkawi with LOVE !

3 hari 2 malam di Langkawi... Cepat sungguh masa berlalu. Setahun menunggu akhirnya hari untuk cuti-cuti malaysia itu tiba jua.

Tanggal 5 May 2013 merupakan hari bersejarah buat rakyat Malaysia kerana itu adalah tarikh pilihanraya umum ke 13 berlangsung. Seawal jam 4.10 minit pagi aku dah bangun siap-siap pergi mandi. Bukannn! Bukan bersiap sedia untuk mengundi tapi bersiap siaga untuk bergerak awal dari kuantan bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku. Apakah kejadian itu? Ya! Takut tak sempat check in dan tertinggal flight. Punya la riso takut   terlepas flight n takut kemungkinan jalan jem sepanjang nak ke bangi kuikuikui. Tapi tetappp kul 5.30 baru betol2 gerak. Singgah maran dulu solat lepas tu sambung perjalanan. Seawal jam 8.00 pagi da sampai genting Sempah. Siap2 sarapan dulu baru gerak semula. alhamdulillah perjalanan lancar n tak ada kesesakan langsung. Sebelum pukkkul 9.30 da sampai persimpangan putra mahkota. Lega sikit hati aku sebab sempat la nnt nk mandi n siapkan sharhan. Yee la bangun kul 4.30 pg x kan nak mandkan dia pepagi buta kot huhuhu...

Oh ya antara sebab kenapa kami perlu sampai awal sedangkan flight pukul 1355 adalah kerana kami iaitu aku, suami, anak n family kakak aku juga adik aku abg long akan gerak melalui putrajaya sentral dengan menaiki ERL seterusnya bas ke LCCT. Itu pon pukul 10.30lebih2 baru gerak ke putrajaya sentral. sampai tepat pukul 11.00 pagi n kebetulan ERL ke salak tinggi baru aje lepas. Lebih kurang hampir 11.30 baru dpt naik train lain turun kat salak tinggi kendian naik bas   ke LCCT. Kat salak tinggi pun kebetulan bas penuh. Pukul 12.10 tgh hari baru bas gerak. Lebih kurang pukul 12.30 lebih2 sikit sampai la kat LCCT terus gegas gi kat pemeriksaan kastam. adik aku ateh suami mama aboh baby abg ngah n baby pergi LCCT direct dari rumah along sebab adik ipar adik aku hantar. Kami plak nk jimat bajet parking tu yg parking kat putrajaya sentral tu huhuhu...

Lebih kurang pukul 3 lebih jugak sampai langkawi amik kete sewa (2 bijik innova) lepas tu terus ke pekan kuah untuk pergi ke  homestay. Terus rehat aje kat homestay tp dalam kul 6.30 lebih aku, suami, sharhan, abg long n baby pergi pasar malam padang mat sirat. Tapi x best pasar malam dia. tak macam kat pekan kuah besar n byk gilerrr pilihan. Aku ofkos la beli pulut durian hehehe n laksa kedah kaww punyaaa!! 

Malam tu lepas makan dorang semua keluar kecuali family aku n ateh. Ateh x dpt ikut sb x muat sebuah innova. Dia malas la nk bawak dua kete rugi duit minyak katanya. So kitorangpon sama2 tunggu keputusan pilihanraya kuikuikui. Tapi aku ni x bleh kalo perut kenyang kompom mengantuk tahap gaban. So seterusnya tidoooo wakaka!

Esoknya kalo ikut plan pepagi buta da kena bangun n siap2. Aku plop pukul 8.30 bangun je tido terus gi bukak tv  nk tahu keputusan pilihanraya punya pasal. Tau je la kan aku kan kemain riso kalo PR menang kat Pahang. Mapuh la aku jadik penganggur huhuhu. Bila tahu je BN menang terus yahoooo!! Gembira betol rasanya hati. Pastu masuk bilik tgk suami terbungkang lagi sharhan pon x bangun2 padahal hari dah nak pukul 10.00. Mana x hangin kakak aku huhuhu :p. 

Ok kendian kita sambung part 2 :)


No comments:

Post a Comment