Saturday, September 10, 2011

Beraya di Perak dan Selangor...


Ni kira siri ke tiga lah ni selepas siri Beraya di Istana dan Beraya di Chini... Huhu... Pagi raya ke tiga dalam pukul 11 macam tu lah bertolak dari Chini dan singgah di rumah Kak Long dulu di Taman Seriku. Kak Long buat rumah terbuka pada raya ketiga tu. Singgah sekejap ajer lah sebab hari tu jugak nak bertolak ke Perak. Sampai rumah, kemas-kemas baju, packing-packing baju pastu Abg Long (Abg Long yang ini ialah adik aku, bukan suami kakak ipar aku iaitu kak long suami aku.. mcm berbelit jer aku punya explanation... lantaklah paham ke idok hahaha) sampai. Kitorang tinggal kereta kat rumah jer so Abg Long lah datang ambik kitorang kat rumah. Singgah umah Mama dulu. Mama pun tengah nak buat persiapan terakhir, kemas-kemas apa yang patut dulu. Dalam pukul 2 jugak la kitorang baru gerak. Rasanya bukan pukul 2, pukul 3 gitu lah....

Lepas tu singgah kejap kat RnR Temerloh. Tak sangka jumpa Faizah, suami dan anaknya kat sini. Aku terperasan pun sebab tengok suami dia macam kenal jer. Kenal kat fb je lah... Lepas tu saje je aku tunggu... Tengok-tengok nampak Faizah pulak.. Terus la tegur. Tak sangka jumpa kat situ huhu.... Berapa tahun dah tada jumpa.

Lebih kurang pukul 6 sampai Genting Sempah berhenti makan dulu kat sini. Kos makan kat sini kira sangatlah murah berbanding makan kat Petronas Bentong tu. 5 orang punya makan baru RM27 sedangkan masa kat Bentong tu, 3 orang makan jer dah RM31. Bankrup Gue!! Pukul 7 mulakan perjalanan semula. Sepanjang LPT tadi Abg Long yang drive. Lepas Genting Sempah my husband pulak yang drive (boleh lah aku duduk depan, selesa sikit hahahaha)

Kitorang lalu ikut jalan kepong, ikut jer sign board Kuala Selangor sampai jumpa Sg Besar dan Sabak Bernam. Dalam pukul 10 gak la sampai Kg Sg Manila, Hutan Melintang Perak. Oh ya, ada tragedi dalam avanza. Ateh bawak anak-anak dia sekali kurung dalam sangkar. Asyik kentut jer bebudak tu bapok la busuknya kentut kucing. Boleh pengsan di tempat kejadian... Lepas tu masa da kat mana eyh... da masuk Sg Besar kot atau sebelum tu, anak dia si Karipap tu duk miaow miaowww rupanya apa? nak berak rupanya. hampesss.. Pastu berlakulah kejadian pemberakan kat atas bantal kecik kat mak dia iaitu si Ateh tu la. Allah! Busuknya namampuss!! Kekurangan oksigen kitorang..... Semua pakat bukak tingkap nak dapatkan oksigen... adehhh... Kang membebel lebih merajuk pulop budak tu huhu... Ye lah, mana leh marah anak dia... kuikuikui :p Berhenti kejap kat stesen minyak basuh berak anak dia n bersihkan bantal tu. Adehhh.... lepas tu barulah boleh bernafas dengan tenang.... Kitorang pun sambung perjalanan sampailah tiba di kampung.... (boleh pulop sesat x jumpa lorong... main agak2 ajer lorong ke rumah pak anjang.. nasib baik betol.

Owh kisah balik kampung kitorang ni sebenarnya da jadi ala-ala keluarga 69 jugak lah... Sebab apa tau? Rumah yang kitorang nak pergi kat kampung mama aku ni rumah Pak Anjang.... Yang lawaknya, Pak Anjang balik beraya di Kuantan (Mak Anjang orang Kuantan) tidur rumah kitorang pulop tu kat kuantan ni. Kitorang pulop balik umah dia... Tak ke bertukar rumah gitu? adehhh... Tak kesah lah... Yang penting nenek ada kat kampung... Balik kampung pun sebab nak jumpa nenek jer sebenarnya....

Sampai-sampai tu rehat kejap pastu aku pun siap2 ambik tilam dalam bilik mak anjang bentangkan siap2 kat ruang tamu. Keluarga Mak Usu tidur kat sudut depan TV, kitorang kat bahagian lagi satu. Yang agak mencabar kat rumah Pak Anjang ni ialah bilik air dia... Bilik air dia kat luar rumah... Kalau malam-malam tu memang serem jugak la nak keluar and lagi satu yang paling mencabar ialah.... bilik airnya tiada berbumbung... adehhh... Kalo ko nak membuang air besar tetiba hari hujan, siap-siap lah bawak payung yer... Tapi yang paling best mandi pagi-pagi la... Air nya sejuk bangat dan sungguh menyegarkan.... I LOIKE!

Esoknya..... Ingatkan nak ajak Syuk pergi Teluk Intan... Masa tu anak aku tido... Pastu Syuk cakap tunggu Sharhan bangun, aku pon da dengar dia cakap macam tu, aku join sekali la sharhan tido huhuhu... Padahal boleh jer tinggalkan Sharhan kat mama.... Lepas tu mulalah kebosanan sampai petang. Sebab Tak buat apa-apa pun kat rumah pak anjang... Nak keluar pon tak boleh sebab kete ateh n abang long pakai pergi sabak bernam. Pukul 3 lebih lepas Jumaat nenek balik Bota dengan mak usu. Nenek ajak jalan sana, malas lah.. jauh sangat... Pak Iwan n isteri pun balik dan Pak Apis jugak... Aku gi mandi lagi sekali lepas tu, dalam pukul 4 lebih baru la kitorang keluar beraya ke Parit 6 Timur, Sungai Besar. Rumah tepi bendang. Biasanya kitorang pergi ziarah 2 buah rumah. Semua rumah nenek-nenek saudara kitorang lah. Tapi hari tu cuma seorang nenek jer yang ada di rumah. nenek yang lagi satu, yang mama lebih rapat tu tak ada la pulop. Keluar beraya agaknya.... Singgah kejap je lah sebab kitorang sebenarnya ada tujuan lain lagi ke Sg Besar tu.. Iaitu.... SHOPPING!! hahaha :p

Berikut ialah gambar-gambar aku (biasalah camwhore) dan family otw balik kampung hehe...



Yang gambar kat bawah ni ialah masa kat Parit 6 Timur, Sg Besar. YAng hitam belakang tu orang membakar tapak padi sebab semua padi sudah di tuai... Diorang akan buat proses penanaman semula pulop lepas ni. Pernah satu tahun tu kitorang balik, padi betul-betul tengah masak... huhu... Sangat cantik... Kali ni sawah togel jer... Nasib badan lah.... huhu...



 


Gambar bawah ni sebenarnya En. Sukri dan anaknya tengah kebosanan... Lama gila dari pagi bersiap, pukul 4 lebih baru keluar berjalan... Sabor jer lah yang eyh.... bukan selalu pun... Kali ni jer... huuuu


Dua gambar last ni ialah si Sharhan drift kat Sg Besar... hahaha... Kemain bising lagi mulut dia mendrift kereta... Geram betolll... Gambar tengah bershopping tidak sempat di ambil sebab ralik sangat shopping hehe. Pehh gila tudung-tudung kat sini murah bangatttt!! Rambang mata gue... Nasib baik duit udah kering.. huuuu T_T

Waduhhh... Panjang bangat gue punya cerita kali ini. Penat dah menaip. Idea pon yilek....

CUKUP

2 comments:

  1. pasni aku da takmo bela kucing da..... kos tinggi la plop jaga kuceng ni....tensen T_T

    ReplyDelete
  2. huhuhu... tau x po.... tgk aku, meme x boleh bela kucing... suami x bagi.. huuuuu

    ReplyDelete