Friday, January 27, 2012

Langkawi..... Day 2 :)

Wow! Ambik masa bertahun untuk aku sambung part 2 punya sesi. Gila ah... Nanti hari ke tiga ambik masa berapa tahun pon aku x sure huhuhu. Biasalah... I've been very busy lately... Cehhh ayat tak hengat. Padahal bukan busy sangat pon tapi mood tak dek. Bukan setakat mood nak taip tapi mood untuk serba serbi pon memang tak dek... Apsal eyh? huhu...

Baiklah, mari kita masuk ke hari ke dua percutian kami di Langkawi Permata Kedah.... Hehe.. Pagi-pagi lagi bangun, mandikan sharhan, bersiap-siap, turun makan breakfast kat bawah pastu terus gerak gi cable car. Oh ya, sambal nasi lemak kat hotel tu memang superb! marvellous! Sehingga menjilat jari meme sedap... Hehe... Tapi aku tak makan banyak sangat sebab takut perut aku meragam. Tau je lah masa tu tetiba tengah datang bulan wakaka! Ok, abaikan.... Siap jer sarapan semua, dalam pukul 9.30 lebih jugak la baru gerak. Kena gerak awal sebab takut ramai  orang kang x pasal kena beratur panjang nak naik cable car tu. Alhamdulillah masa sampai tu orang belum ramai. Cuma ada pak pak arab dan minah arab serta delegasi dari india. Kemain smart lagi diorang berkot, bertie apa. Ada gak yang pandang-pandang aku, nak ngorat la tu. Bo layan la... hahaha.

Sebelum naik atas untuk ke stesen cable car tu kena amik gambor dulu. Dah siap ambik gambar baru naik tingkat atas. Orang tak ramai, terus boleh naik gondola nya. Kitorang naik dengan pasangan dari jerman (ceh kompiden jer aku diorang tu dari jerman hehe). Masa dah gerak naik atas tu, sharhan senyap jer. Gayat kot. Dia genggam tangan kemain lagi kuatnyer. Aku plop dah sampai separuh jalan dah menyesal pulop naik. Gila kecut perut naik benda alah tu. Naik roller coaster pon tak sekecut perut tu. Nak pandang bawah pon pehhh geli gila rasa kaki. Mula lah macam-macam benda aku pikir. Huhu... Tu yang makin takut tu.







Malas plop nak citer bila dah sampai atas tu. Pendek ceritanya memang kecut perut den. Anak aku siap boleh mainlari-lari pulop kat platform atas tu. Adehhhh..... Tak duduk lama pun kat atas. Sebab ada lagi tempat-tempat menarik yang nakpergi. Lebih-lebih lagi untuk SHOPPING!!! wakaka!

Habis jer tu kitorang pergi Beras Terbakar. Lepas tu pergi makan kat area Pantai Cenang. Ok, di nasihatkan kepada sesiapa yang nak pergi Langkawi, pergilah makan kat Beras Terbakar, murah kat situ. Kalo kat Pantai Cenang, tergezut monyet mak nyahhhh.... rege nya mak aih, melampau! huhu..... 




Lepas makan, suami pegi solat dulu. Lepas siap tu kitorang pun gerak ke Makam Mahsuri. Lama gak la kat situ siap tengok video Mahsuri lah apa. Cadang lepas tu terus nak gi Dataran Lang, tapi cuaca sangat panas x hengat, terus kensel. Kitorang pergi Haji Ismail Group dulu shopping-shopping apa yang patut. Esok sebelum balik baru pergi Dataran Lang hehehe.....

Malam tu makan malam kat Dataran Lang. Gerai tepi-tepi tu. Pehhh memang sedap Nasi Goreng Udang dia. Sharhan pon kemain selera makan. Namun anak aku mengamuk di pertengahan makan.... hukhukhuk.. Tak sempat aku nak habiskan air laici kang ku hukhukhuk T_T... X pe, next time kita datang lagi.

Balik hotel, letih dan kenyang membawa kepada kemengantukan yang teramat sangat huhuhu.... Apa lagi? Tido zzzzzz....

Sambungan hari ke tiga akan bersambung pada masa yang masih belum di ketahui wakaka!!

Habis....

No comments:

Post a Comment