Saturday, February 11, 2012

Misi Berjaya... Alhamdulillah....

Rasanya memang tak bertaip dah cerita Langkawi Day 3 tu. Cerita tu pon dah basi dah pon nyer huhuhu. So, lupakan cerita pasal Langkawi sebab ada cerita yang lebih menarik dari Langkawi lagi sekarang ni terjadi dalam kehidupan kami ececeh... Kami itu merujuk kepada keluarga aku.

Di pendekkan cerita.... Aboh aku berasal dari Indonesia. Merantau ke Malaysia sebatang kara ketika berusia 9 tahun (ikut orang) tapi kitorang satu family biasanya tak percaya kalau aboh cerita hehehe. Bak kata Mama 'dengar boleh, percaya jangan' haha. Ye lah, sape nak percaya umur 9 tahun dah pandai merantau kan. Ye dop? Tapi tak tahulah kalau apa yang aboh aku cakap tu betul huhuhu. Tinggal aboh sebatang kara di Malaysia tapi ada keluarga angkat yang jaga. Bila aboh besar sikit rasanya umur 18 kot aboh pergi belajar mewelding, kerja-kerja mekanik. Ketika berusia 27 tahun, aboh telah berkahwin dengan mama yang ketika itu berusia 19 tahun. Mama aku lahir kat Selangor tapi di besarkan di Perak. Maka, merantau pula mereka berdua ke Kuantan. Keluarga angkat aboh orang Kuantan. Pehhh ni bukan pendek dah ni, aku rasa panjang bangat. Ok lah di pendekkan lagi, dari kecik sampai lah ke besar kitorang adik beradik memang tak pernah kenal dan tak pernah jumpa adik beradik belah aboh. Dalam pikiran kitorang aboh sebatang kara dan tak ada saudara mara so, kitorang adik beradik tak adalah ambik tahu sangat contoh macam nak tanya nama adik beradik aboh ke, nak tanya umur ke semua tu memang takpernah nak ambik tahu. Aku pun tak komfem adik beradik aboh aku ada berapa huhuhu... Kejam betul. Tapi mak ayah aboh dah lama meninggal lah. Rasanya sebelum aboh merantau. Selepas itu aboh tidak pernah lagi pulang ke negara kelahirannya dan mendapat status Penduduk Tetap atau Permanent Resident di Malaysia.

Sehinggalah.....

Kakak and abang ipar aku book tiket Air Asia tahun lepas untuk bawak aboh aku balik kampung dan mencari susur galur dan waris yang mungkin masih ada di Bukittinggi, Padang, Indonesia. Tarikh tiket bulan Februari tahun ni lah. Tetapi malangnya proses buat pasport untuk PR rupanya tersangatlah rumit. Kena datang interview apa. Di pendekkan cerita, interview aboh adalah pada hujung bulan 2 sedangkan flight ke Padang awal bulan 2. Terpaksa lah kensel bawak aboh walaupon tiket dah beli. Nak buat macam mana. Tak ada rezeki huuuu.

Jadi, mengembaralah kakak aku and suaminya ke Padang selama 5 hari. Hari ketiga kot baru start carik. Alhamdulillah urusan di permudahkan dan akhirnya berjaya menjejak saudara mara di sana. Kakak aku cakap jumpa ayah sedara aboh dan adik aboh (kiranya atuk sedara n ayah sedara kitorang lah). Gembira dan bersyukur betul akhirnya di pertemukan dengan adik beradik aboh. Selama ni kitorang asyik fikir sampai bila-bila pun tak mungkin akan jumpa dengan saudara mara belah aboh tapi akhirnya..... T_T sob sob.... Kalau lah aboh dapat berada di sana bersama mesti lagi seronok, lagi terharu dan lagi dramatik.... Bayangkan lah at least 30 tahun dan sebenarnya lebih, aboh aku tak pernah dengar khabar berita diorang dan diorang pun tak pernah dengar khabar berita aboh. Diorang pun mesti tergezut tetiba ada saudara mara dari Malaysia datang carik diorang, diorang pun mungkin tak pernah terfikir kot. Aku mulanya pelik gak macam mana boleh senang sangat jumpa. Pastu tanya aboh rupanya aboh dah siap lukis plan, jalan ke rumah dia. Gila kuat ingatan aboh aku. Rupanya setiap jalan, setiap simpang semuanya masih kuat dalam ingatan beliau tinggal lagi nak carik sama ada masih ada waris di sana atau tidak. Dengarnya abang aboh ada di Pekan Baru dan adik perempuan aboh ada di Dumai. Insya allah, panjang umur, murah rezeki kita pasti ketemukan mereka dengan aboh. Semoga aboh selalu sihat dan di beri rezeki oleh Nya untuk bertemu mereka.

Lepas dah jumpa saudara mara barulah kakak aku boleh bershopping dengan tenang hehehe.... Kat Bukittinggi tu kain bersulam, telekung, dengarnya cantik-cantik dan murah-murah.... Insya allah ada rezeki nanti boleh la pergi shopping sana wakaka! Sambil menyelam minum air la beb.. huhu :p Nak kirim? hehe

Tak sabar nak tunggu along balik mesia. Flight petang ni kalau tak silap. Tak sabar nak tengok gambar dan juga nak tengok kain bersulam dan telekung yang aku kirim. Oh, dan nak makan buah avocado juga. Dengarnya ayah sedara kitorang kat sana nak bagi seguni, tapi along naik flight, bukan naik kereta... hehe... Oh ya, bahasa kat sana juga pure minang yer bukan macam bahasa indon yang drama dalam TV tu... ala-ala macam orang nogori lah dia punya bahasa tapi kompem lagi pekat.

Habis......

No comments:

Post a Comment