Friday, January 13, 2012

Hujan... Hujan... Dan terus hujan... T_T

Hujan itu rahmat, ya aku tahu itu... Saya cuma berharap hujan akan reda dan esok tak kan banjir. Esok adalah hari yang aku tunggu-tunggu.... Kami akan berangkat ke LGK esok flight pukul 2 ptg. Akan bertolak dari Kuantan pada pukul 6 pagi. Bajet sampai Bangi at least pukul 10.30 pagi. Huhu.. Kalau boleh aku tak mahu aksi kejar kapal terbang berlaku sepertimana yang selalu di lakukan oleh kakak dan adik aku. Kejar kapal terbang sokmo kejenya wakakaka. Tu lah check in lambat sangat.

Esok paling lewat pun untuk check in beg, segala bagai mestilah pukul 1 tengah hari. Anggaran dari Bangi ke LCCT Sepang ialah 1 jam (termasuk masa kecemasan). Permudahkanlah Ya Allah.. Semoga tiada aral melintang di pertengahan jalan. So, if sampai Bangi area 10.30, sempatlah rehat kejap setengah jam, pukul 11 bertolak ke LCCT insya allah dalam pukul 12 sampai. Tak adalah kelam kabut sangat. Tapi jika ditakdirkan pukul 11 baru sampai rumah along, 11.30 bertolak, insya allah pukul 12.30 sampai pon masih ok lagi. Huhuhu.... Permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Risau gak ni. Suami aku insist nak bertolak pagi dari kuantan instead of tidur rumah along. Huuuu.... Kalau ye pon nak tido umah along, at least baju n semua brg2 perlulah di packing pada hari semalam... Tapi malangnya sampai ari ni pun masih belum packing. MAMPOS! Kompom tak sempat. Waduh waduh....

Hujan masih belum berhenti. Semalam jalan kat Darul Takwa tu dah naik air. Risaunya takut jalan kat area Gambang tu banjir. Kang kete x boleh lalu macam mana?? Mungkin kena patah balik lalu ikut jalan nak ke Sg Lembing tu, keluar ke LPT melalui tol Kuantan dengan kadar tol RM19.90 instead of Gambang RM16.90. If no choice, terpaksa lorrr.... Waaa!! Dah ambik masa dah kat situ nak patah balik segala huuuuu T_T

Di dalam hati aku sentiasa berdoa supaya tak banjir dan juga dipermudahkan segala urusan... Ya Allah permudahkanlah Ya Allah... (risau nehhh) T_T

Doakan juga untuk aku yer....

Habis....


No comments:

Post a Comment