Friday, January 6, 2012

Kenduri Sambut Menantu.... 31.12.2011

Dah lama aku nak masukkan entry kenduri sambut menantu ni. Tapi asyik tak de mood. Kalau perasan entry aku sebelum ni dah hilang... Sebab malas lah nak biar lama-lama kat dalam ni. Buat serabut. Wakakaka....

Majlis penyambutan kemenantuan adik aku di buat kat Dewan Orkid, Bukit Ekspo UPM. Ok di sebabkan nama tempatnya adalah dewan, aku membayangkan ia adalah sebuah dewan yang besar di lengkapi air-cond dan sebagainya.... Rupa-rupanya ia adalah sebuah dewan berbentuk open air. Kira majlis sambut menantu nih ala2 garden wedding gitu. Cuma meriah sikit la siap ada kompang dan silat. Jemputan macam tak berapa ramai. Mungkin setakat kenalan ajer kot. Sebab tengok meja tak ada lah banyak sangat. Yang penting kali ni kitorang pulak jadik tetamu hehehe. Di sebabkan jadi tetamu so, x banyak lah gambar yang aku snap sebab sebok jaga anak, makan, dan sebagainya....

Layankan.......



3 generasi... Nenek, Mama, Cucu nenek n anak mama, atehhhh.... :p Ateh, sila lengkapkan generasi ke 4 dari susur galur kita lepas ni wakakaka....







Garden wedding lah kiranya khennnn..... Open space gitu dewan dia. Boleh pulop kipas area keluarga perempuan rosak time tu. Diorang cakap, time test sebelumnya tu ok lagi, tetiba rosak plop bila kitorang sampai... Adehhhh.... Panas bangattttt.... huhu.. Nasib baik open air, so adalah jugak angin sepoi-sepoi bahasa...

Mak usu dan Mak usu... Dua-dua adik aku. Yang berbaju merah tu adik kandung, yang pakai tudung hijau tu, adik ipar... Yang budak lelaki berbaju merah tu, adik aku jugak...


Ayah sedara dua orang nih. Yang baju kuning tu Pak ijam... Sebaya dengan kakak aku along... Yang kurus tu adik bongsu mama. Kitorang panggil Pak Apis. Rasanya umur dia tahun ni 21 atau 22. Mungkin 22 kot. Tapi muda dari adik aku yang kawen tu la. So area mcm tu la. Huhu... Sebenarnya ada lagi sorang ayah sedara aku yang muda dari aku. Dia pakai baju belang-belang purple. Muda setahun dari aku. Yang tu baru kawen tahun lepas. Kitorang adik beradik ni ngada sikit. Mana-mana adik-adik mama yang muda pada kitorang, kitorang salam tak cium tangan pon.. wakakaka... Padahal BAPAK tu.... Segan la.. x pe kot... salam jugak khennnn... :p


Tak pernah jumpa tong sampah kewwww?? hua hua hua




Itu lah sahaja ceritanya. Balik tu pergi Putrajaya kejap. Singgah ambik gambar 4, 5 keping pastu balik hotel. Panas bangat, tak tahan lah... Duduk dalam air-cond lagi syok giteww... Malam tu plan nak pergi Icity Shah Alam, pastu last-last rancangan terpaksa di batalkan sebab malam tahun baru kan, kompom jalan jem n orang ramai. Last-last kitorang layan movie jer kat bilik. Cerita Aku Bukan Tomboy.... huhuhu....

Tak ada mood nak bercerita panjang. Next time kalau rajin aku nak citer pasal pergi Zoo Negara plop.... :) 

Habisss...

No comments:

Post a Comment