Thursday, December 29, 2011

Tahun Baru 2012

Wohhhh.... Lagi 2 hari rupanya dah nak masuk tahun baru 2012.... Azam gapo eyh tahun baru nih. Rasanya aku nak mencapai azam tahun 2011 iaitu azam tahun 2010 iaitu azam pada tahun 2009 kahkahkah.... Sebenarnya tak ada azam pon. Macam tak ada point pon nak ada azam.... Azam tu pon aku tak tahu benda apa huhuhu (gila lah statement)

Ok... Mungkin aku boleh berazam untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik kot... Tapi masalahnya aku tak mo keje luar dari Kuantan nih. Sape nk pandu aku t.... Aku ni nama jer ada lesen tapi bawak keta ketaq lutut... Sejak ada lesen nih baru sekali kot aku bawak kete. Tu pon dari kepala jambatan sampai ke rumah mama. Pastu tak pernah bawak dah... Owh.. Itu pon rasanya macam 5, 6 bulan lepas jer... huuuu....... 

Ok... Mungkin aku boleh berazam untuk memiliki kereta sendiri kot. Kalo ada kereta sendirik mungkin aku lebih kompiden utk drive. Almaklumlah kalo kemek pon x de org nak marah wakakak... Tu pon kalo aku dapat kerja yang lebih baik dan pendapatan yang lebih baik. Tapi.... Aku kan tak mo kerja yang kena keluar dari Kuantan, oleh itu, kemungkinan besar aku tak akan bertukar kerja lagi... Oleh itu, kompem-kompem lah azam aku ni tak akan tercapai.

Waduh.... Gawat gini. Aku tidak setegar orang lain yang bisa meninggalkan suami dan anak-anak menempuhi hari mendatang. Balik jumpa pon hujung minggu... Waduh... aku belum bersedia lagi. Dah tu kalo x mo kerja luar Kuantan, pergilah carik kerja dalam Kuantan. Ok, idea ini boleh di terima... wakakaka... Masalahnya ko x carik pon... T_T ye.... my bad...

Oleh itu, dengan rasmi nya di sini... azam baru saya ialah mencari kerja dalam kuantan dengan pendapatan yang lebih lumayan hohoho :p Tapi masih akan mencuba untuk mencapai azam pada tahun 2011 iaitu azam tahun 2010 iaitu juga azam tahun 2009 wakakaka!! hehe :p

Sekian dulu ucapan saya untuk tahun 2011 yang sungguh pendek ini. Pejam kelip pejam kelip dah hujung tahun, pejam kelip pejam kelip dah besor anak aku huhu.... Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan (wahhh bunyik macam lambat lagi nk jumpa.. Tahun depan tuewww padahal lagi 2 hari jer kot...) insya allah panjang umur, murah rezeki..... 

Semoga tahun 2012 dan seterusnya akan membawa sinar baru kepada saya dan keluarga dan di murahkan rezeki oleh Nya... insya allah.. aminnn....

HAPPY NEW YEAR EVERYONE!!!

p/s: New year ni akan berada di Zoo Negara hahaha :D Malam new year insya allah nak pergi icity.... :)

Horeaaayyyyy!!!

HABIS SUDAH ENTRY UNTUK TAHUN INI =))

No comments:

Post a Comment