Friday, December 2, 2011

2-12-2011 HAPPY BIRTHDAY MY PRINCE =)

Wahhh... Hari ini... Sudah 2.12.2011.... Setahun sudehh..... Cepatnya masa berlalu. Pejam kelip pejam kelip dah setahun pun aku melahirkan budak kecik yang bernama Muhammad Sharhan Sufi itu.... Happy Birthday my son.... Bila dia besar nanti aku akan ajar dia tiap kali birthday dia datang, dia kena sediakan hadiah untuk aku HAHAHA =)

Inilah dia, Muhammad Sharhan Sufi Bin Sukri pada 12 bulan yang lalu.... Muka pon bengkak lagi sebab baru keluar dari perut..... :)


Ini pula Muhammad Sharhan Sufi Bin Sukri 12 bulan kemudian... HAHA... Kemain pandai lagi. Macam tahu-tahu jer hari ni birthday dia. Senyuman birthday boy =) Comel.. Rasa macam nak lempang jer.... hihi


Pengalaman melahirkan budak kecik ni dah ada dah kat sini . Sesiapa yang rajin nak baca tu boleh la klik situ eyh... hehehe... X mo baca pon x pe....

Pencapaian anak aku sempena ulang tahun kelahirannya yang pertama boleh di katakan banyak jugak lah.... Antaranya ialah....

  • Sudah pandai berjalan
  • Sudah pandai memerintah
  • Sudah pandai bercakap (gila exxegerate haha) cth: NAK NAK NAK!! JATUH! BAPAK! BOBOBOBOIIIII !! NENEK! 
  • Sudah pandai turun dari katil
  • Pandai memanjat 
  • dll (kuikuikui)

Doa buat anakku Muhammad Sharhan Sufi Bin Sukri:

"Ya Allah jadikanlah anak aku anak yang soleh, beriman dan bertakwa kepada MU, taat kepada kedua orang tua nya, semoga anak aku sentiasa akan mendoakan ibu dan ayahnya di dunia dan di akhirat. Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang dapat membantu kami di dunia dan di akhirat nanti.... Permudahkanlah segala urusan anakku, murahkanlah rezekinya dan jadikanlah dia hambaMu yang berjaya di dunia dan di akhirat...."

Aminnn.... =)


No comments:

Post a Comment