Tuesday, February 8, 2011

Pengalaman Melahirkan Muhammad Sharhan Sufi

Pengalaman melahirkan Muhammad Sharhan Sufi adalah pengalaman yg paling menarik dlm hidup aku. Menghadapi masalah GDM (kencing manis) sepanjang kehamilan merupakan satu cabaran buat aku dan suami. Berulang ke klinik untuk mengambil darah 4 kali sehari hampir setiap minggu seawal usia kandungan aku 16 minggu betul-betul menguji kesabaran kami. Alhamdulillah semuanya sudah berlalu.

Aku dijangka bersalin pada 5.12.2010. Masih gigih bekerja sehingga 30.11.2010 tanpa ada tanda untuk bersalin. Haxton brick (sakit bersalin main-main) (pembetulan: Braxton Hick actually ya)....berlaku hampir tiap malam selama 2 minggu. Tp malam aje yg sakit kuat. bila kat tempat kerja rilek jer huhu... Mula cuti pada 1.12.2010.

Kisahnya bermula pada 1.12.2010. pagi-pagi lagi sukri dah hantar aku duduk rumah mama. masa tu nenek pon ada kat rumah. sebelum pegi keje sukri pon berpesan pada isterinya supaya menghubungi beliau kalo rasa mcm da nak bersalin.. huhu baiklah.... pukul 10 pagi, pegi tandas. tiba-tiba nampak sesuatu yg nampaknya mcm tanda nk bersalin tp tak ada darah pun. orang kata tanda-tanda nk bersalin ada darah... x rasa sakit pon... terus sms suami tercinta. tapi dalam sms tu da bitau da x mo pegi hospital lagi sebab effa cakap sakit kalo pegi cek sebelum masanya... uwaaa... gue takut yg amat... suami pon balas...x nk pegi hospital ke? X kn nk tunggu sakit tenat baru nk pegi? huuu... baiklah... dalam nervous2 tu pegi jugak la... dalam pukul 12 tengah hari sampai di pusat bersalin risiko rendah, hospital tengku ampuan afzan... bagi kad merah kat kaunter.

bila sampai turn, bitau la kat doktor ada tanda pelik tp x de darah pun. boleh pulak doktor tu tanya aku... ada tak nurse beritahu keadaan yang mcm mana baru pergi hospital? aku pun jwb la.. bila turun darah, baby tak gerak, tah apa lagi tah... boleh pulop dia ckp.. awk ada tanda2 tu semua? errr mcm x de jer... dah tu kenapa awak datang? kerek la lu... sukati gue la nk dtg ke x mo.. huhu...  tp diorang tetap cek kontraksi dan laluan. dah sikit lagi da nak disharge sbb rumah dekat jer dgn hospital. last sekali cek tekanan darah...

cess!! kantoi pulop darah gue. 158/90 gila tinggi. mulanya doktor pelatih yg cek... pastu doktor tadi x puas hati, dia pulop yg cek... 3, 4 kali gak la.. siap suruh mengiring ke kiri la, ke kanan la, suruh rehat setengah jam la, bg mkn ubat la... cek lagi, tekanan darah x mo turun jugak.. 160/90. kompem kena masuk wad. dia baru je nk discharge aku huhu... masuk jarum siap2 kat tangan... waduh panjang gila jarum masuk dalam urat... aku siap boleh tanya kat doktor  tadi...  err.. kalo tekanan darah saya dah normal, saya boleh balik tak? Kemudian beliau membalas.. ish akak ni asyik nak balik ajer.. :p ngeee.... (sebab setiap kali dia cek aku tanya boleh balik  x? Boleh balik  x..??)

Pukul 2.15 di tolak dengan kerusi roda ke wad melor  1a. Suami tercinta pegi beli nasi ayam sbb isteri tercinta nak makan nasi ayam... huhu lapor.. dari pukul 12 x makan nasik... suami masuk pejabat semula dan akan datang melawat pada pukul 5.00 ptg waktu melawat nanti.  Selang berapa jam ambik tekanan darah... masih belum normal lagi.. 140/90. Bermastautin la aku di situ... pelik betul, masa pregnant kencing manis, nak bersalin, darah tinggi pulop... nervous kot...  bermalam lah aku di situ buat pertama kali dalam hidup... siap kena mkn ubat darah tinggi huhu....

2.12.2010.... pagi-pagi dah sms suami mintak belikan nasi minyak mak long... pagi-pagi jugak suami datang hantar.. huhu TQ Sayang.. I LOVE U MORE THAN WORDS CAN SAY... :* mmuuaahh (sempat lagi tu huhu ) tapi x makan pun pagi tu, sebab da makan mihun goreng hospital...  sampai la masa untuk para doktor membuat review pagi2.. sampai turn aku, aku dengar mereka para doktor berbincang sesama mereka... “ this patient has high blood pressure crisis and she is 39 weeks of pregnancy. What should you all do? You all need to decide lah what to do? With the crisis and almost time. (agaknya doktor2 keliling dia tu blm expert kot) Now already 10 am. Give her induction today. (well lebih kurang mcm tu la ayat dia) aku pon tanya doktor, aku kena bersalin hari ni ke? Dia cakap x semestinya masuk ubat hari ni, hari ni jugak bersalin. Depend on individu.. hmm baiklah.. baiklah... T_T terus sms suami beritahu akan di induce hari ni jugak...
Pukul 11.45 di panggil masuk bilik rawatan... cek laluan lepas tu masuk ubat pencetus kelahiran... lps tu pergi berehat kat katil. 6 jam kemudian baru diorang akan cek lagi sekali. Sakit siot masuk ubat... Lepas tu baru mula terasa sakit perut... tapi x kuat sangat... mcm period pain... lepas tu suami sampai bersama mama dan nenek. Makan nasi minyak yg suami bawak pagi tadi. Peh dalam duk sakit2 tu berselera lagi mkn sampai licin. Makan sambil menahan kesakitan...
4 petang, mula rasa sakit yg lebih kuat dari tengah hari tadi. Tp masih boleh bertahan lagi. Staff hantar kek dengan air teh.. dalam sakit-sakit tu licin gak makan... hehe lapor.... kul 4.30 da rasa sakit kuat...  sms suami bitau da sakit sgt da.. mintak dia datang cepat... belum nak bersalin lagi.. saje nak manja2 hahaha :D tepat kul 5 sukri sampai.. duduk lah beliau menemani isterinya yg kesakitan... sabar menunggu nurse panggil utk cek laluan (selepas 6 jam). Tunggu punya tunggu x panggil2. Perut da sakit pastu rasa macam nak buang air besar. Rasanya 5, 6 kali jugak berulang pegi tandas tp x mo keluar pon... tapi sakit perut... staff hospital hantar nasi.... tp da x boleh makan... sakit dah makin luat sampai da x boleh makan da... akak katil sebelah suruh bitau nurse yg aku da sakit kuat... nak tak nak pegi ugak kat tempat nurse, bitau sakit kuat ni x tahan da... sekali dia boleh pulop tanya aku... doktor belum cek awak lagi ke? Patutnya pukul 6 tadi doktor kena cek awak... sekarang doktor baru je keluar pergi minum.... kepala ho betol !(dalam hati aku je lah.. fuh sabor sabor) nurse tu yg cek dulu sementara tunggu doktor... laluan lebih kurang 4cm. Lepas tu doktor pon masuk. Dia cek laluan, baru 4cm tp dia cakap itu progress yg baik sbb dalam masa 6 jam dah bukak 4cm. Masa ni kontraksi da kuat betul da. Habis tenaga untuk tahan sakit ajer. Doktor tu offer ubat tahan sakit. Secara teorinya 1 jam akan buka 1 cm.. maknanya lagi 6cm bersamaan lagi 6 jam. Peh... nak tahan sakit selama 6 jam lagi  T_T

Kebaikan pain killer ni ialah patient dapat berehat selama 4 jam sbb ubat ni akan membuatkan patient mengantuk dan tiada kontraksi sebab baby dalam perut pon mengantuk sama.. boleh tido sama-sama, mimpi sama-sama huhu :p so, Cuma tinggal 2 jam je untuk kesakitan yang seterusnya... ok, bad thing pulop, lepas lahir, baby akan dihantar ke wad pediatrik utk pengawasan 24 jam sebab baby akan tido semasa dilahirkan... T_T. Considering on my pain 9/10 level, i decided to choose to use painkiller... apa pon jadi gue mahu ubat tahan sakit.. huhu T_T

Pukul 7.20 nurse letak alat kat perut utk 20 minit utk pastikan kontraksi n baby stabil... (dalam hati aku.. what the???  Tolonglah cocok aku skrg... huhu... tp sabor aje la) menahan sakit untuk 20 minit lagi sambil menggenggam tangan suamiku tercinta... huhu dan sambil memintak maap zahir dan batin... dan mintak beliau doakan semoga dipermudahkan proses kelahiran bayi kami ni... lepas 20 minit, alat da di tanggalkan, lambat pulop nurse ni nk datang cocok.. 5 minit rasa mcm 5 jam...  pukul 7.50  baru nurse datang beri  suntikan yang ku nanti-nantikan huhu.... peh.. sakit jugak rupanya kena cocok tu. Adoihhhh.... Pukul 8.00, masa melawat tamat, suami pergi masjid negeri. Nak balik rumah takut tak sempat nak patah balik ke hospital... aku dah mamai dan mengantuk... tp bila ada kontraksi, pehhh x de maknanya boleh tido... seterusnya... terlelap...... zzzz

Lebih kurang pukul 8.30 mlm... tiba-tiba aku rasa mcm nak meneran.... Biar betik??? Dengan cemasnya aku panggil nurse.... Nurse! Saya rasa macam nak meneran!! Kelam kabut nurse tu datang... cek laluan... 8 cm!! Ambik troli!! Jerit beliau.... APA??? Da nak kena naik troli?? Maknanya aku da nak bersalin.. T_T masa ni da x sakit da... Cuma rasa mcm nak meneran ajer... hehe :p  Baring kat troli, bitau nurse nak kol suami.... alahai kol2 x angkat la pulop.... terpaksa la sms ajer... mesti ada kt masjid ni... “da nak masuk bilik bersalin. Datang sekarang” mesej ringkas yg menyebabkan suami aku siap pasang hazard light n masuk ikut jalan laluan ambulance ke hospital... :p I LOVE U SAYANG :*

Dalam bilik bersalin gila sejuk air-cond kuat bangat...  baru 8cm, doktor x bagi teran lagi. Dia suruh tahan dulu... gilo apo.. x boleh tahan lorr... da nk meneran... (berlaku secara otomatik) hehe :p pastu hilang... da x rasa da... dalam 10 saat lepas tu rasa lagi... doktor suruh baring mengiring... cess mengiring pon x leh tahan la.. mmg otomatik ter push.... aku pon panggil lah doktor... tolong... tolong... (kah kah kah gila kelakor sbnrnya) doktor dtg tgk, dah 10 cm.. dia suruh push kuat2... hehe tetiba hilang pulop rasa nk push.... memain betol la baby aku.... doktor2 pon pegi balik ke bahagian kepala... buat apa ntah... tetiba rasa lagi mcm nak push... aku pon panggil lagi skali... saya rasa mcm nak meneran... diorang pon dtg balik... pastu bila dorang suruh push kuat, hilang pulop rasa nk push.. aishhh....  masa ni da rasa baby kt bawah.... diorang pegi balik kt bahgaian depan.. makan nasik agknya... sekali lagi aku jerit.. rasa mcm nak meneran... siap nurse tu blh ckp.. ish awak ni, rasa nk meneran, rasa nak meneran..... eyh? Aku pulop... bukan aku.. baby ni memain.... huhu....  :p Alhamdulillah, tepat pukul 9.41 mlm, lepas 2 kali push panjang, kepala baby berjaya keluar, sekali lagi push panjang untuk keluarkan bahu... lepas tu terus hilang sakit dan da x rasa apa-apa dah....  nurse angkat baby dan tanya lelaki ke perempuan... fuh! Mmg komfem lelaki haha :D lps tu nurse pun letak baby atas dada.. perkara pertama yg aku pikir masa tgk baby aku.... putihnya ank aku... ikut muka siapa lah ni.. hehe :p

Tapi belum berakhir lagi.... uri aku tak keluar bersama baby... lekat secara ketat kat dalam rahim dan terpaksa di keluarkan secara manual.... lepas tandatgn borang keizinan utk keluarkan secara manual, perkara terakhir yang aku ingat ialah.. nurse masukkan ubat tido melalui jarum kat tangan aku dan rasanya pedih... pastu terus tertido...

Tepat pukul 12.10 malam (ada jam kat  dinding)Aku tersedar.... doktor tgh buat keje2 menjahit... (ingat jadi doktor x yah tahu menjahit ke? Huhu) terasa gak la pedihnya... aku pon dgn innocent nya bertanya.... uri saya dah berjaya keluar ke? Lepas tu blh pulop doktor buat lawak... eh eh... x tahu ke? Kesiannya dia... x de org beritahu ke? Da berjaya keluar dah tadi....  (mana la aku tahu, aku kan tido zzz) lepas tu tertido balik.....

Pukul 1.30 pagi tersedar semula.. masa ni dah x de org kat bilik bersalin... (x de doktor) Cuma ada nurse yg sungguh baik hati tunggu aku.. soalan pertama yg aku tanya... suami saya dah azankan dah anak saya?  Ada org bersalin kat bilik sebelah... diorang (nurse n doctor) punya dialog sama jer.... push panjang... !! sikit lagi sikit lagi! Berakkan ajer! Berakkan ajer!!  Hahaha :D (rasa nak bersalin adalah lebih kurang sama macam sembelit... HAHAHA :D)

Pukul 1.45 keluar dari bilk bersalin lepas minum segelas susu. Rupanya suami setia menunggu aku keluar dari dewan bersalin... :* mmuah... TQ sayang....

Panjang siot aku taip nih.... huhu :p secara ringkasnya, alhamdulillah Allah permudahkan proses kelahiran bayi kami Muhammad Sharhan Sufi..... Sempena maksud namanya... kemudahan ahli tasawur.... Semoga segala urusan menjaga, membesarkan anak kami ini juga dipermudahkan dan semoga dipermudahkan juga  segala urusan anak kami dan menjadi anak yang soleh dan bertakwa... insya allah....

Kepada kawan-kawan yang bakal melalui pengalaman pertama melahirkan... Segala kesakitan automatik hilang lepas berjaya melahirkan bayi tercinta... so, lepas ni boleh la pregnant lagi hehe :p

sekian.....

5 comments:

  1. tq sharing....mmg nak tahu sgt pengalaman lahir kt HTAA...byk gak info dapat...

    ReplyDelete
  2. maaf ye...kita rasa macam kelakar pun ye jugak pengalaman awak.hilang nervous.apa pun tahniah ye...saya masih pikir nak lahirkan baby di mana antara hospital sg buloh (sebab stay kat selangor) atau HTAA (balik rumah mak ayah).tq atas perkongsian di atas...seronok sgt baca walaupun panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat bersalin ye.... insya allah doktor2 dan nurse2 di wad bersalin HTAA sangat baik dan sangat membantu.... :)

      Delete