Wednesday, December 21, 2011

The Time Has Come... =)

Ok... Masih lagi berkisar pada majlis perkahwinan adik aku yang bakal berlangsung 3 hari sahaja lagi. Semoga semua urusan dipermudahkanNya.... 3 hari je lagi adik aku bakal bergelar isteri orang. Tak boleh la dah nak hu ha hu ha macam dulu-dulu sebab kena jaga adab sebagai seorang isteri hehehe... Lagi pulop kawen dengan org yg sangat ustaz. Insya allah semoga suaminya akan menjadi suami yg bertanggungjawab dan mampu menyayangi adik aku di dunia dan di akhirat...... 

Lepas ni tak boleh nak bebas-bebas yer. Tak boleh tengok wayang, tak boleh karaoke... hehe.... Karaoke diam-diam pon da tak boleh... Lepas ni ko akan rasa hows life bila dah jadi isteri orang.... Yang penting, ada orang jaga hihi...

Aku rasa hidup berumah tangga sangat lah best nyer. Lagi pulop bila kita kahwin dengan orang yg memang kita sayang dan cinta. Cuma biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit. Lepas kawen semua hal, perangai luar dalam pasangan kita, kita tahu... Tu la yang best n mencabar sekali hihi. So, terpulang pada hati dan akal kita untuk menangani apa-apa sahaja krisis, issue, selisih faham yang mungkin berlaku. Yang penting, tolak ansur, sabar, mengalah..... =)

Malas nak membebel. Esok da start cuti. HOYEAAHHH!! =)

Habis...

No comments:

Post a Comment