Wednesday, August 15, 2012

Training dan Honeymoon... wakaka!

Gila gigih aku Isnin lepas. Aku ada training kat COSE 13 dan 14hb baru ni. Supposely pergi dengan suami aku lah lepas sahur 13hb tu, direct ke sana. Sekali beliau kena pergi istana lah, itulah, inilah.... Huuuu terpaksa aku berdikari. Tapi tak la berdikari sangat. Kebetulan adik aku ateh balik Kuantan minggu tu, so, aku pun tumpang lah beliau dan suami ke Bangi rumah kakak aku. Bermalam satu malam kat rumah along. Dah la sampai pun dekat pukul 12 malam, pastu layan bersembang dengan along sampai kul 2 pagi lebih... Gila ah... Pastu bangun pulak masak sahur. GIGIH gila. Lepas tu tak tidur dah. Dalam pukul 6.45 along hantar gi stesen komuter Bangi. Nasib baik dapat tempat duduk. Pukul 7.00 kot naik masa tu. Bayangkan dekat pukul 8.00 baru sampai KL Sentral. Tukar train ke Shah Alam. Dari KL Sentral ke Shah Alam amik masa setengah jam. Gila ah! 1 jam setengah amik masa dari Bangi ke Shah Alam. Pukul 8.30 pagi lebih sikit aku sampai stesen komuter Shah Alam. Amik teksi ke COSE. Pakcik teksi mulanya cas RM30! Aku pon cakap "Mahalnya pakcik! Saya ingatkan RM10 ajer." huhuhu... Mintak kurang ke RM20, x dapat, Pakcik tu cas RM25... Tak apalah, nak wat guana.... Gila jem kat KESAS! Nak ke COSE kena u-turn kat Kewajipan, Kat sini ajer dah amik masa setengah jam. Nasib baik teksi pakcik tak bergesel ke apa, kang x pasal aku kena bayar ganti rugi, MAMPOS! Dalam pukul 9 lebih dekat 9.30 jugak la aku baru sampai ke COSE. Orang dah start pun.. Tak apa, biar lambat asal selamat... huhuhu.... Oh ya, siap aku tertido, tersengguk2 lagi dalam bilik seminar tu. nasib baik lah trainer tu memahami... huhuhu..... Habis sepatutnya pukul 4.00 tp ada exam la pulop, pukul 5 lebih baru habis. Nasib baik, keluar jer dari bilik seminar, En. Suami telah selamat sampai ^_^.






Lepas tu pergi carik hotel. Aku dah booking dari last week lagi sebab training 2 hari kan, haruslah duduk hotel wakaka! Kitorang stay kat De Palma Inn. Boleh la hotel dia. Bilik kecik, nasib baik bilik air best! TV kena baiki arial, tak ada remote! huhuh.....

Gambar di bawah ialah ketika menunggu untuk berbuka puasa. Makanan dia kira puas hati lah. Tapi aku tak makan banyak pun. Paling banyakpon aku amik, siput sedut! HAHAHA! Gila tak malu ok sedut siput tersebut dalam tu. Tak segan sangat sebab orang keliling pun buat benda yang sama hua hua hua. Oh ya! Ada JAY JAY tuewww!!!






Bersahur ialah dari pukul 12 malam hingga 4 pagi... Seawal jam 3 pagi kitorang dah turun cafe. Hohoho! Tapi lauk sahur memang kompom yang berbuka semalam dia just panaskan... hukhukhuk


Sangat cantik kan kaler nya? Sedappppp

Habis...... huhuhu.....

2 comments:

  1. hahhahah...ingat tv video youtube yg ada gambo lala tu yg jay jay nyanyi...tmpt yg samalh video tu diamik huhuhuhuh

    ReplyDelete
  2. agaknya JJ dah jadi pekerja tetap kot kat situ huhu :p

    ReplyDelete