Friday, March 13, 2015

Tenanglah Kamu di sana..

Dia dah x ada... hanya tandatangan aku akan terus kekal atas nama nya. Kan bagus kalau sampai ke akhirnya pun aku tak tahu tentang dia... tak tahu tentang kemalangan dia dan tak tahu tentang pemergian dia. Kan bagus kalau selama-lamanya kekal misteri dan selama-lamanya aku tidak tahu tentang dia... seperti mana aku langsung tidak tahu dari selepas SPM 2001 hinggalah berita kemalangan itu pada Jan 2015... aku hanya tahu itu adalah dia pun selepas 3 hari kemalangan itu keluar di dada akhbar dan dalam fb rakan-rakan ex MRSM Kuantan.

Berita kemalangan di Bukit Tinggi... superbike dgn superbike. Video nya juga ada. Tapi aku tidak lah begitu peduli pada ketika itu. YA, aku bukak page fb nya tapi aku tak cam... langsung x cam. Jadi aku hanya tutup dan teruskan rutin kerja ku spt tiada apa yg berlaku. 3 hari kemudian, rakan fb memohon kpd rakan2 yang lain untuk mendoakan kesejahteraan rakan kami yg kemalangan tadi, hanya ketika itu nama penuhnya di sebut, aku tersentak, terkesima... DIA?? Selepas itu baru aku buka dan baca dengan teliti berita kemalangan, video, fb....

Aku hanya mengintai dari jauh... dulu... ketika zaman sekolah, sekadar memerhati... dia, yang tidak pernah sepatah pun aku berbicara, hingga hari dia pergi buat selama-lamanya...

Namanya... hanya akan kekal di dalam tandatanganku...

Betapa aku mengharapkan supaya sampai bila2 pun aku tidak tahu khabar tentang dia... tetapi tidak mungkin...

sayu...

Al fatihah buat mu....






No comments:

Post a Comment