Friday, April 6, 2012

Ketam Masak Lemak Cili API hiuew hiuew hiuewww... :)

Semalam teringin nak makan McD. Tetiba balik kerja terbeli ketam huahuahua. Cadangnya nak masak berlada ajer tapi di sebabkan my encik suami sukakan masakan berkuah so terpaksa lah ketam masak berlada di tukarkan kepada ketam masak lemak cili api huuuu... 

Masak lemak cili api merupakan masakan yang paling mudah lah di dunia... Eceh! Berlagak konon. HEHE... Bukan masakan paling mudah tapi masakan untuk orang pemalas macam aku hiuew hiuew hiuew. Tak penting itu semua. Yang penting hasilnya haruslah sedap hingga menjilat pinggan hahaha. 

Di sini saya kongsikan resipi Ketam Masak Lemak Cili Api yang telah saya hasilkan semalam..

Bahan-bahan

1. 3 ekor ketam di potong potong
2. 20 ulas cili api (hambik ko! dalam resipi sebenar untuk setengah ekor ayam pon pakai 15 ajer hukhukhuk. (Meme berapi lah tangan aku pas makan tuhhh...) 
3. Kunyit hidup sebesar ibu jari i yg kiut nehhh
4. 3 batang serai di ketuk-ketuk
5. 2 keping asam keping
6. 2 biji kentang dipotong-potong
7. Santan secukup rasa (aku pakai yang paket kecik ajer. Santan original okeh)
8. Sedikit air lah kot

Cara-cara

1. Blender lada kecik n kunyit hidup beserta sedikit air
2. Panaskan periuk tak payah isi minyak
3. Tuang ajer bahan yang di blender tadi. Kemudian masukkan santan
4. Campak ajer ketam-ketam tersebut ke dalam periuk
5. Campakkan lagi bahan-bahan yang lain seperti kentang, serai, asam keping
6. Nampak macam pekat tambah ajer air huhu
7. Perasakan dengan garam dan aji
8. Sentiasa kacau kalau tak mo pecah santan huahuahua
9. Siap untuk di hidangkan...

TADAAAA!!!
(erk kantoi pecah santan HAHAHA)


Meme kepijaran lah jari jemari ku selepas ituewwww huhuhu..... Pedas bangat!

Ok, selamat mencuba! :)

Habis..... licin....


No comments:

Post a Comment