Tuesday, August 16, 2011

Vacation...

Alhamdulillah dah selesai.... Walaupon rasa macam agak rugi sebab pergi bayar beg masa hala pergi. Rugi RM25.. Tak apalah, yang penting dah selesai.... Sudah confirm pun akan terbang ke Langkawi pada tarikh yang dirahsiakan.... HAHAHA :D Aku nak anggap percutian ini sebagai hadiah hari lahir sharhan dan juga hadiah ulang tahun perkahwinan kami..... Boleh la walaupon bukan pada tarikhnya pun.... hehe. Tarikh Ulang tahun perkahwinan kami ialah pada 12.2.2010 manakala hari kelahiran Muhammad Sharhan Sufi jatuh pada 2.12.2010. Cantik lah tarikh :D

Dah lama aku teringin nak pergi Langkawi. Paling aku ingat aku pernah berazam yang aku akan ke Langkawi once bila aku dah dapat lesen kereta. Sebab apa tau, sebab aku nak drive sendiri (lah kononnya). Tapi komfem suami aku tak bagi punya aku. Aku pernah menjejakkan kaki ke LGK ni pada tahun 2004. First sekali masa trip UiTM Melaka dulu. Tapi tak tahulah sape yang organise dulu tu, memang agak teruk lah sebab bukan duduk hotel, tapi hostel, tengah kampung pulop tu. Apa da.... Dah dah tak yah ingat. Sejak hari itu aku berazam akan kembali lagi ke sini (eceh). 

Masa aku Diploma dulu (Diploma in Tourism Management) kena keluar praktikal tau lebih kurang 4 bulan. Kitorang kena praktikal dua tempat maksudnya 2 bulan 2 bulan lah. First praktikal aku dapat kat Avillion Port Dickson. Tempat ni memang best lah. 2 bulan aku buat kerja free kat sini huhu.... 2 bulan seterusnya aku dapat kat Langkawi Village Resort, sekarang dikenali sebagai Frangipani Resort kalau tak silap. Dekat sini best la sebab rumah pekerja dalam resort. Petang-petang kitorang gi lepak tepi pantai dengan staff2 lain. Bilik pun siap ada aircond beb. Kebetulan masa tu duit PTPTPU aku da masuk. Apa lagi! Shopping sakan lorrrr... Masa kat PD gila makan megi ajer. Nasib baik keje hotel makan di sediakan di hotel hahaha.... :D Dekat Langkawi ni lagi best! Makan 3 kali sehari tu. Kalau kat PD dulu, ada ke patut akak tu ckp sekali jer boleh makan. Gilo apo? Tp paling best masa kat Avillion tu, kalo aku shift malam, kul 10 ke atas tu gi lah cafe staff makan2 sebab diorang akan htr ke sana semua makanan buffet yang tak habis hohoho! (aku nk citer pasal ni meh tadi?)

Aku nak book hotel tepi pantai. Suami aku nak dekat dengan bandar. Tapi rasanya yang kat bandar tu mcm jauh jer dari Airport. Tapi x salah kalau jauh sikit kan. Bukan jauh sangat pon. At least x la bosan sangat kalau duduk area bandar. Sebab apa? sebab boleh pergi bandar... (ceh, setakat nk pegi bandar, pegi bandar kuantan sudehhh) Hehe... Kalau tepi pantai pon bukannya kitorang nak mandi pantai pon. Tahu sangat dah. Tak apa tak apa. Kita carik hotel yang ada swimming pool lah gitu eyh.... hehe. Swimming pool nak pulak ko mandi eyh? :p

So apa aktiviti yang bakal kita lakukan di sana nanti ya? Bawak baby kecik ni so kena buat aktiviti ringan jer lah. Tak ada de aku nak bawak anak aku naik bot segala... cannot cannot. Paling lasak pun yang aku akan bawak anak aku nanti cumalah naik cable car sahaja dengan jambatan gantung tu. Tu saje. Agak2 muat lagi dop Sharhan dalam baby carrier dia masa tu eyh? jangan berat melebihi 10kg sudehhhh.

4 more month to go. Semoga dipermudahkanNya segala urusan... insya allah.... :D



2 comments:

  1. Jgn terkenang memori daun pisang di zaman kegelapan ko sudah bila sampai langkawi...zaman agak dipenuhi ngan setan huhuhuhhu

    ReplyDelete
  2. gilo mum.... tak terkenang langsung. da lupa da pon..... ninak gi cipta memori terindah pulop dengan suami n anak n bakal anak... BAKAL ANAK??? JENG JENG JENG :p

    ReplyDelete