Wednesday, August 24, 2011

TV LCD lah pulopp!

Semalam TV umah mama rosak. Adehhh... Mama bukan boleh kalau tak ada TV. Kompom beliau akan bosan. Semalam siap nak suruh abah datang ambik aku kat opis suruh bawak gi tengok TV kat Courts Mammoth. Sabor je lah....

Petang tu wawa ngan aboh pergi dulu tengok-tengok, usha-usha tv kat situ. Adalah satu yang berkenan. 42 inchi tu. Harga RM1400 gitu lah tapi ansurannya cuma RM100++ jer sebulan. Ok lah kan. So, balik kerja petang tu aku ngan En. Suami pun merempit lah ke Courts Mammoth. Masuk jer dalam, salesman kat situ tanya nak carik barang apa? Aku pun cakaplah TV LCD. Pastu dia tanya keje apa n kat mana? Aku pon cakaplah kerani kat Proton. Terus dia cakap "oooo yang adik datang tadi kan. Mari ikut saya" cesss siap ajak aku ikut dia.

Dia mintak IC dengan kad nikah untuk semak kelayakan. Perlu ke kad nikah? Ooo dia nak IC suami siap nak tahu kerja apa, kat mana, gaji berapa. Sebokk ajer.... Pastu mintak RM10 kat aku untuk buat Home Club kad. Gila! aku pon pinjam duit laki aku belum bayar lagi, ko pulak mengepow aku... Tapi aku pun bagi la jugak... huhuhu... Pastu da semak-semak semua berapa kelayakan aku, so in the end tahu lah berapa tahun installment nak buat. Tahu berapa? Beli TV ajer ok!!??? Installment sampai 4 tahun! At the end kita bayar kat Court Momok tu RM5k OK!! Terus aku cakap "4 tahun?! sampai 5 ribu??!! Baik saya beli TV cash ajer!" Apa lagi terus cancel la nak buat installment tu. Gila! Baik aku beli cash, mama bayar kat aku jer installment bulanan, tanpa faedah lagi.... huhu...

So, last sekali kensel, tp still da apply home club card tu lah (melayang RM10). Baik aku beli TV cash. Kat Giant tu LCD TV 32 inchi ada jer yang tak sampai seribu. 

Mungkinlah bagi orang yang tak mampu beli cash, installment adalah jalan terbaik untuk jimat kos. Tapi kalau korang mampu beli barang secara cash, lagi la jimat berganda-ganda. Tapi tengok kemampuan jugak lah kan. Tapi bagi aku untuk setakat beli TV sampai nak kena bayar 4 tahun tu bukan dia tu. Mencecah 5 riban plop tu! 

Moral of the story... Aku pon tak tahu story aku ni ada moral ke tak... huhuhu :p

cukup!

No comments:

Post a Comment