Wednesday, June 6, 2012

Rezeki Semalam....

Semalam petang jumpa bos En.suami kat City Times Hotel, Indera Mahkota. Aku tak tahu pulop ada hotel baru dalam kawasan wisma belia tuh. Penat jer kitorang tunggu kat Hotel Sri Manja. Setahu aku hotel sri manja tu jer hotel baru kat area indera mahkota. Rupanya ada lagi hotel lain.

Lepas tu bos suami aku kol, beritahu dia ada kat hotel city times dekat area swimming pool tu. Kitorang pon patah balik la pergi sana. Dekat ajer rupanya. Betol-betol depan kolej shahputra and dalam kawasan wisma belia. Mulanya aku nak tunggu kat motor ajer. Suami aku pon masuk dalam hotel. Aku bajet kejap je la sebab nak kirim dokumen mintak pass kan pada puan. Tiba-tiba suami aku kol ajak masuk sekali. Aku pon naik atas, rupanya bos dia ajak join makan sekali. Sabor je lah.. Aku pon berbasa basi jer lah... tanya khabar dato'. Biasalah aku bukan pandai sangat bersosial lagi-lagi dengan orang besar-besar nih huhu. Makan pon kemain lagi kontrol takut sudu aku kena pinggan kang bunyi pulop ketung ketang! Malu wehhh! Bos suami aku tu dah lah mementingkan protokol diraja... wat malu jer kalo makan bising2. Kemain lagi aku kontrol kuikuikui. Lepas dah 2 sajian makan rupanya baru sampai main course nya.... CHICKEN CHOPPP!!! Lorrr aku ingatkan yg 2 pinggan tadi tu jer makan-makan nya rupanya ada lagi. Adehhhh.... ! Menyesal aku makan banyak. Sampai nak termuntah nk habiskan chicken chop tu hukhukhuk. Tapi habiskan jugak lah kan. Cuma french fries jer x sempat. Dah x larat dah. 

Nak balik tu, suami aku tolong hantarkan barang kt kereta beliau. Pastu aku tunggu kat motor. Tetiba beliau datang n hulurkan RM RM kat aku. Segan i... Segan-segan pon hambikkkkk... Rezeki jangan di tolak hehehe :) Lepas tu dia bagi 2 kotak kecik kat suami aku sebelum dia naik balik ke hotel jumpa kawan dia. Aku ingatkan kurma, rupanya pen logo jata negeri pahang. Maybe untuk hadiah birthday tuanku tahun ni kot. Dengar kata tahun lepas dapat jam. Tapi suami aku x dapat pownnnn.... Sape lah yang rembat tu eyh??? 

Itu sahaja kisahnya rezeki semalam.... hakhakhak :p Bos suami aku ni memang pemurah. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki mereka yang memang dah sedia murah dan memurahkan rezeki kami setiap hari.... aminnnn....

Habis....

No comments:

Post a Comment