Friday, July 27, 2012

7 Ramadhan....

Ye kawan-kawan... Hari ini sudah 7 Ramadhan.... pejam kelip pejam kelip pejam kelip dah 7 hari kita berpuasa. Semalam baru ada peluang (ceh padahal banyak jer peluang kowt!) buka puasa rumah mama. Bersempena dengan hari gaji sedunia, semalam telah membelanjakan mereka dengan ayam golek seekor. Karipap pon nak jugak ayam golek tersebut. Sungguh pantas sekali beliau menyambar ayam yang berada di dalam pinggan di atas meja. Bahagian dada pulop tu, bapok besar.... Tak apalah... Rezeki ko karipap.... (Karipap merupakan sejenis kucing).

Owh, lupa nak ambik gambor lah. Semalam dah macam kenduri dah kat rumah mama. Lauk pauk beraneka jenis (eceh, sebenarnya 2 jenis lauk jer, dengan taugeh goreng yummy yummy!) Yang paling banyak semalam kuih muih lah. Beraneka jenis. Ada tepung pelita, ada ketupat daun palas, ada onde-onde (atau lebih dikenali dengan buah melaka), ada murtabak, popia basah, popia kering, dan berbagai lagi kuih muih yang menarik. Tidak di lupakan, mama telah membuat biskut batik dengan menggunakan coklat 1 MALAYSIA! hakhakhak... Biskut batik tersebut sangat enak di makan begitu sahaja. Kalau beli kat pasar ramadhan mahalnya adalah bangat!

Ok, itu sahaja.... bai!

habissssss

No comments:

Post a Comment