Tuesday, April 12, 2011

Anakku Muhammad Sharhan Sufi....

Kadangkala rasa tak percaya aku dah ada baby... Tak percaya? dah tu ni apa?
Muhammad Sharhan Sufi Bin Sukri (comel kan...)

Buat pertama kali dalam blog, aku memperkenalkan.... my sweet lil prince.... hensem dop? hahaha tak  malu, minta puji :p ngeee... Hari ini 12 April 2011 genap anakku berusia 4 bulan 10 hari dengan berat 6.6 kg (janganlah berat-berat sangat ye sayang, ibu tak larat nak dukung. Terpaksa la mintak tolong ayah dukung hehe :p) Tapi aku tetap akan menambahkan berat badan anak aku dengan memberinya susu dengan banyak (kemudian , muntah dengan banyak.. ish ish ish )

Nama anak aku ini sempena nama seorang ustaz yang selalu bagi ceramah di tv9. Tapi disebabkan kes apa ntah, da lama ustaz tu tak keluar. Ibu tak kisah anak ibu nak jadi ustaz ke, engineer ke, doktor ke, yang penting mesti jadi insan yang berguna dan bertakwa kepada Allah.

Anak aku dah pandai mengiring, tapi belum pandai meniarap lagi. Tak apa, perkembangan motor setiap bayi berbeza-beza. Tapi sekurang-kurangnya anak aku ni pandai membebel. Kadang kadang akan membebel sampai la beliau tertidur sendiri. Itu kelihatan sangat comel. Yang tak comel ialah apabila mengamuk bila rasa mengantuk. Sayang.... Kalau rasa mengantuk just close your eyes and you will be sleeping... jangan ngamuk-ngamuk ya.... ibu kurang sabar.... :D


No comments:

Post a Comment