Tuesday, April 19, 2011

Cakaran Anak Harimau

Kelmarin, iaitu hari sebelum semalam.... Ada tragedi berlaku... Haha.. Ayah kena cakaran harimau dengan anaknya.... Boleh la diberi nama cakaran anak harimau kan.... Kuku anak aku tu memang cepat bangat panjangnya.... Aku baru potong malam, malam esoknya dah panjang balik. Agaknya kuku baby memang macam tu kot.

Hobi ayah ialah mencium sharhan.... hari tu masa sharhan demam pun di ciumnya anaknya.. Demam selsema pulak tu. Terus menjangkit. Lepas tu menjangkit pulak pada ibu ish ish ish.. Nasib baik tak teruk. Tak berani jugak nak makan ubat selsema, takut tak terjaga malam and tak terdengar sharhan menangis.

Sharhan ni kalau dia geram memang dia cekar jer sape-sape. Lagi-lagi pulak kalau dia marah ayahnya gomol pipi dia, memang dia gigit (guna gusi) dan cakar muka. Aku hari tu pon dah hampir dah nak terkena. Dah dicakarnya pun, tapi aku tarik tangan dia. Kalau tak, berparut la muka ibu yang cun ni.... haha. Tapi aku pernah kena cakar kat tangan la... Sharhan suka tau pegang-pegang tangan orang. Tapi sambil pegang tu dia guna kuku. Sampai tersiat kulit dibuatnya. Sayang punya pasal, tak kisah lah....

Tapi teruk jugak muka ayah kena cakaran anak harimau ni....

Perhatikan kesan cakaran (jerawat2 semua sila abaikan... hahaha)
 
Anak kesayangan punya pasal, kena cakar pun, kena cakarlah ye ayah..... :D I LOVE U :* mmuaah


No comments:

Post a Comment