Monday, February 8, 2016

Kisah January 2016

Tarikh 14 January 2016 (Khamis) tidak mungkin aku lupakan dari lipatan sejarah. Seminggu dua minggu pertama memang aku rasa fobia n trauma bila ingat semula. Sekarang dah kurang sikit walaupun ada masa ingatan tu datang menjelma.

Pagi tu Sharhan mengamuk2 x nak pergi sekolah. Hantar ke rumah nenek, dia buat perangai nak ikut ibu. Lambat pergi kerja duk melayan amukan dia. Aku dah terfikir nak ambik half day or el jer sb teruk sangat mengamuknya. Biasa x macam ni. Duk nangis2 nak ikut ibu... nak ikut ibu... hati ibu mana yang x sayu dengar anak memanggil2 sambil nangis2 mcm tu... tapi aku tetap ke pejabat. Cuma lambat sikit lah masuk.

Telefon mama tanya mcm mana sharhan? Dah berhenti mengamuk ke? Nasib baik dah ok. Pukul 12 tgh hari try call mama sebab nak tanya syahmi dan sharhan buat apa. Tapi x dpt dihubungi. Mungkin habis bateri. Dalam pukul 1.30-1.45 tgh hari mcm tu, mama telefon.... aku terkejut sangat sb mama menangis nangis mengongoi ngogoi masa telefon tu... "angahhhh cepat la balik ngahhh... balik cepatt... (dlm hati aku terfikir, kenapa ni? Ada apa2 jadi kat aboh ke sb ayah aku mmg tgh x sehat)... syahmi ngahhh.. syahmi main kipas, kena letrik, lembik dah ni ngahh... cepat la balikkk..." dalam nada suara menangis, merintih, sayu.... Allahuuu... anak aku.. Masa tu aku x tahu nak fikir apa, nak buat apa. Semuanya jadi serba x kena... aku punya pucat tu x yah cakap lah sampai xde suara keluar. Terus aku telepon suami aku... nasib baik dia angkat call. Nak suruh dia ambik aku dulu memang x mungkinlah. Jauh kot. Berapa lama masa nak ambik. Telefon ambulans? Aku x yakin ambulans akan sampai dengan cepat. Masa tu aku cuma fikir siapa yang paling dekat, paling cepat boleh hantar ke hospital. Nasib baik aku teringat ada member kerja dekat smk tg lumpur. Dia je yang paling dekat boleh bawak anak aku ke hospital, at least DMMC sb hospital tu dlm 5 minit je dari rumah. 

Sebelum tu aku dah call dmmc tp malangnya dorang xde ambulans... sighhh... Call rizwan, alhamdulillah dia ada di pejabat. Aku mintak dia terus ke rumah mak aku ambik syahmi. Aku pulak, kak ida call staff seksyen mintak tlg hantar aku balik. On the way balik tu rizwan call beritahu syahmi dah sedar... aku mintak tlg dia bawak ke dmmc. Swasta pon swastalah asalkan ank aku dpt rawatan secepat yang mungkin.

Sampai je ke dmmc  suami aku dah sampai... terus masuk n dengar tangisan anak aku. Lega ya allah... lega sangat2 anak aku tak ada apa2... doktor cek jantung n pasang branula. Aku pun pikir, mayb kena masuk wad la kot sb dah pasang branula. Sekali paed dmmc cuti pulak. Tak ada doktor pakar kanak2 blh pantau at least utk 24 jam... kmc n kpj penuh... Nasib baik htaa masih boleh terima. So, aku budget kena pergi sendiri lah ke htaa. Tiba2 doktor inform, ambulans on the way untuk ambik aku n baby. Dia x berani nak bagi aku pergi hospital drive sendiri sebab takut jadi apa2 on the way ke hospital. Tak lama menunggu ambulans pun sampai. Merasa aku naik ambulans. Sebenarnya dalam hati aku cuak jugak sb aku sebenarnya takut naik ambulans sb ambulans kan laju... tu pon aku da nk tercampak sb brek mengejut. Nasib baik aku ada brek kaki.

Sampai kat hospital, mulanya aku ditolak dengan kerusi roda ke yellow zone. Dlm hati aku, biasanya hantar aboh je ke sini. Ni aku pulak merasa masuk sini. Doktor baca laporan n lepas tu dorang suruh ke red zone. Aishh rasa macam kes serius pulak sb sbnrnya masa tu syahmi dah ok. Maybe sebab masa kena tu dia l.o.c dan ada luka kat tangan sb tu la kot. X lama tu naik kerusi roda ke tingkat 6 wad kanak2. Nurse cakap kes ni agak rare sb dorang kata jarang dpt kes electricity shock ni.

Nasib baik lah cuma 1 malam aje kena duduk wad. Tak tahan aku nak jaga sorang2. Macam terlebih tenaga pulop dia lepas kena electricity shock tu huhu. Cuma doktor pesan kena lebih hati2 sb bahaya. Biasanya bawak maut... Allahuu... Mungkin yg syahmi kena ni renjatan yg biasa kita kena tp dlm volume yg agk kuat sb dia kan baby n x dpt bear the volume. Mama cerita, masa angkat syahmi tu mama boleh rasa the shock (current) dan syahmi masa tu biru lembik n x nak bukak mata, walaupon abg dia buka kan mata dia guna tangan... paling x boleh blah soalan abang dia pada nenek... "nenek, syahmi dah mati ke?" Mana mak aku x cuak oiii. Mak aku cakap, x dpt bayangkan kalo jadi pape kat syahmi dah lah atas riba dia... ya aku faham maksud mama T_T....

Allahuu... terima kasih ya allah... terima kasih kepada semua yang membantu... terima kasih.... hanya itu sahaja yang mampu aku ucapkan... moga Allah sahaja yg membalas budi baik anda semua... T_T



No comments:

Post a Comment