Tuesday, September 18, 2012

Berpiknik di Terik Mentari...

Pada hari Ahad yang lalu, kami beramai-ramai telah memiknikkan diri di Pantai Sepat. Kalau ikut plan asal konon nak bakar sotong, udang, ayam, ikan dan berbagai lagi. Tapi di sebabkan faktor kesihatan yang menghalang, kensel plan. Last-last buat nasik lemak ajer makan di tepi pantai yang indah. Janji kul 10.00 nak bertolak, last-last kul 11 jugak. Biasalah, janji melayu huhuhu :p 

Sampai-sampai tu memang tgh molek lah cuaca tengah panas. Makan nasi lemak dulu siap-siap bagi ada tenaga dulu.



Tu mak usu tengah lap hingus si sharhan. Sebenarnya dah 2 hari Sharhan dilanda selsema. Hambik! Selsema selsema nih bawak gi main pantai dah la tengah hari guguk iaitu pukul 12... Matahari betol-betol tengah atas kepala... Adehhhh.... Kira ubatlah ni kot kan.... kuikuikui


Tadi sebenarnya main kat lopak air jer.. Nilah pantai yang sebenar. Barulah airnya bersih dan suci lagi menyucikan.... KAHKAHKAH! Air yang tadi tuh ntah2 lembu pon dah berendam kat dalam.. yak!

 Mainlah puas-puas wahai anak-anak ku sekalian....


Naik ke darat semata-mata sebab ternampak benda alah ni.. Tahukah anda apakah ituewwww? Itulah dia obor-obor. Kalau kena sengat habis lah! Hari tu baby dah pernah  kena sengat.. Bengkak tangan... Ni obor-obor dah mati dah.. Di sebabkan terjumpa seekor, kemungkinan besar kawan-kawannya juga ada di kawasan persekitaran.... Itu sangat bahaya.....! Dulu pernah aku ngan ateh gigih naik motor pagi-pagi pergi pantai ni konon nak mandi air pantai di kala pagi maka ombaknya enggak kuat, ala-ala romantika gituewww... Sekalinya, baru je jejak kaki ke air laut, nampak seekor obor-obor.... Terussss! Lari naik darat dan akhir nya tidak lagi kembali ke laut.... Rasanya tu la kot last aku main pantai (tp x sempat main pon....) Macam 6 ke 7 tahun yang lalu ke guana? kuikuikui


Inilah dia! Kesannya! Hambik! Terbakor badan! Dah ala-ala sotong bakar pon ada... Merah hitam gituew kalernya.... Seb bek balik rumah lepas tu tak demam ke hape.... Selsema pon makin baik... OBAT KAN??? KAHKAHKAH!

Habis

No comments:

Post a Comment