Sunday, February 8, 2015

Bajet 2015 Yang Mencabar

Hampir meroyan n sawan aku nak siapkan bajet 2015 utk department Admin. Tak pernah lagi aku buat keje sambil rasa nak menangis. Cakap dengan account dept nak email sebelum lunch hari Jumaat. Last2 sampai pukul tiga ke empat pun x setel lagi. Sampai sanggup x keluar lunch. Lepas tu tiba2 tepon bunyi. Aku dah agak dah mesti org akaun. Sekali dengar suara Cik Din bos finance dept merangkap bos dept aku jugak. Finie, what happened? Adoihhh nak pitam rasa dgr suara dia. Aku pun jwb je lah tgh key in lagi ni... Nasib baik dia masih ok. Mayb aku je yg belum submit bajet, tu yg dia carik tu. 

Sarapan pukul 10 lebih, skip lunch, mmg x sempat pikir pasal makan dah. 

Sampai pukul 7 mlm still aku belum email bajet aku kt acct dept. Kalau ikutkn mmg aku dah rasa stress sangat nk key in. Tetiba bunyik lagik tepon aku. Cik din lagi yg kol. Finie, ok tak? Gitu lah soalan beliau. Aku pun jawab lah.... cik din, saya rasa macam give up... dengan nada sedih. Lepastu cecepat dia jawab... eh, kenapa mcm tu? Cik man ada lagi?... balik dah... iwan?... balik dah... La... kenapa diorang dah balik, tinggal awk sorang2 buat. Anak2 buah saya pun saya tak bagi balik kena standby. Anak saya masuk wad ni, kejap lagi saya dah nak balik. Kenapa ank cik din masuk wad? Balas ku. Dah lama dah dia tak sihat. Oh kesiannya.... kejap, saya naik atas tgk bajet awak dulu sblm balik. Gitu lah dialog yg aku pown ingat2 lupa dah.

So, cik din pon naik la ke atas, tarik kerusi n duduk tgk aku buat. Aku pun tunjuk la kat dia data yg aku ada, n aku kena belek semula rekod lama utk tgk amount sb data yg ada tu tak cukup details terperinci yg aku perlukan. Pastu dia pon cakap, patut la awk spi nak sawan siapkan... hehehe sikit lagi mmg dah nak sawan pown cik din oiii. Lepas tu dia pon pot pet pot pet cakap patutnya x blh bg iwan balik awal, kena standby, data x cukup, x pernah bg kt aku report yg iwan buat dll. Lepas tu dia panggil aku masuk bilik lama dia. Aku plop blur2 ingatkn dia nk g solat rupanya panggil aku masuk. So, dia pun sekolahkan aku... dia cakap supaya aku nampak the whole picture apa yg patutnya aku buat. This is what we call management... katanya... 

Ok, masalahnya apa yg dia sekolahkan aku tu akan aku mulakan pada tahun ni, tp utk bajet aku neh? Belom setel hoihhh... x_x

So, lepas tu beliau pun turun n balik la kot. Aku masih lagi berhempas pulas utk study the amount. Aku sangat takut bajet aku terlalu besar dan sangat takut juga bajet aku terlalu kecik... dan takut aku gagal jawab mcm mana aku blh come out with that figure? Uwaaaaaa

Pukul 9 lebih gak baru balik. Esoknya sabtu kul 4 pagi aku dah bangun. Key in lagi dan lagi dan lagi. Bak kata cik din, semua sekali ada 1386 data yg aku kena key in, mana x menggagau aku? Tu baru key in dlm supporting blm lagi dalam template bajet. Dari kul 4 pagi sampai 8 pagi aku duk meng key in data. Mimi wasap sblm tu bitau cik man tanya aku dtg dop esok. Huhuhu... ikut plan aku mmg x mo dtg. Penat kot. Last2 rupanya aku x save template budget aku dalam pen drive. Nak x nak mmg kena masuk opis jgk. Adoihhh...

Mintak tlg mimi amik kt rumah. Dekat kul 10 gak baru mimi sampai. Sebelum tu siap cik man tanya aku dtg x... aku pon bitau la tunggu mimi amik. Pegi opis bawak sharhan sekali. Cik man pon mesti risau jugak pasal perbentangan tu. Takut x boleh jawab. Lps tu inform hada bitau nak email kejap lagi. Kejap lagi aku tu last3 sampai kul 3 ptg kot! Kul 5 baru balik dgn x sarapan apa. Kul brapa tah baru aku makan bekal nasik yg aku bwk. Lepas da siap email kot. Yg buat aku stress tu, time tu aku nk key in time tu jgk la nk diskas pasal bajet... aku ni kemain risau takut lambat email kt hada. Sowi hada... huhuhu... supporting aku terpaksa email kendian... blm siap lagi neh T_T

Menangis lagi la aku malam ni. Tgh stay up utk siapkan PPE fixed asset dgn supporting utk bajet capex. Rasa nak nangis sebanyak satu sungai jerrr....

Waaaaaaaaaaa





No comments:

Post a Comment