Thursday, February 5, 2015

Bekerja dengan GIGIH

Ya... sungguh gigih sekali... adoihh penat sungguh rasanya otak n badan. Non stop kerja sejak aku masuk keje lepas cuti bersalin hujung bulan 10 tahun lepas. Giler lah! Banyak giler nak kena kejar. Dengan bajet 2015 nya, dengan PPE nya, dengan banjir kat opis Temerloh nya... lepas tu x lama lagi audit... adoihhhh darab 100x. 

Bila lah nak setel bajet ni? Dari tahun lepas membawak ke tahun ni... da bulan dua pun tp bajet belum setel T_T susah sungguh nak penuhi apa yang management nak. Rasa mcm dah bagi yg terbaik, diorang nak lagi terbaik... huuuu menangis sebanyak satu sungai.... oh Tuhan, terangkan hati dalam sanubariku, untuk menempuh hidup penuh cabaran ini... T_T menangis sebanyak satu sungai lagi....

Tak terkejar rasanya nak buat semua benda.... ingatkan setel bajet, nak setelkan fixed asset pulak... gilerrr ni dah tahun 2015 kottt fixed asset aku tahun 2014 belum up to date hoihhhh! Mau mati ka?? Audit dah x lama.... isnin depan bos dah nak fixed asset listing hoihhhh! Tak tido malam pulop la aku jawabnya... menangis lagi sebanyak satu sungai lagi T_T

Kan bagus kalau boleh fokus kat dua benda je tanpa gangguan benda lain. Ni sekarang claim insurans untuk opis yg terjejas banjir pun aku belum selesaikan lagi. Memang la aku ada pembantu tp aku x harap dia buat... bukan lah x percaya kat dia tp aku cuma x yakin je kemampuan dia... huhuhu... 

Macam x larat je nak handle sorang. Agaknya perlu x aku dapatkan seorang lagi exec or at least officer? Nak menangis rasanya buat keje. Bajet aku x risau sgt dah sb tinggal vehicle yg 40 bijik tu je nak kena key in satu2 details... yg aku risau sekarang ttg fixed asset. Menyesal sungguh asyik tangguh kerja... ni la natijahnya T_T... kalaulah aku sentiasa update tiap bulan tahun lepas... huuuuu

Ok... cakap banyak pun x guna... nak x nak tetap kena buat jugak. Menangis lah kau sensoranggg T_T

No comments:

Post a Comment