Thursday, June 8, 2017

Cabut Gigi Geraham

Ahad hari tu gigi aku sakit giler berdenyut2. Isnin pagi pegi klinik desa dulu konon nak ambik pil perancang. Sekali bp tinggi 158/110 and still tinggi walaupon aku da rehat, da baring. Dekat 10 kali jugak amik bp tp still tinggi. Lps tu aku pon bitau aku tgh sakit gigi. Nurse suruh pegi cabut gigi dulu baru dtg semula amik ubat. If bp tinggi jugak lps cabut, kena refer doktor.

So lepas tu terus pergi klinik gigi bukit sekilau. Doktor cek2, lepas tu dia tanya, ni gigi yg pernah sakit dulu kan? Patutnya awk kena dtg klinik balik. Huhuhu aku x dtg sb da x sakit. So doktor cabut balik tampalan dulu n dia tampal dengan tampalan sementara. Dapat ubt tahan sakit n antibiotik. 2 minggu lagi dtg balik. So aku pon masuk opis. Tp gigi tetap sakit n berdenyut2. Makan ubt tahan sakit dan antibiotik. Dah macam mkn kacang dah aku mkn ubt tahan sakit. Esoknya bertahan lagi. Still sakit. Nasib la aku x puasa boleh la makan ubt tgh hari.

Hari kedua (selasa) tetap sakit jugak. Sakit berdenyut2. Menangis2 aku tahan sakit. Kesilapan aku kat sini aku x terus makan ubt tahan sakit. Kalau aku makan, at least lega la utk 3-4 jam. Sebab aku pikir aku breastfeeding. Risau jugak banyak sangat makan ubat tahan sakit takut efek kat baby.  Esoknya rabu pepagi dah pegi klinik bkt sekilau. Masuk bilik doktor, dia cek n bitau ada bengkak sikit. Aku mintak dia cabut. Dia cakap klu nak cabut pun x boleh sb tgh sakit,bius x fungsi. Lps tu doc bagi ubt tahan sakit yg kuat sikit. Dia kata antibiotik baru nak effect sb baru 3 hari makan. Kalau sakit pun kena tahan sampai antibiotik habis. Sebenarnya masa ni gigi aku da x sesakit semalamnya.

So lepas amik ubat, wasap suami aku cakap doc x blh cabut or buat apa lagi. Tunggu antibiotik habis dulu. Lps tu suami aku bawak pergi klinik swasta. Aku pon ceritakan semuanya. Doc tu cek n cakap tampalan bagus. Lps tu dia terus nk bius aku. Aku tanya lah, selain cabut ada cara lain x? Doc cakap cabut je satu satunya cara. Kalau nak rawatan akar, klinik dia x buat. Doc cakap memang kena cabut.

Lepas bius, tunggu dalam 10 minit ubt bius berkesan. Baring, bukak mulut, lps tu dia guna alat mcm pembukak penutup botol pon ada gak bentuknya. X sampai seminit dia godek2 lps tu dia suruh aku gigit kapas kuat2. Rupanya dah setel. Kejap giler. Memang x rasa sakit langsung.

Tapi hari ni... Aku rasa sedih sangat. Sedih yg x dpt aku gambarkan. Aku menyesal pulak pergi cabut. Kenapa la aku x tunggu je antibiotik habis. Kenapa la aku x makan je ubat tahan sakit? Padahal doktor bkt sekilau dah cakap dah 2 minggu lagi nk buat tampalan kekal if da x sakit. Serius aku rasa menyesal. Sedih sangat... Hilang dah kesempurnaan gigi aku. Hilang dah nikmat mengunyah aku. Aku yakin sebenarnya gigi aku masih boleh diselamatkan. Kenapa la aku buat keputusan terburu2. Sesal separuh nyawa. Sesal yang tiada berguna. Kalau lah aku bertabah T_T.

Tapi bila pikir memang sakit sangat2 time dia berdenyut2 tu. Memang guling2 nangis2 sampai bengkak2 mata. Tp masa tu aku x makan ubt tahan sakit. Lepas je makan ubt thn sakit, terus hilang sakitnya. Tp kena makan dengan kerap. 3 ke 4 jam sekali. Doktor cakap ok mkn gap mcm tu.

Tapi tetap... Aku tetap menyesal. Lepas cabut tu aku tengok gigi aku sebenarnya masih cantik. Bukan lah buruk, hitam atau teruk rupa dia. Tapi kenapa doc swasta tu cakap x ada cara lain selain cabut? Serius ni lah keputusan yg sangat aku sesalkan. Menangis lah air mata darah sekali pon, ia x akan kembali lagi.... Perlu membiasakan diri dengan ketiadaannya di situ. Sedih sangat.

T_T

1 comment:

  1. Saya pun sedih ni cabut gigi..yg terkilan sy tak bawak balik gigi saya..gigi saya masih elok..sy sedih dh kehilangan dia😭

    ReplyDelete