Saturday, November 5, 2011

Cara Paling Mudah....

Awal tahun depan..... Kami sekeluarga akan ke LGK untuk cuti-cuti Malaysia.... Kalau ikut plan asal aku, flight hari Sabtu, boleh mintak tolong kakak aku hantarkan ke LCCT hehehehe.... Balik hari Isnin... Dalam pukul 5.30 - 6.00 sampai LCCT along maybe dah balik kerja, boleh la gi amik aku kat sana (aku bagi la duit minyak t huhu... :p ). Tapi nampaknya seperti perlu ada plan ke dua. Contingency plan.... Sebab along berkemungkinan besar akan dapat kerja baru awal tahun depan (insya allah kalo ada rezeki). Oleh itu perancangan yang ada dalam kepala otak aku sebelum ni mungkin tidak dapat di guna pakai lagi.... huuuu.... Payoh gak sebab aku kan bawak anak kecik nak berangkut segala macam nih...

Penat aku pikir sepanjang malam. Hari ni google-google parking area LCCT and the most easy way to get to LCCT ialah dengan parking di Putrajaya Central (percuma), Naik ERL ke Stesen Salak Tinggi dan amik shuttle bas ke LCCT. Huuuu.... Dengan angkut anak nya, angkut beg lagi *fuh! kesat peluh*. Ateh, tolong amik kat LCCT hari Isnin petang boleh?? Maybe untuk mudahkan pergerakan aku patut beli beg AF tu satu kot. So senang jer sebab ada roda. Anak nanti kita letak dalam carrier (kalau berat Sharhan belum mencecah 12kg pada hari tersebut). Bawak beg galas belakang satu untuk letak botol susu dan semua barang-barang keprluan Sharhan. Baju bawak sikit-sikit ajer supaya beg kurang berat.... *kesat peluh lagi*

Otak aku ligat berfikir... Mungkin itu je lah cara yang paling mudah tapi bersusah la sikit. Kalau direct parking kat LCCT pun boleh cuma RM36.50 la untuk sehari kos parking dia. Adehhh.... 3 hari dah berapa kan... Baik aku bagi duit minyak kat kakak aku jer... Long, Abg Po.g ada dop kat rumah masa tu? hehe..

Nak mintak tolong Ateh dan suami pun tak boleh la kot sebab diorang nak pergi Umrah (kalau jadi)... Huuuu.... Aku kalau berdua dengan Syuk ajer tak de la problem sangat. Tapi sebab bawak anak ni, memang sungguh mencabar lah nanti. Harap-harap Sharhan akan behave aje. Dan harap-harap Sharhan dah boleh berjalan dengan baik nanti. Senang sikit kot... 

Itu lah dia contingency plan aku. Harap-harap kakak saya atau abang ipar saya atau adik saya dan suaminya boleh hantar dan ambik saya nanti jadi tak perlulah saya gunakan plan kecemasan tersebut huhuhuhu....

Habis

No comments:

Post a Comment