Saturday, January 26, 2013

Aktiviti Kedesaan...

Gituewww khennnn. Tajuk x bleh blah. hahaha biasalah... memang aku ini anak orang kampung (ini adalah sebuah lagu huhu). Aktiviti yang biasa kami lakukan tiap kali balik kampung di felda chini dua ialah minum air kelapa muda segar dari pokok. Hehe biasanya kalau sempat lah contohnya kalau buah kelapa sawit tak banyak sgt kat ladang n suami balik awal so sempat la nk kait buah kelapa neh. Ada dua jenis buah kelapa yang ada kat belakang rumah mak mertua aku neh satu jenis kelapa mawar kot nama dia kaler luar dia mcm kuning oren gitu. Satu lagi kelapa apa tah yg biasa ada kt kedai mkn tu kulit dia kaler hijau. Aku suka yg hijau... Sebab isi dia lebih lembut. Oh ya, kt sini la aku belajar makan ulam bemban. Tahu apa itu bemban? ia adalah tempurung kelapa.. Gila kau nak makan tempurung kelapa? Tempurung kelapa muda tu la lepas habis mkn isi dia boleh wat ulam. Kat sini la baru aku pernah makan. Ada yang pahit2 manis. Bukan pahit tp kelat. Tapi yang hari ni punya superb.... manis manis gitu rasa dia. Dorang potong kecik2 wat ulam ngan nasik. Sedap.... Lembut je...




No comments:

Post a Comment