Wednesday, December 31, 2025

Hari Terakhir di Tahun 2025

 Alhamdulillah... Berjaya sampai ke penghujung tahun. Dalam banyak-banyak tahun, tahun 2025 bagi aku paling mencabar. Rasa nak gila untuk habiskan tahun ni. Nasib baik la semangat aku masih kuat. Pedih betul nak lalui tahun ni. Sangat mencabar. Pengalaman pertama kali join sediakan dokumen untuk tender jalan federal. Dengan sebelum tu uruskan untuk dapatkan SCORE CIDB 5 bintang (Alhamdulillah berjaya). Simpan je lah dalam hati semua perkara yang aku tak nak ingat. Ditekan-tekan, dipandang rendah, whatever pon i dont really give a damn sebab at the end of the day aku tetap lah hanya kuli. Mungkin untuk tahun 2026 aku dah kena set mindset yang baharu iaitu i am the bossss kahkahkah 😂

Well, see u tomorrow 2026 (insyaallah)

Wednesday, January 1, 2025

Happy New Year 2025

 Happy new year semua. Bp aku naik sebab follow kes cik epal dgn jofliam. Dah malas nak follow. Semoga semuanya baik2 saja buat cik epal.

Monday, March 11, 2024

Operation Meeting 2024

Selamat menyambut bulan Ramadhan semua....

Best sangat2 operation meeting kali ni. Buat kat Residence Inn Cherating... Tempat dia best. Hotel selesa. Nasib baik la aku dapat bilik 2 org dgn puan ayu. Kalau dia xde, mesti aku duduk bilik 4 org kot. Entah lah. Sebab tempatnya jauh jgk lah dari hq, jadi khamis dah boleh check in. Meeting start Jumaat. Tapi jadual memang padat la seawal 7.00 pagi breakfast, 8.00 pagi da start sampai pukul 4.30 ptg. Pukul 5.00 sambung dengan aktiviti sukaneka. Kelakar giler aktiviti radio buruk. Lawak betol la dorang. Sakit perut aku gelak sakan. Malam pukul 8.30 ada dinner tema hawaii. Cuma yang bestnya sebab aku duduk meja vip dengan pn ayu so x perlu beratur ambik makanan. Dah la aku memang lapar gile2 punya lapar. Persembahan malam tu pun kelako betol la budak2 level aku pon masuk air belaka.

Sabtu seawal 7.00 pagi dah berkumpul untuk aktiviti csr di pantai cherating. Jalan kaki dari hotel ke pantai. Dekat je tak sampai 10 minit pun jalan kaki. Tak ada sampah sangat pun. Pantai bersih. Bergambar je lebih. Habis setel kat pantai dalam pukul 8.30 dah jalan kaki balik ke hotel untuk breakfast. Lepas tu dah aktiviti bebas. Sempat lagi aku terjun kolam dengan geng geng opis. Tapi tak lama sangat la. Pukul 10 dah naik mandi dan berkemas. Pukul 12 checkout.

Penat punya pasal terus bp aku naik kaww kaww. Dari hari sabtu pagi2 tu lagi dah aku dah boleh agak bp aku naik sebab kepala sakit gile macam nak meletop. Ingatkan x lama la sakitnya rupanya bawak sampai ke malam, sampai ke esok pagi nya. Dah x pasal kena pegi klinik sebab x boleh tahan dah nak tunggu klinik gomen isnin baru bukak (punya la nak jaga limit had klinik sampai rela pergi gomen i dont care. Kalau lebih nanti aku jugak yg kena bayar 😤) bacaan bp kali ni betul2 mencanak naiknya walaupon aku ambik amlodipine 10mg malam tu, dia punya sakit tu x kurang. Makan panadol baru la boleh tidur. Tu pon bangun pagi masih sakit lagi tapi being me kena la buat sihat, masak nasi lemak dulu pagi tu, tunggu safwan habis taekwondo dulu pukul 12.30 baru lah gerak ke klinik. Nasib baik cas nya cuma RM107 bukan RM1700. Lega sikit kepala aku 🤣🤣






Monday, December 25, 2023

Dinner 10 Years Anniversary

 







Alhamdulillah... Malam penghargaan sempena 10 tahun syarikat beroperasi dan 10 tahun jugak lah dah kerja di sini. Alhamdulillah untuk segala rezeki yang Allah kurniakan. Walaupun ada je kawan kawan yang offer kerja kat kl dengan gaji 7k 8k tapi aku terpaksa tolak sebab komitmen pada keluarga di sini. Biar lah gaji kecik pun asalkan dekat dengan suami dan anak anak. Aku tak sanggup nak pjj... Kat kuantan pun banyak je syarikat yang boleh offer gaji tinggi, cuma aku je yg tak cari... Bak kata bos baru aku lah... Ada je kat kuantan ni... Memang aku yg tak cari... Ekekeke

Alhamdulillah... Dapat gelang emas dan kristal plaq sebagai token penghargaan untuk 10 tahun perkhidmatan... Pen Allain dellon tu pulak hadiah doorgift untuk semua staff dan tetamu... dan yang bestnya, kali ini nombor aku bertuah wehhh dapat cabutan lucky draw wehhh... Patutnya aku dapat dapur elektrik. Tapi aku tukar dengan faezah... Dia dpt blender tangan ni. Aku lagi suka blender ni walaupun murah dari dapur letrik ah lantak hehehe.

Seronok sangat dinner ni. Sangat happening dan berjalan lancar. Nasib baik aku join jugak sewa baju bling bling kalau x, konpom kena komplen dengan bos sebab tak ikut tema red carpet. Siap upah MUA untuk mekap. Kelako dorang x cam aku sebab mekap lain sangat jadi muka. MUA ada org sponsor bayar hehehe... 

10 tahun lagi lah baru ada dinner besar macam ni lagi. Semoga semuanya masih dipanjangkan umur untuk berkumpul sekali lagi. Masa tu tua tua dah semuanya entah larat ke tak entah nak jalan 😂😂


Kuciwa

Jumaat lepas 22 december 2023 Alhamdulilah gaji dah masuk awal. Tapi agak kecewa sebab ingatkan dapat la bonus 2 bulan. Tapi dapat sebulan aje. Sedihhh... Padahal aku dah tahu sebulan sebab HR dah inform bulan 6 aritu lagi dah... Sebab special increment tinggi jadi dia tarik kat bonus. Tapi biasalah kan in denial mode. Nak jugak berharap 2 bulan seperti tahun2 sebelum ini. Dan akhirnya hampa. 

Tapi apa yang aku plan memang tak berjaya lah... Aku target 2 bulan sebab 1 bulan tu memang khas untuk aku bayar hutang cc. Sebulan lagi untuk benda2 lain. Hmmm... Tapi aku tetap bayar hutang cc aku cuma xde duit extra lah. Memang lah ada yang suruh bayar separuh aje. Tapi aku yang tak sanggup nak pikul beban hutang... Tak la banyak sangat, 4k jer. Tapi kalau aku keep bayar sikit sikit lama lama makin naik hutang tu. Jadi better lah aku bayar je habis. At least aku dah tak ada hutang cc. Tinggal hutang beli ipad je lah akan habis bulan 3 nanti... Aku ambik installment 119 x 12 bulan. Tinggal 3 bulan je lagi. Lepas tu setel dah hutang cc aku selain yang 70 sebulan sebab aku keluarkan cash aritu. Yang tu tak apalah sebab 70 je. Rasanya lepas bulan 3 baru aku lega dengan cc. Target untuk isi minyak sahaja at least rm300 sebulan. Tapi tak tahu la tu. Kita hanya mampu merancang. Minggu ni dah la nak servis myvi. Arap2 jangan la sampai 600 sebab dah 2 tahun tak servis kat perodua. Kali ni bawak ke perodua supaya dorang boleh check dengan lebih teliti minyak apa atau part apa yg tak cukup.

Nak shopping pun tak ada mood. Dah la next gaji lambat lagi. Aku cuba bertahan supaya tak beli apa apa. Tapi makanan dorang ni nak tak nak kena la beli. Tahun depan setahun lagi kontrak astro, digi dan maxis. Lepas tu aku ingat nak guna prepaid je lah. Lagi jimat. Mulanya aku nak stop main kutu. Tapi bila pikir balik, main je lah. Kalau aku tak main kutu, 100 aku tetap tak tahu pergi mana. Tunggu 5 january nanti aku nak keluarkan dividen asb dan batalkan asb financing. Aku nak cuba untuk simpan sendiri at least RM300 sebulan pun jadi lah. Aku nak simpan RM500 tapi rasanya susah sebab aku banyak komitmen. Insurans aje pun dah 615 sebulan. Tu pun aku tak daftar sspn anak anak aku lagi ni. Tapi aku masih dilema nak simpan asbf lagi ke atau saving sendiri? Aku risau aku korek habis je nanti kalau saving sendiri. 

Kesian kat anak anak sebab kononnya aku nak bawak dorang pergi kl bulan 1 nanti. Nampaknya tak boleh lagi lah. Insya Allah lepas raya nanti lah. Semua perancangan ibu tersasar nampaknya. Nak beli subang emas pun tak jadi. Tak apalah. Bukan penting sangat pun subang tu. Nanti ada duit boleh la beli walaupun masa tu emas mahal tapi kalau rasa nak beli, beli aje. Aku nak cuba simpan emas kat public gold lepas ni. Pejam mata je lah beli 100 sebulan. At least nampak lah duit aku pergi mana. Rugi jugak tak konsisten simpan. Aku bukak akaun PG tahun 2021. Masa tu emas masih murah compare sekarang. Last aku beli rm100 dapat 0.38g emas. Tapi hari ni rm100 cuma dapat 0.2g lebih je... Insya Allah aku akan cuba konsisten. Aku target nak bersara umur 50 insya Allah kalau panjang umur. Tapi tengok pada komitmen hutang jugak lah. Kalau umur 50 hutang tak setel lagi, memang kena postponed la pencen. Allahu, tua dah nak kerja... Entah apa la cabaran kerja untuk org tua nanti masa tu selain sakit lutut sebab turun naik tangga 🤣🤣

Ya Allah, berilah rezeki yang melimpah ruah kepada kami suami isteri... Jadikanlah anak anak kami anak anak yang beriman dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Wednesday, August 2, 2023

Genap 10 Tahun Sudah di sini

 Alhamdulillah… Sekejap je dah 10 tahun kerja kat ofis sekarang. Ada masa memang rasa macam nak cari kerja lain tapi kebanyakan masa memang nak kekal lah dengan azam untuk kerja sampai mati kahkahkah! Tak ada yang bosan pun, tiap hari ada je cabaran baru. Kena tegur, kena marah dengan bos tu lumrah lah kerja kat mana2 pun. Siapa suruh tak perform betul betul. Buat kerja betul betul, manage kerja betul betul. Alhamdulillah sempena tahun ke 10 ofis ni, company bersetuju untuk up increment sehingga **% compare to rate biasa 4-6%. Syukur sangat. Rugi siapa yang berhenti tu… tapi ye lah rezki masing masing kan. Terima kasih juga lah kalau tak sebab staf berhenti beramai ramai aku tak rasa kemungkinan ada salary increment sebanyak ini.

Insyaallah target aku untuk kerja 10 tahun lagi sekiranya panjang umur dan murah rezki. Aku tak rasa ada kompeni yang nak ambik Staff usia 40 ke atas huhuhu. Bertahan je lah dengan cabaran kerja. Cuma sayang sekali aku tak ada saving langsung sepanjang 10 tahun ni. RM50 pun aku tak mampu nak simpan sebulan. Bila aku kira balik sebenarnya terlalu banyak duit aku keluar untuk tanggung keluarga dari dulu sampai sekarang. Mungkin yg ada pun barang emas je la gelang cincin rantai hasil dari bonus. Lagi pun aku ni boleh tahan boros. Beli kat kedai rm2 pon boleh cecah patploh hengget sekali belanja. Aku kena menjadi lebih kedekut lagi hahaha. Tapi aku seronok bila dpt beli walaupun hanya di kedai eco ekekekekke.

Aku target tahun 2024 aku akan bebas hutang kad kredit. Sayang sangat tiap bulan bayar 500-600 untuk kad kredit sahaja. Belum masuk shoppee pay lagi tu pernah cecah 200. Boros sangat la aku ni. Aku berazam untuk bebas hutang kad kredit, ASB finance, shoppee pay by 2024. Kalau clear 3 benda ni aku akan ada extra sebanyak RM1k sebulan. Simpan tiap bulan at least RM1.5k darab 10 tahun masyuk juga tu. Tu pon kalau aku disiplin lah kahkahkah. Berangan itu kan percuma. Tambah RM500 nafkah dari suami lepas dia habis bayar loan kereta dalam 4 bulan lagi. Entah2 aku boleh simpan 2k sebulan. Insyaallah … semoga dipermudahkan. Aku x mau kerja dah. Aku nak tenang2 aje duduk rumah. Tapi in 10 years time lah. Kalau berjaya pencen awal lagi best. Sekarang pun badan aku dah sakit sakit apatah lagi 10 tahun dari sekarang hahaha. Nak kena exercise neh. Guana nak pegi Korea tiberrrr… pergi umrah lah dulu.

Remember your target. Must start saving from now! Kawal nafsu berbelanja! Kawal nafsu makan! Aku boleh!!!

Sunday, March 12, 2023

Emas Lelong Murah Penipu

 Tapi sebenarnya aku yang bodoh. Memang sengaja memasukkan diri dalam perangkap scammer. Aku memang suka kan learn from the hard way. Padahal aku siap google dah berita2 pasal penipuan emas lelong ni. Siap kaji lagi testimoni yang konon2 customer dia bagi dalam group. Memang banyak giler red flag yang aku dah nampak. Contoh ejaan group dia eja grub. Lepas tu ikon sama je pembeli dan penjual. Aku ingat aku bijak dah sb aku dm pembeli yg kononnya barang dia sampai tu. Eh hampeh... Memang terpercaya aku walaupon dlm hati was2. Ada 3 org kot yg aku dm. Kemain pandai dorang berlakon. Last2 terbayar jugak aku rm250. Tapi masa tu dalam hati aku cakap, kena tipu pun xpe lah rm250 jer. Lepas dah bayar tu siap dia offer bonus. Beli lagi satu dpt free satu. Aku memang dah nak terpedaya dah mula2 tu nasib baik akal aku waras lagi. Hati aku pun waras. Mereka cakap kat aku, tunggu tgk sampai ke tak orderan (scammer2 tu semua suka guna perkataan orderan. Memang dasar indon) first ni dulu baru order lagi.

The convincing thing is... Dorang share kat group tau lepas ko buat payment. So nampak mcm very legit. Maknanya payment2 slip yg dorang share selama ni memang yg sebenar dari pembayaran mangsa. Ada yg rm4k, ada yg rm7k, ada yg 1k. Yg aku pon dia share rm250 tu. Aku siap check dengan apps CCID ke apa nama dia tu untuk check no akaun penipu ada report ke x... Tak ada weh. Clean. Ke apps tu pon memipu? Kuajaqqqqq 

Aku transfer rm250 tu kat akaun Hong Leong atas nama Mohammad Hatta bin Jetendra. Aku syak ni mesti indon ni sebab mana ada org malaysia nama Jetendra. Pelik ngat nama. 

Tagune. Lepas tu tak lama aku kena kick dari group. Tgk2 hilang dah group tu dari telegram aku. Aku memang tak halal kan duit aku tu. Dasar. Biar kau mereput dalam neraka. Biar Allah je yg balas dosa kau ni. 


Lepas ni aku kena beringat. If it is too good to be true than it is not true. Padahal dah banyak kali kena tipu, kena scam. Tapi tetap jugak biarkan diri di scam. Dasar tamak mengaburi mata dan minda. Baik aku guna 250 tu beli makanan lagi bagus!!!


Huhuuuuuu ni aku bagi sikit gambar2 barang dan harga emas lelong murah penipu tu.


Yang ni la yg aku nk beli. Yang RM250 tu. Bodoh. Baik penjual emas tu pegi gadai je daripada jual harga murah kat orang. Eh bodoh nya lah!



Kalau tak sebab tamak memang tak mungkin akan tertipu. Orang tamak selalu rugi. Awalnya memang aku siap nak ambik yang harga ribu2. Aku bitau kat suami aku. Dia tak bagi beli. Dia cakap nk beli emas pergi beli kat kedai. Aku memang dah agak dah, kalau aku tak ikut cakap suami mesti kena tulah. Macam dulu masa aku kena tipu emas ETA rm7k dulu semuanya sb aku degil x nak dengar cakap suami. Dia cakap dah try sikit dulu. 1 gram ke. Tapi dasar tamak memang tak akan dengar dah nasihat org lain... Huhuhuuu semoga kalian semua tidak akan tertipu.

Kejadian berlaku pada 7 March 2023













Friday, December 31, 2021

Perginya Seorang Mama

 19 March 2021 - Jumaat

Mama menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa mama... Sayang mama... Sekejap sangat masa untuk mama rehat dari jaga aboh... Cukup 2 tahun aboh meninggal, mama pun pergi juga. Daripada seorang yang sihat dan ceria, tiba2 di uji dengan kanser yang rakus, yang kasar. 

Mama mula rasa tak sedap badan, x selera makan lebih kurang awal bulan 10 tahun 2020. Bulan 11 baru start masuk wad. Bulan 2 makin teruk. Perut mama membusung, air memenuhi segenap ruang perut mama. Peritoneal kanser stage 4. Bulan 2 doktor dah inform yang mama dah paliatif... Thats mean tiada harapan untuk hidup lagi. Aku takut nak beritahu mama... Sebab mama sangat berharap untuk hidup. Mama nak sangat sihat semula. Mama nak cucu2 mama yang angkat keranda mama... Aku tak sanggup nak hancurkan harapan mama... Aku tak sampai hati nak beritahu mama yang mama dah tak lama je masa kat dunia ni. Allah... Kadang aku rasa aku silap, aku patut beritahu mama... Supaya masa yang tinggal dapat mama gunakan untuk sekurang2nya memohon ampun pada Allah.. Allahu... Aku tak tahu...

Dulu masa aku diploma, aku bertudung labuh, nampak macam ustazah. Aku pernah tanya mama. Lepas tu mama cakap, nanti angah tolonglah doa untuk mama supaya mama masuk syurga... Insya Allah mama... Tapi anak mama ni bukan lah baik sangat, mengaji pun malas... Doa untuk mama pun masa solat jer... Macam mana nak tolong mama :(

Allah... Ampunkanlah dosa kedua ibubapaku... Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku masih kecil.... Selamatkan lah mereka dari seksa kubur Mu... Selamatkanlah mereka dari azab api neraka Mu...

Selamat tinggal tahun 2021 yang penuh dengan kenangan pahit. Tapi kerana hati aku sekeras batu, aku cuba untuk tidak terlalu ingat perkara atau kenangan yang menyedihkan... Life must go on... Hingga tiba saat giliran aku pula nanti... Semua nya tidak kekal... Semuanya bukan milik kita....


Wednesday, July 22, 2020

My Car


Alhamdulillah... Akhirnya impian untuk memiliki kereta sendiri telah tercapai. Tak ada lah impian sangat pon tp sb terpaksa nak kena ada jugak kereta sendiri. Kalau ikut kedekut aku memang sampai tua la aku x beli beli kahkahkah. 

Bukan kereta baru pun. Kereta second hand jer tp boleh la setakat pergi kerja balik kerja. Nak bawak kat jalan yg aku x biasa mmg aku takuttt. Tp boleh la berani berani takut huhuhu.

Sebenarnya sebelum ni aku memang tak drive. Ye dulu2 zaman dgn ex aku selalu laa bawak sb dia paksa aku belajar bawak. Tp mmg sejuk la tgn sb aku nebes. Lps tu putus 😂

Lepas kapel n kawen dgn en sukri. Aku x pernah drive dah kecuali masa ambik  lesen. Rasanya tahun 2011 kot aku ambik lesen lepas tu langsung x drive. Pergi kerja n balik kerja semua suami aku hantar n ambik. Lagipon tempat kerja dekat dengan tempat kerja suami. Sehinggalah pada satu hari di bulan November pada tahun 2018. Suami aku ditugaskan di pejabat pekan. Dah la masa tu aku preggy (molar). So, nak x nak aku kena jugak drive sendiri. Masa tu xde kereta jd suami aku bagi bwk exora dia, dia pegi keje naik motor hahaha. Dah la baru belajar bwk kete, kena bwk exora pulak. Tp sempat beberapa hari ke x sempat eyh sb ada satu hari tu masa tu aku di sahkan molar pregnancy , direct kena pergi htaa. Masa pergi KKIA jalan gambut tu aku yg drive kete suami aku tp adik lelaki aku ada kt sebelah. Dia ikut sb takut xde parking. Lps tu kena terus ke htaa aku dah x blh drive dah sb takut. Lagipon x biasa jln ke sana.

So lepas tu aku dpt mc 2 minggu. Dalam mc ni lah aku terfikir nk guna proton saga kereta ateh (yg dibeli dgn nama along). So dlm tempoh 2 minggu mc tu la uruskan proses nak bwk saga ke kuantan. Ateh dah x drive masa tu. Dia naik LRT prgi kerja. Dengan kereta dah setahun tak servis, dgn xde roadtax. So, setel aku byr r.tax, wawa pergi ambik kereta kt kajang. Wawa dia ada wira masa tu. So svs aje dalam 500++, r.tax rasanya dkt 400 kot. Tp sb aku nk guna kan pejam mata je lah... Huhuhuuuu

So habis je mc 2 minggu, aku drive saga ke opis. Sampai bulan 3 jgk dari bulan 12 aku drive dgn saga tu togel xde tinted, kosong, xde rim 😂😂 lepas tu adik aku putus tunang so dia pon balas dendam dengan guna duit utk makeup kereta. Jadi cantik la saga tu dgn tinted nya, dengan rim nya, spoiler. Nampak mcm lelaki jadinya saga tersebut.

So di pendekkan cerita wira wawa buat hal. Kuat makan minyak. Jd kitorang bwk kereta secara bergilir. Aku blk kerja, dia bwk saga balik ke pekan (rumah mama) esok pagi2 dtg htr mama ke rumah aku, baru aku pergi kerja dgn saga tersebut. Bergilir lah mcm tu sampai lah tetiba pkp pada 18 march 2020. So, 2 bulan jgk la aku duduk kt rumah. Jadi saga tu sepenuhnya digunakan oleh adik aku. Kebetulan hujung bln 5 aku da stat keje, adik aku pon dpt keje kt balok. Mulanya mmg gilir la. Sampai rumah aku, adik aku naik motor. Tp sebab tiap ptg hujan, kesian dia balik basah kuyup so pagi2 dia htr aku kerja, ptg aku tumpang budak opis aku balik. Tp dah tiap ptg tumpang, segan jgk aku. Ada masa dia pon x bwk kete 😂😂 so laki masing2 lah dtg ambik. Sejak tu aku nekad. Kena beli jgk kereta. Susah la kongsi kongsi kete neh. Jadi nak x nak beli jgk la. Tak survey sgt pon. Jumpa je kt mudah yang nampak ok, aku pon terus pergi tgk, bwk dokumen siap2. Bayar booking 500 + 2500 deposit. Lulus je loan, pergi test drive (masa tgk x test drive sb hujan lebat) semua ok, kita onn.

Dah bertambah komitmen bulanan aku huhuhuuuu... Tapi ok lah bawah 400. Aku target bawah 350 tapi x dpt... Bulanan 370... 7 tahun... Huhuhu... Ok la kan habis kontrak kerja habis la hutang kete. Semoga kontrak di sambung lagi hendaknya....

Kena berjimat cermat lps ni... X boleh shopping sakan... Huuuu

Ok, tu je. Byeee

😁

Saturday, March 28, 2020

Ajaibnya Sedekah

Allah Maha Besar

Bulan March adalah bulan yang agak sukar untuk aku. Duit tinggal dalam 100 lebih jer lepas bagi pinjam 200 kat adik aku awal bulan aritu.  Tapi x kesah sgt sebab bila adik aku dpt duit asb dia, dia akan bayar balik (dah bayar baru2 ni alhamdulillah).  Dengan duit yg tinggal aku tahu x mungkin sempat sampai hujung bulan nnt.  Aku pun keluarkan lah duit asb utk standby. Ada la sikit blh cover sampai hujung bln. Lepastu tiba2 18hb March, perintah kawalan pergerakan bermula. Lega sgt sb duduk rumah so duit x keluar. Semua barang daipur suami yg beli. Kalau aku kerja,  balik kerja suka singgah TMG mall beli mcm2. Duit pon mengalir laju.  Tapi silap aku hari tu sebab beli tudung ariani sampai rm200. Kat situ la duit aku short. Lepas tu hp aku pulak buat gila. Tak nak onn. Bodo betol. Bila aku dah tukar hp baru eh elok pulak dia onn je sampai ke hari ni. Mulanya aku nk ambik hp oppo rm1 kontrak 2 tahun.  Tapi bila fikir balik, baik aku ambik hp yg elok sikit alang2 nk kontrak 2 tahun. So, ni lah dia...  Vivo s1 pro dengan harga rm499 😭 aku bayar dgn cc wehhh 😭😭 aku tahu ni bukan keperluan tapi masa tu hp aku buat giler. Lepas tu aku fikir tak apa lah kan bulan 3 dapat bonus so aku pun proceed je lah (tapi xde bonus sebab ekonomi teruk kesan covid19 ni) 😭😭 nampaknya aku tak mampu nak habiskn hutang cc lump sum.  Aku ingat kalau dapat bonus  boleh la aku bayar habis terus cc. Tak banyak pun.. 1k lebih jer. Tapi bonus xde ni xpe lah bayar je lah sikit2. Dan aku pun sebenarnya menyesal dgn keputusan aku ambik insurans medical card yg baru (sedangkan aku dah ada insurans med card aia). Tengok la kalau bulan depan ekonomi teruk, masih pkp, gaji kena potong, mungkin aku terpaksa burn satu kot.  Tengok dulu mcm mana. Cuma yang lega sikit sebab PM umumkan boleh keluarkan epf akaun 2, ptptn boleh tangguh bayar 6 bulan, personal loan (asb) boleh cuti bayar 6 Bulan, car loan pun cuti 6 bulan,  pendapatan isi rumah 4k-8k boleh mohon brim (dapat 1k satu family) alhamdulillah...  At least makcik kiah (finie) akan ada extra lebih kurang 1000 (tak termasuk brim sb dia one off). Jadi utk tempoh 6 bulan aku patutnya boleh saving 6000. Ya Allah semoga krisis ini berakhir dengan cepat. Semoga negar dapat membangunkan semula ekonominya dan seterusnya syarikat majikan aku dapat menjana pendapatan semula... Insy Allah...  This too shall pass...  Semua ini pasti berlalu.

Hari ni hari gaji aku. Setel semua hutang piutang (kecuali cc aku x dpt nk byr lump sum dan asb loan belum bayar sb nk tgk dia auto deduct x 1st april nnt) aku pon melayari fb. Scroll dan scroll terbaca kesusahan insan lain. Aku pun bukak maybank2u aku dengan niat nk sedekah. Dalam hati biasalah kan bisikan syaiton akan menghasut kita. Dia akan cakap, ko pun xde duit utk diri sendiri masih nak sedekah pada org? Tapi hati aku lawan... Hati aku cakap, sifir Allah bukan mcm ni. Sifir Allah 1 kita bagi, 10 kita dapat. Dan akhirnya aku transfer jugak. Nak dijadikan cerita, suami aku transfer duit utk bayar loan rumah pada aku. Aku pun bukak akaun cimb aku. Masa tu aku fikir, suami aku da la transfer cukup2 duit tu. Dalam cimb aku cuma ada rm20 something jer. Harap2 lepas nk transfer sb cimb kena tinggal min balance. Tak mcm mbb boleh tinggal wpon sehinggit. Aku pon masuk id n pw. Tengok2 ada 900 something. Aku pon cek duit apa ni rasanya suami aku transfer dlm 500 lebih jer. Cari2 x jumpa rekod transfer dari suami aku. Lepas tu baru aku terfikir, eh suami aku transfer kt mbb lah bkn cimb. Aku x sure duit dlm cimb tu duit apa tp kemungkinan besar duit asb loan yg aku terminate bln sebelum tu. Dia creditkn 4 march yg lalu guys. Dia kredit masa aku tgh betol2 xde duit tp aku x tahu. Klu x sb pkp ni rasanya sampai bila2 aku x tau ada duit dlm tu (sb biasanya suami byr sendiri loan rumah kt bank). Alhamdulillah rezki. Ingat nk transfer asb tapi takut nnt susah pulak nak keluarkn bila time betol2 perlu cash. So biar kan sahaja dia di situ....

Alhamdulillah... Terima kasih Allah 😭

Semoga cepat berakhir ujian ini...

FN

Saturday, March 21, 2020

Covid19 - Arahan Kawalan Pergerakan day 5

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Hari ni dah hari ke 4 Arahan Kawalan Pergerak (RMO) di kuatkuasa di Malaysia. Pengalaman pertama rakyat Malaysia menghadapi situasi pandemik ni. Kita fikir kita tak akan kena tapi akhirnya ia sampai juga ke Malaysia. Gelombang yang pada ketika ini telah meragut 8 nyawa dan kes meningkat kepada 1183 di bandingkn dengan gelombang pertama februari yang lalu hanya 22 kes.

Semoga wabak ini cepat berakhir dan tiada lagi korban nyawa. Sedih sangat bila ahli keluarga tidak dapat menatap wajah buat kali terakhir melihat dan mencium jenazah.... Allah sebaik2 perancang...

Dari last week lagi bos aku sangat bimbang dengan penularan wabak ni. Tak sangka minggu ni dapat arahan partial lockdown. Wfh (working from home) lah kami semua. Tak ada lah wfh sangat just standby kalau ada staff atau org lain contact tanya apa2. Kerja aku dari pagi sampai malam masak aje. Lagi selamat dari keluar tapau. Suami aku je la keluar beli brg dapur. Aku ni memang jenis suka duduk rumah pon. Merasa la full time housewife melayan kerenah anak2.

Harap2 x bersambung lah RMO ni. Banyak kerja pending nnt. Tapi sebab semua org pon RMO so xde la risau sgt dgn kerja2 yg pending tu hehe.

Semoga selamat semuanya...


Friday, February 7, 2020

Tersedak Air Masak

Hari ni hari yg haru. Bahaya betol tersedak air. Biasa la budak2 opis aku memang jenis kaki buat lawak. Aku tengah minum air lepas tu dorang buat lawak tersedak aku. Biasa nya aku boleh je tahan lps tu telan je air tu tapi yg kali ni lain macam dia punya tersedak. Air tu macam tersangkut nak telan x lepas nak keluarkn pun x lepas. Giler ah macam lemas aku rasa. Terus terbatuk batuk. Berlari aku masuk stor sebab teruk sangat tersedak kali ni. Sampai aku x boleh bernafas.

Masuk dalam stor tu aku dah rasa macam nak pengsan sangat dah. Mata gelap, batuk, x boleh nafas, gelembung udara x boleh release keluar. Aku berpaut kat rak stor supaya tak jatuh. Giler ah! Macam nak putus nyawa. Aku punya batuk tu sampai tekan dada bunyi dia. Batuk batuk batuk sampai keluar air mata. Cuma yg buat aku takut sebab gelembung angin x nak keluar. Dia mcm halang aku nak bernafas. Giler panik aku. Budak2 opis semua sambung je buat lawak kat luar. Dorang tak tahu aku berperang kat dalam. Lepas tu aku terfikir nak minum air supaya angin tu boleh keluar. Aku pun panggil shida. Tu  pun puas kumpul suara nak panggil dia (sebab meja dia paling dkt dgn pintu stor). Sebenarnya aku nk mtk tlg dia ambikkan air lps tu aku lupa. Shida tolong tepuk2 belakang aku, x lama lepas tu baru la rasa lega walaupon tekak still sakit.

Da lega sikit tu baru aku keluar. Giler bahaya rupanya tersedak ni. Kawan aku cakap kalau rasa nk tersedak jangan batuk. Tahan je lepas tu berdehem. Nanti dia lega. Ok boleh cuba la nanti sebab dak2 opis aku memang kaki buat lawak. Aku rasa x mustahil kejadian mcm ni boleh berulang lagi. 😅

Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku.... T_T

Terima kasih Allah...

FN

Thursday, January 23, 2020

Appointment HTAA untuk tahun 2020

Hari ni appointment kat klinik o&g htaa follow up kes molar. Selagi tak cukup 2 tahun jangan harap boleh discharge. So minggu ni aku cuma kerja 3 hari je kat office walaupon sebenarnya 2 hari je sebab semalam miting sampai kul 3.30 petang start pukul 10 pagi without lunch break. Sikit lagi nak pitam sb aku memang x makan pape dari pagi. Minum air jer. Bos memang ada offer suruh tapau nasi kukus tapi jual mahal. X nak .. hambik kau kul 3.30 baru stop.  Habis je miting, naik solat dulu lepastu keluar ambik result darah aku dulu and then terus keluar lunch at 4.30. Actually aku memang dah gelap mata dah tapi tahan je lah. Kul 5 lebih balik opis n punch out.

So hari ni pergi htaa utk appointment. Again x makan apa2 pagi. Padan muka. Lupa bawak kuih klu x, blh mkn sambil tunggu turn. Memang plan nk diet tapi tetap berat aku 62kg jgk. Bila la nak 51kg entah. Daftar kul 9 lebih kul 11 baru jumpa doktor. So mcm biasa doktor tanya sehat ke x, aku cakap lah sehat tapi muka doktor mcm hmmm ye dop ni. Aku rasa mcm muka aku pucat sikit mungkin sb x pakai lipstik kottt hehe. Doktor ajak pergi scan rahim. Masa ni aku memang dah rasa mcm pening. Cepat2 aku pergi ke katil and terus mcm terduduk pitam kejap n cepat2 aku baring... Lega... Kalau tak, buat drama pulak aku dah la kat hospital. Tak masal jer. Dapat baring rasa lega giler. So habis scan, bangun slow2 turun n duduk dekat meja doktor. Ok lah next appointment 6 bulan lagi. Harap2 da boleh discharge nanti. Mintak MC dengan doktor sebab aku nak balik n rehat. Sampai kat kereta terus makan bekal kuih yg suami aku bagi. Terus balik rumah. Oh lupa, singgah tmg mall beli megi dulu hahaha.

Kena jaga makan lah. X boleh diet beriya sgt. Aku risau anemia semula nanti. Harap2 tak lah. Tapi aku kena kuruskan badan. Baju dah sendat T_T

Monday, December 30, 2019

Penutup 2019

2019 bakal melabuhkan tirai. Recap sikit peristiwa 2019 yang telah aku lalui. Lepas aboh meninggal bulan 3, kami sekeluarga terbang ke kota padang pada bulan april menziarah keluarga aboh yang masih ada. Jumpa dengan sepupu, ayah saudara, mak saudara yang tidak pernah bersua muka sebelum ini. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga jumpa keluarga sebelah aboh.... Insya Allah akan bertemu lagi dengan mereka bila ada rezki nanti.

Saja nak share memori 2019 sebelum tibanya 2020...


 Gambar terakhir dengan aboh... Bercuti di cameron highlands... Esoknya aboh pergi... Aku tak nak sesalkan apa2. Aku bersyukur Allah mudahkan perjalanan akhir aboh...

 Adik aboh... Tak dapat jumpa abang aboh sebab ada di pekanbaru.





Semoga ada rezki untuk berjumpa lagi... Selamat tahun 2020 ☺️

FS
30 december 2019 (isnin)

Thursday, March 7, 2019

Perginya Seorang Ayah

4 March 2019 - Isnin

Tarikh yang tak mungkin aku mahu ingati. Tarikh perginya aboh yang aku sayangi kembali ke pangkuan Illahi.

Sebenarnya banyak sangat perkara yabg aku rasa bersalah sangat. Aku cuba untuk sentiasa pikir positif supaya aku tidak terus menyalahkan diri sendiri atas pemergian aboh. Allahu.... Betapa seksanya aboh untuk menyedut udara, menarik nafas. Kalau lah aku tidak pentingkan diri sendiri. Tapi ajal maut itu kan tidak akan lambat tidak akan awal walau sesaat. Memang ini suratannya. 'Kalau' itu hanya petanda aku belum redha sedangkan janji Allah itu pasti. Tak mungkin tercapai dek akal manusia sepertiku.

Kami tiba dari Cameron Highlands lebih kurang pukul 1 pagi. Mama dan aboh tidur rumah aku sebab adik lelaki aku patah balik ke Bangi untuk ambik kereta dan bawa pulang ke Kuantan. Masa sampai depan gate rumah semput aboh memang agak teruk. Mungkin sebab kami lewat buat dialisis (capd) aboh hingga air mula masuk ke paru2. Aku tanya mama nak hantar ke hospital tak? Tapi mama cakap aboh memang selalu semput mcm tu. Kalau pergi hospital pun doktor tak layan sebab tak ada arahan dari unit nephro untuk ke hospital. Allah... Kalaulah aku tidak pentingkan diri dan fikir penat nak ke hospital pukul 1 pagi 😭

Aku fikir ok lah, tak apa lah, kalau teruk esok kita ke hospital. Aboh sempat mintak aku ketuk belakang badan dia dari dari pinggang ke atas dan belikat sebab dia rasa sakit dan tak selesa. Lepas tu aku masuk bilik. Suami aku dan mama sambung urut dan ketuk belakang aboh. Aboh muntah2 mungkin sebab angin. Aboh dah 2,3 hari tak lalu makan.

Bangun pagi tu masa aku nak solat subuh aku keluar dan tengok mama tidur kat sofa. Aboh tidur dalam keadaan duduk di lantai. Dalam hati aku cakap, ooo mama temankan aboh sampai tidur kat sofa. Lepas tu aku masuk bilik dan solat. Selesai solat, aku baring sambil main hp. Suami aku tengah bersiap nak pergi kerja. Suami aku keluar rumah dalam pukul 7.30 pagi. Suami aku tinggalkan kunci kereta kot2 kalau perlu hantar aboh ke hospital. Sebelum keluar, suami aku tanya aboh nak pergi hospital tak? Aboh tak nak. Aboh mintak air masak kat mama.

Suami aku dah keluar pergi kerja naik motor. Aku dengar mama panggil abahhh abahhh abahhh abahhh abahhhhhh (suara mendayu² yg sangat aku takut nak dengar). Aku dari dalam bilik dah fikir mcm2. Aku baru je bangun nak keluar, mama dah panggil aku... "Kakakkkk tengok abah ni mama panggil tak nak bangun" dalam nada lirih yg takut untuk aku ingat kembali. Aku dah cemas tengok aboh dah terbaring mengiring dan tak ada nafas turun naik. Mama dgn suara lirih berkata "abah mintak air tadi, mama dah buatkan air kopi, tiba² je jadi mcm ni". Aku tak tahu nak buat apa. Aku tak berani nk gerakkan aboh. Aku panggil² abohh aabohhh. Instinct aku ckp aboh dah meninggal. Tapi badan aboh masih panas waktu tu. Aku tak terfikir langsung nk buat cpr masa tu. Bodohnya aku. Aku kelam kabut tukar baju, hantar wassap kat group keluarga... Aboh meninggal, aku tak tahu nak buat apa ni (7.47 pagi). Aku pon telefon suami aku tp x angkat. Aku call kak lin tanya aku nk kena buat apa ni sambil nangis2. Kak lin suruh call 999 dulu untuk sahkan kematian. Aku pon call 999.

Masa tu org yg angkat call tu tanya, awak pasti ke ayah awk dah meninggal? Aku ckp la da xde nafas turun naik. Masa tu baru aku terfikir nak buat cpr sedangkan dah 10 minit masa berlalu. Org tu tanya, awk nk cuba buat? Aku pun cuba sb aku x pernah buat. Tp dah lepas 30x tekan dada aku give up. Sebab tempoh masa dah terlalu lama dari awal aboh x bangun sampai ke saat aku buat cpr. Last2 aku keluar tunggu ambulans betul2 tepi jalan.

Landmark yg aku bg perumahan depan DIY. Aku dah agk ambulance akn pergi ke sana. Aku nampak ambulans dari jauh aku lambai tangan mcm org gile sambil nangis sambil aku cakap siniii!! Kat siniiii!! Sambil lambai tangan. Aku dah x peduli kereta lalu lalang tgk aku kt situ. Lama jgk baru org dlm ambulans tu perasan aku duk lambai2 kt tepi jln tu baru lah dorang pusing ke kiri. Aku pon ikut n bitau rumah mana. Sambil nangis2 aku berlari follow ambulans tu.

Aku duduk je kt luar sambil perati dorang. Aku x rasa nk masuk. Aku tgk ambulance tp aku x ambik gambar. Biar lah aku simpan dlm otak aku segala gambaran yg berlaku. Aku pergi basuh tangan kt paip luar. Aku tak tahu apa yg dorang explain kt mama. Cuma mama ckp buih udara@oksigen dari paru² dah x naik ke atas sebab tu aboh dah x boleh bernafas...

Aku masuk jgk ke dalam. Mereka semua bertiga. Diorang tanya ada lelaki tak kat dalam rumah ni? Aku ckp x ada sb masa tu hanya ada aku, mama dan baby (adik bongsu aku) aje. Dorang nak tolong alihkan aboh sementara dorang ada lagi kt sini. Dorang mintak ambikkan tilam, cadar dan bantal. Sorang dari mereka ambik kain dari dalam ambulans utk letak bawah bdn aboh supaya senang angkat. Sebelum dorang balik, dorang pesan pergi buat laporan polis dulu.

Aku puas duk telepon org sana sini utk dptkan khidmat pengurusan jenazah. Alhamdulillah utk liang, awal² dah setel sb tok pat nazri blh uruskan. Cuma dia mintak cari org utk mandi, kapan dan solat. Tak lama tu suami aku sampai. Aku dgn suami aku tukarkan seluar aboh kepada kain pelikat supaya senang nak mandi nanti. Masa angkat kaki aboh, masih panas lagi. Putih je kaki aboh. Mungkin kerana kerja terik sb tu kulit luar hitam gelap. Suami aku pesan angkat lembut² kaki aboh takut aboh sakit. Lepas da dpt tempat utk mandikan dan solatkn aboh, kitorang pergi buat report polis dulu. Dlm pukul 10 lebih siap buat report balik rumah tgk van jenazah dah sampai. Dalam pukul 10.20-10.30 dah di bawa ke masjid ppd soi.

Adik aku yg lelaki masih dlm perjalanan lagi. Plan asal nk kebumi lepas zohor. Dalam pukul 11.30-11.45 dah siap mandi. Aku paling untung sekali sebab dapat cium aboh banyak kali. Dari kt rumah sampai lepas mandi. Mata aboh terpejam elok... Mulut aboh tertutup elok. Masa kat rumah aku pikir nak kena ikat tp x perlu pun. Cuma yg membimbangkan aku bila pihak yg mengurus cakap perlu cepatkan pengkebumian sb luka kat perut aboh dah mula nak membusuk. Takut nnt kena mandi semula. Aboh mmg ada tiub khas yg di masukkan dalam perut terus keluar untuk kegunaan peritoneal dialisis. Aku risau sgt takut adik lelaki aku x sempat sampai. Siap solat dlm pukul 12 terus ke kubur. Masa tu wawa dah masuk tol gambang. Van jenazah dah gerak ke kubur. Aku dah risau takut dorang terus kebumi sedangkan wawa dah dekat. Mintak suami aku inform supaya bg masa setengah jam lagi sampai adik aku sampai. Alhamdulillah dorang boleh tunggu.

Dalam pukul 12.30 adik aku sampai dah. Lega sangat2 aku rasa. Dia lah satu² nya ank lelaki yg jaga aboh sakit dari aboh kencing manis sampai la buah pinggang. Yg sanggup kerja biasa2 aje asalkan boleh bawak aboh berulang hospital, yg garang tp sanggup je layan kerenah aboh. Satu² nya ank lelaki aboh yg boleh di harap. Adik lelaki aku yg sorang lagi special sikit... Autisme...

Alhamdulillah sempat wawa jumpa aboh, kucup aboh walaupon sekejap. Sempat sambut aboh dari dalam liang bersama wakil menantu (suami aku). Alhamdulillah budak2 opis aku pun banyak yg membantu. Encik akam pun dari pagi sampai siap kebumi dia tolong. Terima kasih yg tak terhingga pada mereka. Hanya Allah yg mampu membalasnya.

Tak lama lepas tu along dan ateh pon sampai. Aku mmg tunggu kt kubur jer sb dorang dah dkt. Pak apis dan pak iwan pon dtg sekali. Tak sangka pak iwan turun sama ke ktn sb ayh sedara aku yg ni pendiam org nya. Aku teringat masa jumpa kt rnr rawang hari yg nk pegi ipoh tu... Pak iwan salam aboh, lps tu aboh usik dia cakap "comel jugak adik aku ni"... Usikan yg pertama dan terakhir dari aboh utk dia. Kitorang pun x sangka dia nk join rombongan ke ipoh sb last minute sgt aku ajk dia.

Alhamdulillah.... Terima kasih Allah kerana mempermudahkan segala urusan. Sempat jugak anak lelaki aboh sambut aboh, drive fast n furious dari KL. Segala rasa terkilan kita buanglah jauh2 dari hati sebab kita pun tak tahu aboh akan pergi secepat ini. Terkilan tak buat itu, terkilan tak buat ini, kita buang jauh2. Kita dah berusaha sebaik mungkin utk jaga aboh, jadi anak2 yg baik utk aboh, cuba tunaikan permintaan aboh apa yg mampu. Sesungguhnya pengorbanan aboh membesarkan kita tak mungkin dpt kita balas. Sekurang-kurangnya penderitaan aboh, sakit aboh di dunia ini dah berakhir. Selepas ini giliran kita pula, yang kita sendiri pun tidak tahu bila dan bagaimana...

Al-fatihah

P/s: teringat hari jumaat tu sebelum dorang gerak ke bangi, aboh mintak aku potongkan kuku dia sb panjang sgt dan kaki aboh mudah luka. Aku pon ambik air letak dlm besen suruh aboh rendam kaki dulu supaya kuku lembut. Kuku aboh panjang, ada lemak2 bawah kuku. Mama cakap sebab kolesterol aboh berkumpul kt bawah kuku. Aboh x nak makan ubat kolesterol. Aku potong pendek kuku aboh tp aku bersihkan sikit2 je lemak yg bwh kuku aboh sb takut aboh sakit wpon aboh cakap tak sakit pun... Allah... Tu la kali terakhir aku potongkan kuku aboh...


Saturday, November 24, 2018

My Molar Pregnancy Journey...

Aku fikir aku akan dapat seorang lagi makhluk kecil comel seperti ini...


Rupanya tidak! Selama ini aku tidak mengandungkan bayi, sebenarnya aku tidak mengandung pun. Semuanya satu penipuan... Penipuan secara besar-besaran terhadap hormon kehamilan aku. You are THE MOLE!!

Kehamilan anggur/molar pregnancy.... Aku memang lama tahu kewujudan kehamilan jenis ini sebab aku suka study bab bab pregnancy. Ye la, aku sejenis yg cepat risau takut kalau-kalau kandungan aku mungkin bermasalah, mungkin anggur, mungkin cacat... Tapi aku tak sangka yang aku sendiri akan melalui pengalaman kehamilan anggur ni.

Rasanya sama, perasaannya sama, morning sickness yg sama, alahan yg sama, lemah yg sama, tak lalu makan pun sama. Cuma kali ni walaupun mabuk tapi masih boleh memasak. Tak ada apa-apa tanda yg mencurigakan seperti blood spot, alien discharged, sakit2 ke, memang tak ada. Saya sehat sepenuhnya dan jarak anak terakhir pun 23 bulan, hampir 2 tahun jaraknya (compare antara anak ke dua dan ke tiga hanya 15 bulan atau 1 tahun 3 bulan) Ia berlaku tanpa disedari, sel2 membahagi dengan dirinya sendiri, sedangkan it takes two to tango kan. Why are you doing this to yourself huh? Kuasa Allah... That's the most ultimate answer 😄

Macam mana boleh tahu? Bila tahu?... It happen so fast like a bullet... The story begin...

23 Oct 2018- buat pregnancy test dan double line... Gembira tp pada masa yg sama risau... Masih teringat sakitnya bersalin safwan... Huhuhu. Seterusnya life go on seperti biasa... Seminggu lepas tu pergi klinik untuk ambik tarikh booking buku merah.

5 November 2018- Bukak buku merah kat klinik desa. Ini ada lah prosedur biasa, double line, terus bukak buku. Tak pernah scan pun... Sama je mcm kehamilan sebelum ni, terus pergi buka buku. Kalau scan pun baru 8 minggu biasanya x nampak apa2, mungkin kantung je yg nampak. Pengalaman ibu bakal 4 anak. Anak2 semua tak pernah scan swasta, sharhan sorang la kot yg pernah tu pon sb sebelum tu eksiden kereta dan risau jadi apa2 pada dia dlm perut 😁

12 november 2018- minum air gula... Prosedur biasa sebab ada history of gdm masa first pregnancy... Seterusnya dapat tarikh utk appointment di klinik ibu dan anak jalan gambut 22 November 2018... Biasa scan pertama utk minggu awal kehamilan memang buat kat sini... Semua tiga2 anak pun kat sini jer.

22 November 2018 -

Pagi2 ambik buku merah dulu kat klinik desa sebelum pergi jalan gambut. As usual lah reg, urine test, cek bp sebelum jumpa doktor. Sampai je turn, dah excited sebab x sabar nak tengok baby walaupon hanya kantung... baring untuk scan, doktor cakap x nampak. Mungkin sb pundi kencing kosong, rahim tertolak ke belakang. So, kena la pergi minum dulu sampai rasa mcm nk kencing baru masuk balik. Sebotol kot air mineral aku minum. Tak pernah2 minum air masak kena minum sampai sebotol 😅 ok da rasa mcm nk kencing tu, ketuk semula bilik doktor utk scan balik. Scan punya scan, cari punya cari... Tak ada... Doktor syak molar. Terus doktor refer ke HTAA utk scan dgn lebih terperinci dan utk sahkan kemolaran tersebut. Sedih... Masa doktor cakap mungkin molar atau fibroid, serius sedih. Menitik jugak la air mata 😢 terus pergi htaa bahagian epau (o&g) tingkat 3. Tak ada orang, masuk2 daftar dulu terus doktor kat situ ajak ke tempat scan. Baik giler doktor tu, mcm member2 je dia layan kita. Very happy go lucky. X jadi aku nak sedih. Scan kat atas da nampak molar tu tapi dia ajak scan kat tingkat bawah pulak. Dia cakap lagi jelas scan kat situ. Jom puan... Punya laju n excited dia jalan 😁. So follow dia n scan pulak kat bilik kat bawah, scan detail. Lepas tu dia panggil pakar dia pulak scan sekali lagi. Honey comb appearance kata pakar tersebut yang memang mengesahkan benda tu adalah molar, memang x ada bayi.... Huhuuuuu... Oh sebelum tu, masa nk turun ke bawah dia cakap if molar kita kena buang benda tu. Aku tanya, so nk kena warded ke? Dia cakap akan bagi tarikh lain so aku fikir, ok lps scan boleh balik sb akan dpt tarikh lain.... Tiba-tiba....
Masa lepas scan dengan doktor pakar tu, lepas dah sahkan honey comb appearance tu, terus doktor pakar suruh call operation room tanya ada kosong tak utk esok... WHAT?? ESOK?? Saya x ready langsung mentally fizikally... Dah mcm mimpi pon ada. Tapi salute dorang buat kerja mmg pantas. First class! Doktor yg first tadi pun setelkan utk pendaftaran kemasukan ke wad. Aku pon tanya, saya boleh balik dulu x? 🤣 Tiba2 kot... Dari ko sehat2 tiba2 kena masuk wad... Dah la kena masuk operation room, full bius... Semuanya tak ada dalam plan aku pada hari tersebut. Memang x dapek la nk balik 😂😂 doktor pun terangkan pasal procedure suction & curettage tersebut, kenapa kena full bius... Semua lah... so settle semua kat epau, dorang hantar ke wad teratai tingkat 2. Memang wad khas utk kes2 o&g. Petang jumpa doktor bius, dia terangkan prosedure. Dapat ubat penenang sb aku bitau dia aku takut... Bp aku tinggi nnt... Tu pon masuk wad bp 168/108 kottt.
Call suami inform kena warded and mintak dapatkan GL... dan mintak beliau ambik cuti jugak utk hari tersebut dan esoknya...

Malam kena  puasa dari pukul 12 sampai masuk  ot. So lepak2 dulu makan sahur dulu siap2 lepas tu dalam kul 12 lebih makan ubat penenang/ubat tido baru lah boleh tido...


23 November 2018 -Very deep sleep tapi utk 3 jam jer sebab lepas tu terjaga dalam pukul 3.30 pagi. Sambung tido sampai pukul 6 lebih bangun solat subuh siap2 lepas tu sambung tdo balik 🤣 bangun tu lepak2 sambil tgk ho dan nurse ke sana sini, ingat malas lagi nk bersiap tp fikir2 biarlah siap awal2 senang sikit. Nasib baik lah siap awal, sekalinya pukul 9.30 pagi nurse dah datang inform dah boleh masuk ot sebab ada satu case cancel 😱 sekali lagi mentally belum ready... Awalnyaaaa. Ketar2 wassap suami inform dah boleh masuk ot... (Suami kat rumah jer jaga anak 😁 ) siap2 tukar uniform biru, nurse bagi ubat penenang sekali lagi, baring atas katil troli (hahaha kena panjat dgn kerusi sb katil troli tu tinggi) dan kemudian di tolak ke ot kat tingkat 3. Mata dah mamai2 kesan ubat tdo td. Pindah pulak ke troli lain dan kena tukar pulak uniform lain dan kemudian baru lah di tolak ke ot. Dah mamai sangat masa ni x berapa ingat. Yg aku ingat ialah, pindah ke atas katil ot, ada nurse masukkn tiub ada rasa angin panas/suam kt atas bdn aku, cek bp tp tinggi n doktor cakap x boleh start klu bp tinggi tp doktor anaesthesia inform semalam patient dah inform pasal takut bp tinggi n dah prescribe ubt penenang. Lepas tu aku cuma pandang kat lampu ot yg bulat besar tu lepas tu mgkn aku terpejam mata kot tp aku dengar nurse ke sape entah cakap jangan pejam mata puan... Aku pon bukak mata lps tu ada benda gas lekap kt hidung dorang letak. Aku bernafas mcm biasa jer, lepas tu dah tak tahu apa yg jadi... Aku rasa aku siap mimpi spongebob kot sebelum aku tiba² tersedar. Masa tu dorang tgh sorong ke tempat apa tah mgkn utk recovery kot. Tersedar jer terus rasa nk muntah n nurse memang dah standby dah plastik dan tadahkn muntah. Lepas tu tiba2 je aku bernafas laju, terus dorang pakaikan oksigen mask. Pening... Gilerr punya pening..  Lepas tu rasa nk muntah lagi, aku dah x terfikir nk panggil nurse ke apa. Termuntah dgn topeng oksigen habis kena muntah, aku terus cabut n pusing ke kanan, muntah atas tilam n selimut, lps tu cpt2 nurse dtg bwk plastik muntah... Dia ckp, knp x ckp nk muntah... Sorry kak... Huuu... Tiap kali muntah mesti dgn air mata sekali mengalir... Huuuu... Lepas tu dlm pukul 11 dkt pukul 12 di tolak semula ke wad... Gigih bergayut kt tali hitam tu nk pindah ke katil. Muntah lagi sekali, lps tu mtk plastik plastik extra kot nk muntah lagi. N mmg muntah pon lps tu... Huhuhu... Lps tu rehat, tdo, main hp... Tp pening giler, badan pon lemah sgt2. Dlm pukul 3 lebih nurse ckp dah blh try minum n mkn skit2. Suami Sampai dlm pukul 3.30 minum air milo, makan roti, ok je x muntah2 dah. Tanya nurse blh pegi tandas x? X boleh lagi sb baru lagi keluar ot, kesan bius x habis lagi. Kul 4.30 mcm tu rasa dah ok sikit, suami bawak ke bilik air dan mandikan n tukar baju. Mandi pon kena duduk sb masih masih sgt pening. Siap2 mandi, suruh suami pegi solat dulu, baring2 tu terus terus terlelap. Bangun dlm pukul 5.30 lebih carik suami tp xde disisi... Terus hantar wassap. Rupanya ada je di sebalik langsir 🤣 so esok confirm da blh discharge 😁


Honey comb appearance... Tak ada baby... Hanya sel2 sahaja... Semoga selepas follow up nanti semuanya kembali sehat seperti sedia kala... Insya allah... aminnn


Tuesday, August 7, 2018

Spring in Korea

P/s: AWAS! BANYAK TYPO KAHKAHKAH 😂😂

Alhamdulillah... Akhirnya! Berjaya jugak aku upload gambar2 ketika cuti2 korea bulan 3 dan 4 2018 yang lalu. Rupanya nak kena alihlan file ke internal storage dulu dulu boleh upload. Hohoho. Tak banyak gambar nk nk share sb da banyak share kt FB. Sini sekadar tempat utk aku simpan memori.

Pehh lama giler x update blog. Serius tahap kemalasan aku melampaui tahap dewa. 

So, ringkasan itinerary aku aepanjang 7h6m di Korea adalah seperti berikut:

28 march 2018 - depart from kua - kul at 8.00 pm. Touchdown KLIA at 8.30 pm. Gituewww. Naik flught kaww dari kuantan. Dah ala2 datin wannabe gitu.

29 march - check in KLIA2 at 4.30 am. Flight at 0700. Flight was on time and fly smoothly. Thank you captain!

3.00 pm touch down Incheon international airport, seoul korea. Oh ya lupa nak cerita,masa hala pergi ni kitorang satu flight dengan pelakon nazim othman tu wehhh. Dia duduk seat 3 row ke depan. Gilerr ah. Dpt jumpa retisss wehhh hahaha. Nak ambik gambo tp maluuu huhuhu. Sampai airport setel semua urusan immigration, kitorang pon keluar. Aku n ina pegi carik simkad for internet. Last2 aku sewa portable wifi yg sgt berpatutan. Lebih kurang krw3000 mcm tu la sehari compare tu maxis punya roaming internet rm48 hengget sehari.

So settle semua kita gerak ke tempat penginapan pertama... Naik bas be Myeong Dong. Kitorang stay 1.malam je j
Kt kpop myeong dong. Sejukkk gilerr okeh. Macam kt Cameron pd waktu malam.

Day 2

Pepagi buta dah check out sebab kitorang nak gerak ke busan. Naik train to busan la.kitewww.  Lebih kurang 2 jam setengah jugak la dari Seoul ke Busan. Xde pown zombie. Sekor pon x jumpa. Kitorang je yg bertukar jd zombie sebab x cukup tido kahkahkah. Menarik jugak Busan ni rupanya. Memang x  bosan stay kt Busan. Kitorang pergi Gamcheon Culture Village. Lepas tu pegi makan kt pasar dia, Jagalchi Market. Kitorang makan King Crab n nasik goreng. Halalalan toyyiba .. dont worry. Setel makan, kitorang pon peti check in kt hostel. Lepas tu krohhh krohhh tido. Malam baru keluar balik. Giler sejukkk rupanya kat Busan wpon spring. 

Malam kitorang pegi Busan International Film Festival. So, dinner kitorang ialah street food. Seafood of course.. n kuih2 yg diyakini halal. Makan sotong bakar dgn kuah pedas... Dia punya pedasss ya ampunnnn! Bikin air mata gue menitis lohh 😂

Day 3

Hari ke tiga kitorang naik bas mcm bas yg kt kl hop on hop off tu. Best gilerrr. Misi mencari sakura. Kata spring kannn. Pergi Heundae n Gwanggali beach. Tapi kesian kt along. Da la lutut sakit lps tu terpaksa ikut kitorang jalan kaki mencari sakura. Punya jauh gilerrr jalan kaki. Hahahaha giler btol. Nasib baik jumpa jgk akhirnya. Dan nasib baik jugak kitorang sempat naik bas terakhir utk balik semula ke Busan station. Lepas tu naik train utk kembali ke Seoul. Train pukul 7.15 malam. Sampai seoul dalam pukul 9.30 mcm tu. Sampai jer, beli makanan dulu lps tu terus ke air bnb yg sudah di tempah. Sampai2 terus rehat, mandi, makan, solat n tidooo. 

Day 4


Inilah day 4 aku.... Kitorang ke Gyeongbukgung palace. Jalan kaki jer dari rumah. Cuaca sejukkkk so mmg best sgt menikmati udara segar korea 😂. Dari pagi sampai tgh hari pusing2 dalam istana, ambik gambor semua. Kawasan sangat luas n cantikkk n ramai org. Almaklumlah hari ahad kan... Ramai rakyat msia kt sini bercuti2 malaysia. Aku x pakai pon hanbok. Jimat duit kahkahkah. Lunch kitorang makan kt Insadong. Dekat je dgn palace ni. Lps tu shopping shopping di sana. Syurga beli belah btol. Duit je x syurga huhuhuuu. Malam kitorang pergi Dongdaemun Plaza shopping baju. 

 Ini gambar sakura kat busan ya kawan2...

Ini dalam gyeongbukgung palace. Jadi model kejap hahahaha.

Day 5

Seterusnya mari lah kita ke Nami Island. Bagi aku nami island ni biasa2 aje. Yeyapi sgt Popular di kalangan rakyat malaysia. Mana2 boleh jumpa rakyat jelata kat sini. Insya allah next time kalo dtg sini aku nk naik zip line x mo naik feri 😁

Ini di Pulau Nami. Ada restoran halal di sini. Best naik basikal sambil menikmati udara segarrr. Tapi tak ada sakura di sini hehehe. Train kitorang pukul 2.30 tp malangnya kitorang sampai ke station train dah terlepas... Huhuhuuuu... Apa lagi, naik train angkut2 lah... Sepatutnya train direct ke seoul tp terpaksa naik train 2,3 statiln tukar train lain hahaha. Nasib lahhh. 1 jam lebih jgk berdiri. Nasib baik fefefeling pelancong menikmati keindahan korea so apadehal setakat berdiri 1 jam jer. Ina siap tido sambil berdiri lagi hahaha.

 Sampai je je ke seoul, kita tunaikan craving ina dulu. Sotong pedasss. Pedass tp sedap gilerr. Last sekali dia akan serve nasik goreng dgn seaweed. Seriuss sedap. Kalo korang datang korea sila jangan lepaskan peluang utk cuba ni. Kalau x silap stesen selepas dongdaemun kot. Entah. Aku follow jer kahkahkah 😂 setel makan kitorang terus ke myeongsong utk shoppingggg time. Beli henbeg utk mama kt sini. Beli moisturizer innessfree. Xde la byk sgt shopping sb da shopping masa first day kt sini, dah shopping kt insadong, lps tu plan esok nak shopping kat nandaemun market. Tp dlm tak shopping byk tu habis jgk 100k kot kahkahkah. Shopping stokin la paling heaven. Murah murahhh.

Day 6

Ini adalah hari di mana aku kena pulun jalan hanis habisan sebab esok dah nak balik malaysia. Tapi tetappp esoknya sempat lagi pegi nandaemun sekali lagi hahahaa. So pepagi hari day 6 ni kitorang ke nandaemun. Pegi bertiga je sb along x mo ikut. Shopping bagai nak rak wehh. Best btol. Beli kerongsang, tshirt, souvenir, sudu sudu gerefu, sepit kuku, beg makeup, dll. Heaven. Tapi hutang dgn along 150krw kahkahkahhhhh. Sampai tahun depan la baru habis bayar 😅. Setel shopping tgh hari, balik rumah hantar hantar barang. Lepas solat solat jamak terus zasss keluar balik dengan ina je berdua sb bard dah x larat nak follow 😂


Ni kedai kerongsang dalam nandaemun market. Rambang mata nak pilih. Price range dari 1000krw-entah la aku x tanya pownn hahaha.


Lepas keluar balik tu kitorang ke itaewon dulu utk lunch di eid restaurant. Katanya anak lelaki dia bukak kedai di msia. Yg kt korea ni ayah dia punya. Staff semua melayu. Mungkin student kot. Owner restoren ni mualaf. Aku pilih ayam, ina daging. Tp serius sedap ooo daging dia. Ayam pon sedap. Lps kenyang, kitorang pegi lawat masjid itaewon. Seterusnya nak pegi namsan tower. Sila siapkan stamina ya kalo nk pegi itaewon ni. Bukit dia tinggii bangat. Semputttt. Nasib baik cuaca sejuk je. Di sebabkan mmg nk pulun travel so banyak jgk tempat kitorang cover dari ptg sampai malam. 

 Masjid itaewon. Ni jalan masuk dia. Masjid dia bila dah masuk tu boleh tgk di di google. Malas nk carik gambo hahaha.


Seterusnya... Namsan tower. Di sebabkan kasut aku menyebabkan kaki aku sakit gilerr so kita naik kabel car je la ke atas. Best tgk pemandangan seoul dari atas ni. Biasa tgk dlm drama korea je. Ni dpt tgk sendiri depan mata. The feeling is very priceless 😍 seterusnya turun tu kitorang naik tren ke sungai han atau nama nama popularnya han river. Lepak n makan kebab kat sini. Tengok org buat show. Ramai sangat rakyat korea lepak sini. Mcm Mcm piknik tepi sungai gitueww.

This is the river. Han River. Lama jgk lepak sini sampai la tetiba je hujan turun. Da la xde payung. Apa lagi! Lariiiii. Alang2 terus lari ke stesen train n terus ke Cheonggyecheon stream di tgh2 bandar ada sungai wehhh. Cantikkk... Air sejukk...




Ni gambar otw nak balik rumah lepas pergi sungai tu. Jalan kaki je balik rumah sb dekat jer. Fefeeling drama korea kejap hahaha. 

Nah saya belanja pic kt Namsan Tower. Harap2 satu hari nnt boleh bawak encik suami dtg sini insya allah...

Day 7

Buat kerja giler pagi ni pukul 10 boleh plop pegi nandaemun market semata2 sb nk beli kerepek nk bwk balik malaysia. Pukul 12 sampai rumah pukul 12.30 teksi sampai utk ke airport... Hahaha. Alhamdulillah semuanya sempat. Tp pakcik driver tu ngantuk. Bahaya gilerrr. Nasib baik selamat semuanya... Kami naik naik flight pukul 4.30 ptg. Pukul 10.30 mlm touch down... Alhamdulillah... Semoga ketemu lagi di Misi Autumn nanti insya allah...


Selamat tinggal bumi Korea... Eh ni kt klia2 ke incheon eh? hahahahah

Tuesday, May 8, 2018

Finie Ke Korea 29 March 2018 - 4 April 2018

Assalamualaikum.. .

Selamat tahun 2018 😂. Alhamdulillah impian saya untuk menjejakkan kaki ke bumi Korea dimakbulkan olehNya... Syukur kepadaMu Allah kerana memberi rezeki yang lebih untuk hambaMu ini. Selepas episod di tipu berulang kali hingga duit aku rugi sampai 10k akhirnya aku mengambil keputusan menggunakan duit aku untuk kepuasan diri sendiri. Cukup cukuplah bagi duit kat orang a.k.a kena tipu...  Huuuu. Tu belum masuk duit yang aku bagi kat orang rm1.5k untuk ambik lesen kereta last2 x jadi n duit tu dia x pulangkan 😤

Ok cukup. Malas aku nak ingat balik semua tu. Semoga ia menjadi saham aku di akhirat nanti. Paling penting, aku belajar sesuatu mengenai kehidupan dan harapnya tidak akan di tipu lagi. Cukup lah.

Tadi nak cerita pasal pergi Korea tp hilang plop mood aku sebab x boleh nak upload gambar. Mana best kalo bercerita tanpa gambar kan? Tak apa lah, next time aku story. Basically our itinerary was as followed:

Day 1 - check in myeong dong
Day 2 - travel to Busan
Day 3 - travel back to Seoul
Day 4 - Nami island, myeong dong
Day 5 - Gwangbuk Palace, Insadong, Dongdaemon
Day 6 - Nandaemun, Itaewon, Namsan Tower, Hang river, gwanghwamun park
Day 7 - Nandaemun and Travel back to Malaysia

Nanti kalau dah berjaya upload gambar baru aku cerita k. Hahaha

Harapannya bukan tahun depan lah ye 😂


Friday, July 28, 2017

Kisah Hati

Dalam hidup ini tak semua perkara gembira akan berlaku. Kadang rasa cemburu tengok kegembiraan dan kebahagiaan orang lain sedangkan mereka hanya tunjuk bahagian bahagia dan gembira mereka. Bahagian sedih mereka simpan rapat2.

Hidup aku biasanya penuh dengan kisah gembira sahaja sebab aku jenis malas nak peduli kisah sedih dan duka. Tapi cuma ada satu perkara sahaja yg boleh meng kesan kan aku... Kalau suami aku terasa dengan aku. Itu lah perkara yang akan buat aku sedih. Selain dari itu biasanya aku boleh letak ke tepi aje. Kena marah ke, kena perli ke, sentap ke, langsung x beri kesan pada aku. Tapi kalau ia melibatkan suami aku, memang betol2 terkesan 😂

Maafkan saya suami atas kesilapan dan kesalahan saya. Maafkan saya... Hanya redha suami yang saya perlukan dalam hidup saya. I love u so much....

Isterimu...

😘

Thursday, June 8, 2017

Cabut Gigi Geraham

Ahad hari tu gigi aku sakit giler berdenyut2. Isnin pagi pegi klinik desa dulu konon nak ambik pil perancang. Sekali bp tinggi 158/110 and still tinggi walaupon aku da rehat, da baring. Dekat 10 kali jugak amik bp tp still tinggi. Lps tu aku pon bitau aku tgh sakit gigi. Nurse suruh pegi cabut gigi dulu baru dtg semula amik ubat. If bp tinggi jugak lps cabut, kena refer doktor.

So lepas tu terus pergi klinik gigi bukit sekilau. Doktor cek2, lepas tu dia tanya, ni gigi yg pernah sakit dulu kan? Patutnya awk kena dtg klinik balik. Huhuhu aku x dtg sb da x sakit. So doktor cabut balik tampalan dulu n dia tampal dengan tampalan sementara. Dapat ubt tahan sakit n antibiotik. 2 minggu lagi dtg balik. So aku pon masuk opis. Tp gigi tetap sakit n berdenyut2. Makan ubt tahan sakit dan antibiotik. Dah macam mkn kacang dah aku mkn ubt tahan sakit. Esoknya bertahan lagi. Still sakit. Nasib la aku x puasa boleh la makan ubt tgh hari.

Hari kedua (selasa) tetap sakit jugak. Sakit berdenyut2. Menangis2 aku tahan sakit. Kesilapan aku kat sini aku x terus makan ubt tahan sakit. Kalau aku makan, at least lega la utk 3-4 jam. Sebab aku pikir aku breastfeeding. Risau jugak banyak sangat makan ubat tahan sakit takut efek kat baby.  Esoknya rabu pepagi dah pegi klinik bkt sekilau. Masuk bilik doktor, dia cek n bitau ada bengkak sikit. Aku mintak dia cabut. Dia cakap klu nak cabut pun x boleh sb tgh sakit,bius x fungsi. Lps tu doc bagi ubt tahan sakit yg kuat sikit. Dia kata antibiotik baru nak effect sb baru 3 hari makan. Kalau sakit pun kena tahan sampai antibiotik habis. Sebenarnya masa ni gigi aku da x sesakit semalamnya.

So lepas amik ubat, wasap suami aku cakap doc x blh cabut or buat apa lagi. Tunggu antibiotik habis dulu. Lps tu suami aku bawak pergi klinik swasta. Aku pon ceritakan semuanya. Doc tu cek n cakap tampalan bagus. Lps tu dia terus nk bius aku. Aku tanya lah, selain cabut ada cara lain x? Doc cakap cabut je satu satunya cara. Kalau nak rawatan akar, klinik dia x buat. Doc cakap memang kena cabut.

Lepas bius, tunggu dalam 10 minit ubt bius berkesan. Baring, bukak mulut, lps tu dia guna alat mcm pembukak penutup botol pon ada gak bentuknya. X sampai seminit dia godek2 lps tu dia suruh aku gigit kapas kuat2. Rupanya dah setel. Kejap giler. Memang x rasa sakit langsung.

Tapi hari ni... Aku rasa sedih sangat. Sedih yg x dpt aku gambarkan. Aku menyesal pulak pergi cabut. Kenapa la aku x tunggu je antibiotik habis. Kenapa la aku x makan je ubat tahan sakit? Padahal doktor bkt sekilau dah cakap dah 2 minggu lagi nk buat tampalan kekal if da x sakit. Serius aku rasa menyesal. Sedih sangat... Hilang dah kesempurnaan gigi aku. Hilang dah nikmat mengunyah aku. Aku yakin sebenarnya gigi aku masih boleh diselamatkan. Kenapa la aku buat keputusan terburu2. Sesal separuh nyawa. Sesal yang tiada berguna. Kalau lah aku bertabah T_T.

Tapi bila pikir memang sakit sangat2 time dia berdenyut2 tu. Memang guling2 nangis2 sampai bengkak2 mata. Tp masa tu aku x makan ubt tahan sakit. Lepas je makan ubt thn sakit, terus hilang sakitnya. Tp kena makan dengan kerap. 3 ke 4 jam sekali. Doktor cakap ok mkn gap mcm tu.

Tapi tetap... Aku tetap menyesal. Lepas cabut tu aku tengok gigi aku sebenarnya masih cantik. Bukan lah buruk, hitam atau teruk rupa dia. Tapi kenapa doc swasta tu cakap x ada cara lain selain cabut? Serius ni lah keputusan yg sangat aku sesalkan. Menangis lah air mata darah sekali pon, ia x akan kembali lagi.... Perlu membiasakan diri dengan ketiadaannya di situ. Sedih sangat.

T_T