Thursday, February 7, 2013

Berzikirlah....

Alhamdulillah.... Bertemu lagi kita ya. Sejak2 aku ada hp canggih boleh berintenet dari hp je kemain rancak menghupdate blog. Canggih la sangattt... Tajuk aku pada malam ni kemain lagi. Berzikirlah... ya, latihlah hati dan lidah kita untuk berzikir.

Semenjak akhir akhir ni aku sudah mula mengamalkan zikir ketika memasak. Mudah saja nak buat. Sambil menggoreng, menumis, atau apa apa lah pun cubalh sambil sambil berzikir juga. Zikir yang aku amalkan sekarang (khas untuk memasak sahaja) ialah "laisalaha min du nillah hi kaashifah, lai salaha mindu ni la hi kashifah" dan insya allah apa yg kita masak akan menjadi dan sedap... (lebih lebih lg utk aku yg mmg di ketahui umum tak pandai masak hahaha) oh dan jangan lupa utk masukkan sekali seberapa banyak kasih sayang bersama-sama dalam masakan kita tadi. In shaa allah akan sedaplah ia... hehe... 

Nak bukti ke?  tada........

Hehe padahal masak sambal petai ikan bilis je pun. Tapi bukan selalu suami puji masakan sya. Siap thumbs up lagi. huuuu... nampak sangat selama ni aku masak x sedap wakaka!

Baik, saya akan belajar lagi! tp masalahnya aku neh beli je buku resipi buku masakan banyak2. Tapi cubanya idok jugeee... huhuhu... Sowi sayang... Next time ye saya cuba... hehehe...

Sunday, February 3, 2013

Rumah Terbengkalai... Harapnya TIDAK!

Petang tadi pegi tengok rumah. Kerja-kerja pembinaan masih lagi berjalan. Harapnya tak terbengkalai lagi macam dulu. Lama jugak haritu rumah tu terbengkalai. Sampai kawan aku yg beli sama-sama dgn aku (tp pakai loan gomen sbb laki dia polis) sempat batalkan perjanjian. Selamat la x yah byr pape lg cuma duit booking la burn. Tapi drpd kena bayar bulan2 tp rumah terbengkalai x pe la burn sikit. Sikit x sikit la main K jugak la. Aku n suami pulak mmg x boleh buat apa la. Terpaksa go on dan berdoa semoga Allah permudahkan jalan buat kami. Doa dan tawakal je la yang mampu. Oleh itu kawan-kawan, moral of the story, belilah rumah yang dah siap bina siap CF. Biarlah mahal sikit asalkan puas hati. Kalaupun nk beli rumah yg masih dalam pembinaan, siasat dulu latar belakang pemaju. Tengok dulu sejarah pembinaan yang lalu sama ada siap atau terbengkalai. Tapi aku rasa kompeni melayu je kot yg suka buat keje separuh jalan. Tgk RM RM byk depan mata mula la kelabu mata. Dengar kata bos Tekun Global tu si kamal tu larikan duit juta-juta. Tak guna punya orang! Aku x halalkan duit aku yg ko ambik tu dunia akhirat!

Jumpa supervisor yg jaga keje2 pembinaan tu. Dia cakap insya allah sebulan dua lagi siap lah. Semoga Ya Allah... Permudahkanlah Allah... Terbeban rasanya nak byr rumah RM1k sebulan. Kalau dah boleh duduk rumah tu, at least byr duit rumah je, x yah byr rumah sewa dah. Permudahkanlah kami melalui ujian ini Allah...


Last time pergi blm ada lg longkang. Dorang kata tgh nak siapkan rumah bahagian belakang skrg ni. Harap-harap biarlah berjalan lancar semuanya. Oh ya sekarang ni bukan Tekun Global dah pemajunya. Tekun Global dah lingkup. Supervisor dia ckp kerajaan dah ambik alih n pemaju skrg pemaju lain. Tak pasti apa namanya. Tak kisah lah siapa pun pemaju asalkan keje pembinaan lancar aje sudah... Terima kasih kerajaan kerana mengambil alih projek terbengkalai ini.... 

Thursday, January 31, 2013

Bertabah lah Wahai Hati... T_T

Ini entry sedih...... Huuu... nangis dulu... Balik kerja tadi singgah pasar malam. Gas yang suami beli semalam ada masalah. Bila masuk je kepala gas ada bunyi macam angin keluar or maybe gas kot yang keluar. selamat aku tak yah masak wakaka! Pastu aku pun beli la putu bambu. Ni dah kali kedua dah aku beli kat tempat tu. Last week pun pegi pasar malam tu jugak kt Kempadang Perdana tu. Aku dah beli dah RM2 putu tu siap da bawak gi kt motor nk balik dah. Pastu terpikir nak beli kt mama. Aku pun gi lagi sekali. Tetiba dgr akak yg jual putu bambu tu ckp mcm kenal je.... Aku pun pandang  n tgk muka dia betul2 mmg org yg sama yg jual last week... Pastu aku tanya, kenal ke? sape eyh?? lama tu aku perati betul2 laaaaa!!! Mila eyh? sori sori x kenal tadi. Pastu dia sengih dia cakap mcm kenal pastu td dgr suara mmg kompem la kenal. apsal? apsal? suara aku unik kah? hehe....

Ok itu bukan cerita sedih yang nak aku ceritakan di sini... Huhuhu... Sampai je rumah mama masuk dalam nampak ada surat untuk sukri. aku pun bukak baca surat dari bank. Kami dah kena bayar loan rumah secara full... T_T RM568.55 bermula pada 1 febuari iaitu esok..... Huuuuu.... T_T sedihnya hati ini..... Rumah belum siap, tapi dah kena bayar full... Rumah sewa lagi RM400... Almost RM1k sebulan untuk byr rumah aje. Baik aku beli rumah semi D dulu.... Huuu terbebannya lah rasa jiwa ku ini. Kalau lah dulu beli je rumah Tmn Jack tu kan dah selamat sekarang... Bayar dekat RM600 sebulan tapi puas hati sbb rumah dah siap n dah ada CF. Kalau lah dulu aku bertegas suruh beli jugak rumah tu selamat dah skrg... hmmm... Memang lah beza harga RM 138k dgn RM110k tu agk besar tp installment lebih kurang je pun... huuuuu.. Rumah sekarang masih dalm pembinaan. Ada org sedang bekerja, alhamdulillah berbanding dulu terbengkalai terus.

Allah, ampunkan aku kerana mengeluh dengan ujianMu. Pasti ada hikmah di sebalik dugaan yang kami lalui ini. Jiwa aku kotor kerana tidak mampu menghadapi ujian Mu ini dengan tenang... Aku bersungut, merungut... Sesungguhnya hanya Engkau yang maha tahu dan maha kuasa. Tiada daya hambaMu tanpa pertolonganMu Allah... T_T

Semoga sempatlah rumah tu siap tahun ni... Semoga Allah permudahkan urusan pembinaan rumah-rumah tersebut....

T_T


Monday, January 28, 2013

Apa Aku Buat Pukul 4.48 pagi x tido neh???

Gila panjang tajuk huhuhu. Pukul 4 tadi anak aku bangun sebab muntah. Sampai sekarang aku plop yang x bleh tido. anak aku dah tido dah. kesian...Perut kosong masuk angin kot. Muntah susu aje. 

Aku kalo x leh tido ni la yang aku menyampah. Mesti aku duk pikir pikir dan terus pikir. Benda yang aku pikir ni padahal aku tahu dah akan menyakitkn hati aku sendiri tapi tetap aku duk pk jugak. Baiklah aku bangun semayang tahajud ke apa lagi molek rasanya daripada duk pikir2. Bila aku pikir mula la aku sakit hati. Tapi aku yakin, bak kata pepatah, buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat. 

Semoga Allah lindungi aku dari mereka yang cemburu, iri hati, hasad dan niat jahat lain terhadap aku. Sesungguhnya tiada yang mampu memberi mudarat selain dari izinNya.... Bertazkirah gitueww aku pagi2 nih. Hehe....

Ok lah, baik aku buat benda yg lebih bagus.

:)

Saturday, January 26, 2013

Aktiviti Kedesaan...

Gituewww khennnn. Tajuk x bleh blah. hahaha biasalah... memang aku ini anak orang kampung (ini adalah sebuah lagu huhu). Aktiviti yang biasa kami lakukan tiap kali balik kampung di felda chini dua ialah minum air kelapa muda segar dari pokok. Hehe biasanya kalau sempat lah contohnya kalau buah kelapa sawit tak banyak sgt kat ladang n suami balik awal so sempat la nk kait buah kelapa neh. Ada dua jenis buah kelapa yang ada kat belakang rumah mak mertua aku neh satu jenis kelapa mawar kot nama dia kaler luar dia mcm kuning oren gitu. Satu lagi kelapa apa tah yg biasa ada kt kedai mkn tu kulit dia kaler hijau. Aku suka yg hijau... Sebab isi dia lebih lembut. Oh ya, kt sini la aku belajar makan ulam bemban. Tahu apa itu bemban? ia adalah tempurung kelapa.. Gila kau nak makan tempurung kelapa? Tempurung kelapa muda tu la lepas habis mkn isi dia boleh wat ulam. Kat sini la baru aku pernah makan. Ada yang pahit2 manis. Bukan pahit tp kelat. Tapi yang hari ni punya superb.... manis manis gitu rasa dia. Dorang potong kecik2 wat ulam ngan nasik. Sedap.... Lembut je...




Wednesday, January 23, 2013

Aura Negatif

Seriusly aku bukan seorang yang suka berfikiran negatif. Aku nih jenis pikir semua orang adalah baik. Tak ada kaitan pun dengan benda yg aku nk cerita nih.... Aku kadang kala rasa annoyed sangat dengan orang yang terlalu negatif sampaikan aura negatif dia tu boleh berpindah kat aku. Aku tak suka la bila aura positif aku bercampur dengan aura negatif. Aku kalau boleh biar lah sentiasa positif ajer. Sebab aura negatif nih betul-betul boleh mensemakkan kepala aje. Boleh bikin tensi tahap dewa-dewa. Aku kena jauhkan diri dari orang-orang yang ada aura negatif nih. Sikit-sikit tu ok lah, boleh la lagi aku wat tak tahu. Tapi kalau dah over sangat negatifnya memang boleh bikin stress.

Aku juga sebenarnya jenis, aku lebih rela tak tahu daripada bila aku tahu aku hangin, nak marah, n bengang, tensi dan semua benda yg buat aku rasa meluat. Bila orang dengan rela hati nya nk memberitahu aku sesuatu yang tak sepatutnya aku tahu, dia tak pikir ke apa yg akan aku rasa.. kecuali kalo dia memang ada niat untuk buat aku marah and supaya aku membenci org sekeliling aku? Uff... I really not into it.. Aku lebih suka suasana keje yang aman tanpa persengketaan..... Oh plissssss....... Allah, permudahkan jalan rezeki untukku, permudahkan urusan kerja ku, lindungi aku dari mereka yang berniat jahat.. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui...

Uff!


Thursday, January 17, 2013

Durian Crepe versi saya... wakaka

Fenomena Durian crepe melanda malaysia baru-baru ini. Dan di sebabkan fenomena itu saya pernah berbelanja hingga hampir (ke lebih eyh?) RM50 hengget untuk odar DC ini... Sedapppp wa cakap lu.. Yang paling sedap DC yang aku order dengan kak aida... Masa tu first time order sebab teringin sgt nak rasa DC... Sanggup berpanas hujan berembun tu pergi opis kak aida.. RM10 dapat la 3 ketul....Dengan sungguh gigih sekali... Lepas tu aku google google ada yang jual RM10 6 bijik.. Apapa lagi, aku pon order yg kat situ la pulop alang-alang murah kan.... hehe... Selepas berfikir banyak kali, akhirnya saya membuat keputusan untuk cuba membuat sendiri DC ini. Lepas google punya google dengan macam macam versi bahan.. Ada yang masuk buttercup lah ada yang masuk tepung ubi sikit lah... Last-last aku ambik resipi yang paling mudah dan ringkas......

Resipi nya:

1. Tepung gandum (ikut suka ko nak banyak mana)
2. Telur (sebijik ajew... Kalau 2 bijik mungkin lebih lembut kot)
3. Esen vanilla
4. Susu segar... (Aku pakai yg full cream punya huhu)
5.Pewarna kuning (Ada lagi kt rumah aku, nak?)
6.Whipping cream.. (Aku beli jenama anchor yg kecik punya.. dalam RM6 kot)
7. Isi durian...... (Nak isi pisang pon boleh, mangga pon boleh, stroberi pon boleh... ikut suka ko lah nak letak apa)

Cara-caranya:

1.Masukkan jer tepung, telur, esen vanila, susu n pewarna mcm ala2 ko nk buat jemput2 or lempeng...
2. Goreng ajew bentukkan bulat n nipis... Macam goreng lempeng... Oh ya, saya x pakai minyak pown.... 
3. Pastu whipping cream tu pukul sampai kembang (sampai jadik cream yg ala2 keras tu n kena isi gula sebab tawor hebe cream tu)... Disebabkan aku tak dok mesin untuk buat kek tu, pakai sudu ajew sampai lebam........
4. Kemudian bentangkan sekeping crepe tu, letak sesudu whipped cream td, kemudian tambahkan sedikit isi durian (nk byk pon bolehhhh) kemudian tutup dengan cream tadi lagi sekali... 
5. Lipatkan crepe tadi berbentuk 4 segi mengikut kreativiti anda (ecewahhh)
6. Masukkan dalam peti.. Tunggu sejuk, sedia untuk di hidangkan....
7. Makannnnnnnn





Tadaaaa....! 3 hari kot baru habis benda alah ni sebab my hubby cakap keras kulit luar tu.. cehhh... lepas 3 hari, i tapau konon nk bagi kt mak kt kampung, tetiba sedap plop eyh? agknya sbb kulit dia tu tebal tu yg keras bila masuk peti.. Bila dah kat luar peti baru lembut... Aku agak ajewww hehe..... Yang penting, licin... Sharhan pun suka... kuikuikui...

:)